Dec 9, 2025

SELAGI TAK PINDAH : CERITA SABTU 6.12.25

As Salam

Hari Sabtu jam 10 pagi baru kami gerak dari rumah baru menuju ke destinasi pertama iaitu kedai buku Pustaka Rakyat sebab aku nak kena top up baju sukan sekolah Ammar, lepas tu singgah Longwan niat nak mencari WD40...Tapi nan hado..Yang dibawak keluar dari kedai adalah seluar track Hata 😀...Kualiti seluar track dekat kedai Longwan ni pada aku not bad jugak...Cuma kena pandai pilih jenis kain. Lepas tu baru kami ke kedai nasi lemak Saleha dekat sri rampai tu..
Aku & Ammar amik nasi lemak bungkus ni je sebab takut tak 
habis kalau amik yang dalam pinggan...
Pada aku portion mereka adalah berbeza..Amik 3 bungkus, makan 2 bungkus..Sebungkus lagi bawak balik ke rumah lama as 
back up kalau-kalau Ammar lapar..

Lepas makan terus balik rumah...Hata mengemas bilik tidur kami, aku pulak handle mengemas dekat hall yang dah macam tongkang pecah...Tengah-tengah mengemas aku jumpa baby carrier Ammar 10 tahun lepas..Ini baby carrier brand Mothercare hasil dari voucher yang office lama Hata bagi as a gift...Sedap pakai sebab ade kain untuk support pinggang si pemakai...Tak sangka jumpa..Aku bagitahu dalam group family Hata kalau abang ipar aku yang baru dapat baby tu nak...Dia cakap dia nak..Nanti la aku pos-kan..Baby pun baru je umur nak masuk 2 bulan 😁
Kualiti kain masih elok...Aku rasa aku pakai sekejab aje carrier 
ni sebab aku jumpa baby carrier yang ada hip support & 
boleh ditanggalkan carrier pakai hip tu je...

Sepanjang sesi mengemas, banyakkkkk yang aku tutup mata je buang...Agak-agak jarang guna kita BUANG...Agak-agak dah lama tak guna, kita BUANG...Ini pun ada yang aku plan nak sorting semula dekat rumah baru...Sebab kalau lama-lama dalam rumah ni buat aku rasa berlengas..Dah la aku sensitif dengan habuk 😭

Dalam jam 3.45 petang kami pun bergerak balik ke rumah dan bawak apa-apa barang yang boleh dimasukkan dalam kereta...Lepas tu mengesahkan hal rumah baru pulak..Sorting bilik menjahit untuk get ready terima kehadiran barang-barang dari rumah lama...

Penat dia kome jangan tanya la...Pukul 11 malam letak kepala dekta bantal, terus leboh masuk alam tido 😀

0 comments: