As Salam
Hari ni aku saje nak share 1 perkara yang aku pilih as a cosplayer yang kadang-kadang timbul, kadang-kadang tenggelam. Masa mula-mula aku pilih character AHSOKA Tano tahun 2019 ( around 7-8 years ago) aku dah mula suka dengan nama depan character ni...Jadi aku cakap dengan Hata aku nak letak stage name aku as AHSOKA NIEZA. Sebab majority cosplayer, mereka mempunyai cosplay / stage name. Memandangkan selepas keluar dari team "sana" kami bergerak secara solo dan memang memburu competition, maka aku TEKAD nak gunakan nama tu as my stage name..
Hari tu aku buat research sikit tentang makna nama AHSOKA tu.Dan ini yang aku jumpa...
Secara rawak, maksud nama AHSOKA adalah TANPA KESEDIHAN.
Jadi kira makna yang elok la untuk aku guna as a stage name aku kan? 😆
I lurve this character & the costume. Tapi sejak "keluar dari sana" aku dah tawar hati nak keluar dengan character ini lagi sekali. Pernah terlintas nak upgrade costume ni tapi tak terbuat. Lagipun VIBE cerita Star Wars ni pun macam makin kurang, jadi aku pun makin kurang bersemangat nak upgrade costume ni. Boleh dikatakan almost 90% costume ni aku jahit & DIY sendiri je dengan Hata. Tapi disebabkan 2 faktor diatas, aku tinggalkan aje character & costume ni tak berpakai. Tak silap aku, kami dah buang pun costume ni sebab dah banyak yang rosak. Mungkin tersalah cara penyimpanan.
Apa pun I lurve my Stage Name...Sampai bila nak guna? Sampai aku & Hata decided nak pencen dari bercosplay atau masuk mana-mana competition. baru la aku simpan Stage Name ni...
Jadinya dari tahun 2020 kot sampai sekarang aku guna stage name AHSOKA NIEZA...✌
Esok aku & Hata akan sambung misi mengemas rumah. Ade lagi kotak-kotak yang perlu dikosongkan.
6 comments:
jenuh la nak warna muka bagi merah tu... yang rambut ke apa tu? buat daripada apa?
jap jap nak tanya, bila warnakan muka cenggitu, muka x breakout ke?
costume cosplay yang mengagumkan! Keep it up!
Lain sangat dari wajah ayu Niza....
Menarik baca kisah pemilihan nama pentas ni, terasa ada cerita peribadi di sebaliknya. Nampak jelas betapa nama tu bukan sekadar gelaran, tapi ada makna yang dekat di hati.
Follow blog Nieza ni la baru tau pasal cosplay ni.
Post a Comment