Nov 23, 2025

18 NOVEMBER 2025 - 2.30 PAGI

 As Salam

Alhamdulillah semalam kami sekeluarga selamat sampai ke rumah jam 4 petang...Selepas 3 kali berenti... Tidur, isi minyak kereta & beli air...Semalam sepanjang perjalanan ada hujan yang agak lebat, renyai-renyai & mendung. Lorry jangan cerita..Memang banyak tapi tak memerlukan adrenaline yang banyak untuk memotong sebab kebanyakkan lorry yang kami jumpa dekat lorong memotong je...

Hari ni aku nak share kisah 18 November 2025...

Hari Isnin pagi ( 17.11.25) kak ipar yang dekat KB dah berkeras nak ajak arwah FIL ke hospital..Mereka dah panggilkan ambulance dan ambulance pun dah sampai depan rumah. Tetap jugak arwah tak nak pergi...Sampai menangis-nangis...Dan cakap tunggu la lagi dua ke tiga hari..Nanti datang semula. Jadi anak-anak pun akur...Jam 12.30 tengahari anak-anak sedara yang dekat Kajang gerak balik KB sebab waktu tu arwah nampak macam makin teruk. 

Waktu ni Hata outstation dekat Tanjung Malim..Sepatutnya hari Ahad pagi Hata kena outstation dekat Sibu, Sarawak tapi dapat kelonggaran dari Vice President untuk swap dengan staff yang sepatutnya ke Tanjung Malim minggu tu. Jam 8 malam, anak-anak sedara sampai. FIL masih berkeras tak nak pergi ke hospital sedangkan nak bernafas dah memang sangat sukar.. Kami yang tengok dari video call (VC) pun rasa sedih & kesian sangat...Aku ni dah la dekat ofis..Macamane nak fokus?? Risau sangat tengok keadaan arwah waktu ni.

Jam lebih kurang 11 malam, kak ipar sekali lagi panggil ambulance tanpa pengetahuan arwah. Waktu ambulance sampai depan pintu rumah, arwah tanya nak pegi mana...Kak ipar jawab "Kita pegi buang air ye abah.." air dalam badan arwah dah terlalu banyak sampaikan dah mula keluar melalui hidung dan telinga ).Waktu ni arwah dah start senyap je macam redha. Banyak yang anak-anak sedara update dalam group family waktu ni..Kami disini waktu ni memang berdoa semoga ada keajaiban selepas arwah ke hospital.

Malam tu jam 12 lebih jugak baru kami dapat terlelap. Jam 3 pagi kak ipar kol dan baru tersedar nak tengok update dalam group family. Kak ipar yang dekat KB mintak semua balik dengan kadar segera sebab oksigen arwah dah drop to 45%...Waktu ni hospital bagi 2 pilihan..Bawa pulang atau intubate. Jadi kak ipar pilih bawa pulang. Hospital bagitahu mana-mana pilihan pun, semua kena bersedia dengan sebarang kemungkinan. Sebenarnya, malam tu aku dah tolong Hata packing baju anak-anak dan baju Hata untuk mereka bertiga pulang ke KB terlebih dulu selepas waktu persekolahan Ammar. Kan tarikh 18/11/25 tu sekolah Ammar ada hari Kanak-Kanak sedunia...Ammar aku masukkan dalam calon pakaian beragam tu. Aku ingat nak suruh Hata balik dulu... Lepas tu baru aku balik dengan flight..Planningnya aku balik KB naik flight hari Jumaat lepas kerja.

Jam 3.30 pagi aku terus kemas-kemas baju aku. Cakap dengan Ammar yang dia kena lepaskan pertandingan sebab condition tokbah yang sangat membimbangkan. Kak ipar yang dekat Kajang pulak nak tumpang kami balik sekali sebab abang ipar tak larat nak drive. Jadi dalam jam 5 pagi baru kami bergerak dari rumah. Dalam kereta memang sentiasa tengok update dari anak-anak sedara dekat KB...

Jam 6 pagi kami berenti dekat surau Dong untuk solat subuh. Jam 6.30 pagi kak ipar dekat KB bagitahu oksigen arwah makin drop..Kaki dah start biru dan sejuk. Waktu ni kami baru sampai dekat Raub. Dalam jam 8.40 pagi, arwah pergi tinggalkan kami semua.. Waktu ni kami baru sampai dekat Gua Muasang. Ada lagi dalam 3 jam nak sampai ke KB. Waktu ni abang ipar ganti drive. Memang agak laju jugak dia drive waktu ni...Tapi mujur kereta tak banyak. Dah nak sampai Kuala Krai tu baru banyak sikit kereta.

Alhamdulillah kami selamat sampai rumah jam 11.10 pagi..Masa sampai orang masjid dah get ready nak mandikan jenazah...Masa dah nak sampai, aku pesan dekat Hata...Kena redha...Kena ingat lekat dalam fikiran "Abah dah tak sakit.."..Sapa yang tak menangiskan? Mesti la Hata menangis...Aku biarkan aje...Sebab aku dah melaluinya 2 kali dalam tempoh 5 tahun ni.

Selesai mandi dan kafan, jenazah disolatkan dekat rumah je...Alhamdulilllah waktu ni ramai jugak yang datang. Ofismate abang ipar, adik ipar, kakak ipar...VP & Manager department Hata pun sampai sebab kebetulan waktu ni mereka ada exit meeting dekat ofis di Kota Bharu. Jenazah selesai dikafankan masa azan Zohor...Jadi hadirin yang datang solat Zohor berjemaah dulu dekat rumah...Lepas tu baru buat solat jenazah. Dalam jam 2.35 petang liang lahad siap digali dan van jenazah pun sampai.
Waktu ni hati aku dah tak dapat menahan...
Tapi kena kuat jugak sebab Hata dah sedih sangat...
Arwah disemadikan disini...Dekat aje dengan rumah...
Sama macam arwah mak & abah aku...Dekat sangat dengat rumah.
Alhamdulillah...3 anak lelaki abah dapat sambut abah..
Cuaca waktu ni mendung je...
Semendung hati kami yang baru kehilangan arwah...
Solat jenazah dari ahli keluarga yang baru sampai sebelum 
talkin dibacakan oleh suami anak sedara aku...

Alhamdulillah selesai semuanya dengan sangat lancar...Malamnya diadakan tahlil bersama ahli keluarga dan beberapa orang jiran tetangga...Aku & Hata hanya dapat hidangkan mihun goreng je...Semua tak larat nak masak lebih-lebih..Waktu tu siapa pun tak dapat nak fikir untuk order je makanan dari mana-mana kedai sebab memasing baru dapat berehat selepas semalaman tak tidur sebab nak monitor arwah.

Semoga arwah bapa mertua aku ditempatkan dikalangan orang-orang yang diterima amal solehnya...Dilapangkan kuburnya...Diringankan azab kuburnya...Amin...
Arwah abah dapat jumpa sekejab je cucu yang baru berumur 41 hari ni...
Sedihnya aku ni hanya Allah je yang tahu...
Gigihnya aku menahan air mata ni...Juga Allah je yang tahu macamana aku berusaha untuk nampak kuat dimata Hata supaya Hata  
kuat juga terima kenyataan ni...

Sebenarnya hari Isnin tu aku ade bercerita dengan bos aku tentang condition arwah sebab bos aku tegur muka aku nampak penat. Nampak sembab macam orang menangis baru bangun tidur...Lepas bercerita, bos aku suruh aku standby je if anything happened. 

Masa hari kejadian, jam 6.30 pagi aku update bos yang aku amik EL sebab condition arwah...Jam 9 pagi aku update lagi tentang pemergian arwah pada bos. Bos aku memang terkejut. Aku dapat 2 hari compassionate leave & aku amik extra lagi 2 hari Emergancy Leave...Jadi aku cuti dari hari Selasa sampai Jumaat. Esok dah start kerja dah. Harapnya aku & Hata boleh berdamai dengan takdir...Masa arwah abah aku pergi dulu...Aku memang amik masa seminggu lebih nak berdamai dengan takdir...Sampaikan aku tak boleh tengok pakcik tua yang kurus tinggi macam sosok arwah abah aku...

Pernah sekali aku ternampak sosok lelaki tua sama macam arwah abah tengah seronok bermain dengan cucu...Terus aku berpaling & automatik air mata aku keluar ye kome...Hata pun terkejut...Sebab memang aku fragile waktu tu...Sampai sekarang aku tak boleh tengok pakcik tua yang terpaksa bekerja untuk kelangsungan hidup dia...Aku jadi terlalu sedih sampai boleh menangis.

Apa pun minggu sebelum tu kan aku ada balik KB, Hata sempat mandikan arwah dan layan arwah...Jadi aku harap Hata takde rasa terkilan sangat sebab Hata sempat dan berpeluang menjaga arwah saat kami balik KB hari tu.
Hari Jumaat dalam jam 5.30 petang kot..
Kota Bahru masih hujan...Jadi kami risau tentang tanah di kubur arwah...
Sebelah pagi, Hata dan adik ipar dah angkat khemah ke kubur arwah untuk lindunginya dari terkena air hujan yang terlalu banyak...Sebelah petang, nampak hujan dah renyai-renyai kami pergi sekali lagi bawak batu-batu kecil dan batu bata dari rumah untuk tambah dekat kubur arwah bagi mengelakkan mendapan yang lebih dalam berlaku...Kerja-kerja ni selesai jam 6.40 petang...
Sedang elok selesai, hujan pun turun dengan lebat sangat...




Terima kasih atas ucapan takziah dari semua ya...

0 comments: