As Salam
Hari Jumaat lepas, memandangkan che mek ade kelas tuisyen selama 1 jam je, jadi aku & Hata pilih untuk pergi ke pasar malam dekat area LRT Gombak tu. Dah lama sangat rasanya tak kesana sebab dulu ade kes orang mengamuk guna pisau dekat sana.. Sejak dari hati tu aku dah takut nak kesana. Harapnya kes tu dah selesai & orang yang mengamuk tu dah diambil tindakan.
Jadi apa yang kami beli dekat pasar malam tu? Memang rambang mata tengok makanan ye kome...Sebab waktu tu tengah lapar...Kena pulak dah lama tak ke pasar malam...Tapi itu lah...Gi pasar malam ni kena bawak cash lebih...Hari tu pulak aku & Hata tak bawah cash lebih...Jadi bercatu sikit la nak membeli tu...Aku jarang guna QR masa membeli dekat pasar malam..Risau waktu tu takde lain tetibe 😆
Tak banyak pun yang kami beli...
Aku beli laksam, nasi kerabu, nasi lemak, murtabak & apam balik.
Cumamya itu la...Part sirap cuka bawang murtabak tu...Ya Allah..Susah jugak nak jumpa yang masih elok rasanya waktu aku beli..Sokmo-sokmo beli pun mesti dah masam sikit...Aku tahu mereka buat awal..Tapi kalau dah masam idak ke rugi je buat? Jadi apa solution kepada peniaga untuk kekalkan sirap cuka tu supaya tak masam bila sampai waktunya??? Aku suka makan murtabak dengan sirap cuka tu berbanding kari.
Apam balik tu OK..Aku suka sebab aku bayar lebih untuk extra jagung. Aku suka makan apam balik with extra jagung 😆..Laksam pun ok..Nasi kerabu & Nasi lemak takde dalam gambar sebab lupa nak snap..Both food pun ok jugak.
Jadi ini adalah menu pertama kami dekat pasar malam untuk tahun 2026 😁. Korang dah pergi pasar malam ke tahun baru ni?

2 comments:
Alhamdulillah
Selamat menjamu selera.
Terliur kak SA tengok laksam tu..nampak sedap..
Post a Comment