Dec 9, 2025

SELAGI TAK PINDAH : CERITA SABTU 6.12.25

As Salam

Hari Sabtu jam 10 pagi baru kami gerak dari rumah baru menuju ke destinasi pertama iaitu kedai buku Pustaka Rakyat sebab aku nak kena top up baju sukan sekolah Ammar, lepas tu singgah Longwan niat nak mencari WD40...Tapi nan hado..Yang dibawak keluar dari kedai adalah seluar track Hata 😀...Kualiti seluar track dekat kedai Longwan ni pada aku not bad jugak...Cuma kena pandai pilih jenis kain. Lepas tu baru kami ke kedai nasi lemak Saleha dekat sri rampai tu..
Aku & Ammar amik nasi lemak bungkus ni je sebab takut tak 
habis kalau amik yang dalam pinggan...
Pada aku portion mereka adalah berbeza..Amik 3 bungkus, makan 2 bungkus..Sebungkus lagi bawak balik ke rumah lama as 
back up kalau-kalau Ammar lapar..

Lepas makan terus balik rumah...Hata mengemas bilik tidur kami, aku pulak handle mengemas dekat hall yang dah macam tongkang pecah...Tengah-tengah mengemas aku jumpa baby carrier Ammar 10 tahun lepas..Ini baby carrier brand Mothercare hasil dari voucher yang office lama Hata bagi as a gift...Sedap pakai sebab ade kain untuk support pinggang si pemakai...Tak sangka jumpa..Aku bagitahu dalam group family Hata kalau abang ipar aku yang baru dapat baby tu nak...Dia cakap dia nak..Nanti la aku pos-kan..Baby pun baru je umur nak masuk 2 bulan 😁
Kualiti kain masih elok...Aku rasa aku pakai sekejab aje carrier 
ni sebab aku jumpa baby carrier yang ada hip support & 
boleh ditanggalkan carrier pakai hip tu je...

Sepanjang sesi mengemas, banyakkkkk yang aku tutup mata je buang...Agak-agak jarang guna kita BUANG...Agak-agak dah lama tak guna, kita BUANG...Ini pun ada yang aku plan nak sorting semula dekat rumah baru...Sebab kalau lama-lama dalam rumah ni buat aku rasa berlengas..Dah la aku sensitif dengan habuk 😭

Dalam jam 3.45 petang kami pun bergerak balik ke rumah dan bawak apa-apa barang yang boleh dimasukkan dalam kereta...Lepas tu mengesahkan hal rumah baru pulak..Sorting bilik menjahit untuk get ready terima kehadiran barang-barang dari rumah lama...

Penat dia kome jangan tanya la...Pukul 11 malam letak kepala dekta bantal, terus leboh masuk alam tido 😀

10 comments:

adnil linda said...

nasib baik pindah dekat.. kami nie pindah jauh...pening nak kemas..pening nak angkut.. aishh..macam2 kepeningannya.. hahaha

Ezna Khalili said...

Pindah memang penat....teringat suami pernah bawa pokok palma naik kereta. Masa tu pokok tu kecik lagi.

Sikit2 bawak akhirnya selesai...insya allah....

Cuya said...

Boleh bayang penatnya tu.
Moga dipermudahkan urusan

Warisan Petani said...

memang banyak kerja masuk rumah baharu

abuikhwan said...

saya pun kalau mengemas.. aduh sayangnya nak buang barang-barang lama.. cuba nak tutup mata, endingnya simpan semula haha

thisni3za said...

Linda : Itu la tu..nasib dekat..Linda nnt mesti double penat =D

Ezna : Sy pun mana2 yg muat dlm kereta kamu sumbat je..Mujur ada wagon..Senang sikit =D

Cuya : Amin..Thx dear =D

WP : Betul tu wak...Bykkkkkk..

Abuikhwan : Sudah...Sama byk la nnt sebelum & selepas mengemas kalau simpan semula =D

Mama Zharfan said...

memang penat mengemas, paling senang, buang jer semua tp most of the time rasa syggggg nak buang (MZ ler tu) end up penuh rumah brg2 ala2 hoarder plak

Roziah @ Cie said...

Memang kena pejam mata je kalau nak sorting tu. Kalau tak memang semua jadi sayang & rasa berguna.

Suria Amanda said...

Nasib baik la x jauh sanagt kan...kot2 pindah lain negeri lagi haru,...

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Memang harus begitu kalau sort barang yg akan dibuang 😄😄. Pokoknya barang yg sekira dalam waktu 1 tahun ke depan tak akan dipakai, buang sajalah 🤣. Berarti memang kita tak butuh lagi barangnya