As Salam
Terima kasih kerana bertanya...
Memang jenuh mek nak mewarna muka tu...Jenuh jugak nak membeli barang-barangnya sebab harga agak pricy..Walaupun pricy, tapi tahan lama, senang nak buang - pakai baby wipes dah boleh hilang dan bolah pakai banyak kali bergantung pada kekerapan kita keluar cosplay dengan character tu.
Rambut / benda yang putih atas kepala tu aku buat dari kain yang stretchable dan isi dengan foam. Lepas tu warna biru corak tu aku guna acrylic paint. Actually benda tu kecik je...Aku terbuat yang besor..Tapi layankan aje la..Janji costume tu siap waktu nak pakai tu. Jadi benda tu ringan dan tak sakitkan kepala aku. Takde beban atas kepala. 😆
Untuk soalan sis SA, untuk pengetahuan semua, aku pakai yang special untuk face paint. Sebelum pakai tu memang pakai skincare siap-siap sekali dgn sunscreen. Untuk part effect dekat muka tu, kalau aku pakai topeng LATEX cepat nampak kesan. Muka aku akan naik rashes sikit. Waktu pakai davy jones takde pulak jadi. Mungkin sebab material yang berbeza Latex & fabric. Setakat ni face paint jenama dibawah yang aku pakai tak pernah ada effect macam rashes / jerawat.
Jadi untuk face paint tu memang kami kena beli yang mahal sikit dari face paint biasa untuk jaga kulit muka. Supaya tak naik gatal-gatal. Biasa kami akan ke kedai art dekat Pavilion Bukit Bintang untuk stock up face paint ni...Ni dah lama tak kesana sebab tak ada keperluan untuk stock up face paint. Tapi tengah tahun ke mungkin kena kesana sebab In Shaa Allah costume baru tahun ni perlukan aku paint my face 😆
Contoh brand face paint yang kami guna...
Yang macam ni pun ada...
Face paint yang lain-lain kami ade jugak pernah try...Tapi kekurangannya adalah tak pekat, bukan untuk kegunaan jangka masa yang lama a.k.a long lasting dan tak mudah untuk disamaratakan dan dibersihkan. Kami tak pernah try lagi beli face paint macam yang orang guna dekat event tu sebab terlalu banyak warna. Jadi kami beli yang loose macam ni. Kalau brand ni setakat yang kami guna, senang je nak paint dekat muka. Senang jugak untuk blend dengan kulit muka.
Aku pernah tersilap beli face paint kome. Sekali terbeli face paint untuk orang pakai OPERA CINA tu...Allahuakbar. OIL Face Paint pulak...Memang susah nak guna sebab tak tahu teknik. Lepas tu memang aku & Hata berhati-hati pilih face paint. Tambah-tambah bila kami jadi Pennywise. Memang face paint warna putih memainkan peranan penting. Jadi kami kena beli face paint yang water based.
Kalau nak nampak cosplay kita tu accurate, memang kena keluarkan kos. Sebab bila orang tengok nampak macam real character, itu adalah satu kepuasan yang tak ternilai buat kami as cosplayer. Tambah-tambah bila Hata cosplay as Jack Sparrow. Kalau sekali imbas, memang akan nampak real. Sebab apa? Sebab Hata berjaya ikut make up tutorial yang dikongsikan oleh professional cosplayer yang lain. Make up untuk jack sparrow ni pun kalau nak ikutkan, memang kena guna banyak bahan dah lebih kurang macam make up set MUA je. 😆
Begitu lah jawapan aku untuk 2 soalan diatas. Semoga menjawab persoalan ni ye...
Macamana anak-anak kome dekat sekolah hari ni? Ada drama tak?


2 comments:
Okey..faham.....ada la naik rashes skit2 kan..anak buah akak yang baru naik darjah 1 tu yang kememeh skit..dia anak no 2 so paham- paham la buat perangai nak masuk darjah 1 ni...ibu dia dah bertukar jadi hijau dah tu..nasib baik ayahnya ada..hahahahaha
now i know ;) anway, selamat kembali ke sek utk anak2 kita semua!
Post a Comment