Dec 4, 2025

PERABOT DAH SAMPAI

As Salam
Hari Isnin lepas masa aku & Ammar masih di bilik 608, perabot kami iaitu katil anak-anak dan wardrobe aku & Hata dah selamart sampai dan dipasang oleh pekerja kedai perabot..Alhamdulillah semua nampak ok & mereka dah skru body to body katil & body to diven katil anak-anak..Semua pun dah masuk dalam bilik masing-masing...
Ini katil dalam bilik Ammar...
Tinggi & nampak besar katil ni...
Aku puas hati 😍
Design & warna yang sama macam bilik Ammar untuk bilik che mek...
Seronok le che mek sebab aku belikn tilam 10" untuk both of them..
Jadi tinggi la sikit katil ni nanti...
Wardrobe ni gedabak besarnya kome...
Plan asal nak letak dekat sliding door tu sebab ingat makan ruang 2 sliding je...
Tapi masa Hata VC dan tunjuk keadaan sliding kalau letak wardobe ni dekat sana,ruang pintu sliding tu jadi kecik sangat...Jadi tak cantik...
Maka letak la dekat tingkap ni...Selasa malam Rabu tu aku tolak wardrobe ni tutup 100% tingkap...Sebab alik sliding tu ade 3 power point..

Hata bagitahu kalau dia sempat & larat, hari ni nak angkat bag-bag pakaian yang sudah aku kumpulkan untuk dibawa ke sini...Lepas tu dah boleh gantung sikit-sikit sementara fully moving out dari rumah lama...

Selesai part perabot yang besar-besar ni...Sekarang tengah kumpul budget untuk beli kerusi dekat island table, meja kopi dekat balkoni, meja study anak-anak - kalau masih ada ruang dalam bilik masing-masing & karpet rumput golf untuk balkoni...


Harapnya dapat settle dalam keadaan terkawal & seperti yang dirancang..Amin

1 comments:

Suria Amanda said...

Alhamdulillah dah nampak banyak progress dh tu...seronoknya....buat house warming jagn lupa akak..ehhh..hahahaha...gurau je..