As Salam
Linda tanya kita jawab...😁
Actually masa orang kedai perabot sampai memang kami dah suruh mereka pasang wardrobe ni dalam bilik master bedroom terus...Sebab wardrobe ni besar & berat kome..Wardrobe ni tingginya 8 kaki... Jadi memang kena terus pasang dalam bilik sebab tak muat nak masuk kalau pasang diluar & tolak masuk bilik..
Ini hall kami...
Ini balkoni panjang yang sambung terus dengan balkoni dekat master bedroom
Panjang balkoni ni average dalam 6.5 meter.
Aku tahu sebab hari tu beli golf carpet 3 meter dekat MR.DIY..
Panjang tu takat dari gambar ni diambil sampai dekat tiang pertama pagar tu je...Jadi kena beli lagi 1 yang 3 meter jugak baru ngam..Itu pun tak sampai ke hujung balkoni..Ade dalam 30cm lagi nak sampai ke dinding balkoni tu...
Ini master bedroom dari pintu masuk dalam rumah..Itu sliding door nak ke balkoni panjang macam gambar diatas..
Ini view master bedroom dari sliding door pulak..
Jadi kami letak wardrobe tu dalam bilik dekat bilik master bedroom..Tinggi wardrobe ni 8 kaki.
Hall kami takde tingkap...Hanya ada sliding door je...
Jadinya memang wardrobe ni dipasang & akan kekal dalam bilik master bedroom ni..Aku tak pasti bilik ni dikategorikan luas atau sekadar OK je...Sebab alik kanan wardrobe tu masih muat aku punya meja solek lepas tu alik kiri boleh muat 1 penyidai tuala secara menegak ke dinding bilik air dan mungkin 1 shelf rack baju yang sedia ada dekat rumah lama...
Aku cadang nak letak katil dekat dinding depan wardrobe ni..Aku tak ingat pulak panjang katil ni berapa inci..Harap-harapnya masih ada ruang berjalan lepas pasang katil nanti...
Gitu la panjang lebarnya jawapan aku untuk soalan Linda..Harap terjawab sudah soalan Linda ni ye....Mungkin Linda ingat kami pasang dekat hall sebab view sliding door tu sama antara bilik master bedroom & hall...
Pagi ni lepas sarapan kami ke rumah lama lagi... Ade lagi nak kena kemas... Macam macam nk dipilih Dan dibuang. Semalam anak sedara yang dekat Kajang datang tolong apa yang patut.. Minggu depan pulak kalau free nak mintak mereka tolong pasangkan katil aku & almari baju kids.
Apa aktiviti kome hari ni?

0 comments:
Post a Comment