As Salam
Ini bukan topik nak meriak ye kome..Tapi saje nak share & kita share kos tahun 2026 untuk kita-kita yang ada anak-anak yang masih dibangku sekolah. Tahun ni aku rasa aku bijak dalam membeli buku sekolah Ammar...Sebab tahun ni aku memang alert tentang senarai buku sekolah yang HANYA PERLU DIBELI yang diupdate oleh guru kelas Ammar. Tahun-tahun sebelum ni aku tak amik port update dari guru kelas tentang buku sekolah sebab ingat semua listing sama. Sekali beli udah dekat RM100. Sedangkan ada buku yang tak perlu beli pun.
Tahun ni walaupun kelam kabut dengan rumah, tapi aku tak rasa kelam kabut sangat dengan hal-hal sekolah anak-anak. Buku sekolah kebangsaan Ammar hari tu beli dekat Pustaka Rakyat hanya 18 pcs total dalam RM60. Lepas tu buku sekolah agama Ammar pulak bermula tahun 2026 tiada buku teks. Hanya ada buku tulis & 1 set lagi tak ingat buku apa. Total harga buku RM123.00 Lepas tu aku add on 2 helai baju t'shirt SRA total RM60.00. Memandangkan tahun 2026 ni jugak SRA tetapkan pemakaian baju melayu kena pakai 4 hari & hanya 1 hari pakai baju PJ/sukan. Jadi aku add on lagi 3 pasang baju melayu & 3 helai sampin beli dekat Longwan je. Sepasang rege dalam RM36 helai x 3, sampin RM12/helai x 3 helai. Sampin ni aku beli siap sebab hari tu aku buat macam tak jadi sangat finishing dia. Bekas pencil memasing nak yang baru. Ammar amik 2 pencil case untuk 2 sekolah. Wehhhh..Dieorang amik pencil case yang RM19.90 satu kome. Tapi tak pe lah sebab setahun sekali je anak-anak tukar. Bag sekolah che mek tak ganti sebab bulan 11 hari tu rasanya dah beli yang baru sebab bag sedia ada dah hancur. bag beli dekat Mr.DIY je..Che mek berkenan..Kita layankan aje.
Bag sekolah Ammar below RM40 beli dekat Longwan jugak sebab Ammar berkenan dengan design yang ada dekat sana. Kita layan. Kalau tengah tahun kena ganti aku ok lagi sebab faham dengan harga bag tu..Tp kadang-kadang kualiti bag dari kedai Longwan ni not bad jugak. Kasut sekolah dua-dua anak tak perlu tukar sebab hari tu kan Hata baru je belikan yang baru sebab memasing kasut basah sebab kena hujan. Jadi jimat sikit part kasut. Uniform sekolah Ammar aku tak beli baru sebab yang tahun lepas masih muar dekat Ammar. Baju pun elok lagi sebab seminggu hanya pakai sekali je.
Buku sekolah che mek RM84.00 sebelum masuk kos buku ikut course yang akan diketahui tak lama lagi. Cikgu kelas cakap dah naik sekolah esok lusa ni baru tahu che mek akan dapat kelas aliran apa. Jadi buat masa ni aku hanya beli buku untuk subjek asas. Buku ni pun bukan aku yang pegi beli. Tapi cikgu taska yang anaknya sebaya dengan che mek yangtolong belikan sebab dia risau stock buku sekolah yang asas habis. Jadi dia offer nak tolong belikan selepas aku transfer duit kepada dia. Aku plan nak beli selepas che mek tahu dapat aliran mana. Tapi cikgu taska dah offer tu aku pun iya kan aje la pertolongan dia tu.
Buku tu cikgu taska letak dekat taska, masa hari kami pulangkan kunci rumah lama kepada owner, che mek & Ammar ke taska amik buku tu. Tudung Pegawas pusat sumber che mek nanti dah lapang sikit aku akan try add on. Kain ade je dekat rumah ni. Baju kurung pun In Shaa Allah aku akan add on nanti sebab last year che mek pakai waktu hari Isnin & Jumaat lepas tu pakai sepanjang waktu exam je. Hari tu Mr.DIY ade buat promo stokin hitam RM3.90 untuk 3 pasang. Aku beli 4 set rasanya. Kalau hilang jugak tak tahu lah nak cakap apa. Kalau berlubang aku boleh terima lagi.
Jadi berapa kos korang tahun ni untuk sekolah anak-anak? Ini tak termasuk kos duit PIBG lagi. Last year sekolah tetapkan RM130/head bagi yang takde kakak / abang /adik dekat sekolah yang sama. Tahun ni tak pasti berapa pula yang akan pihak sekolah tetapkan.
Apa pun kos kita, harapnya kita dapat sediakan apa yang termampu untuk mereka. Harapnya mereka hargai & ada semangat yang lebih baik untuk belajar pada tahun 2026 ni.
0 comments:
Post a Comment