As Salam
Sedihnya hati ni hari Rabu lepas sebab itu adalah hari terakhir kami pegang kunci rumah lama setelah hampir 10 tahun menyewa disana. Macam-macam kenangan yang tercipta dalam rumah ni. Kenangan Ammar belajar potty training, aku jalan kaki, hantar anak-anak ke taska, jalan kaki ke kelas mengaji Ammar, jalan kaki sampai ke jalan besar untuk tunggu bas ke LRT.
Kenangan taman pokok serai, pokok terung, pokok daun kari, tanam 5 ekor kucing yang semuanya anak-anak si Merry. Masa kami handover kunci pada owner, kami dah tak nampak dah kelibat Merry. Mungkin dia dah tahu yang kami tak akan kembali ke rumah ini lagi.
Terima kasih kepada owner rumah ni yang sangat prihatin dengan keadaan rumah dia bila ada berlaku apa-apa yang besar macam paip bocor & anai-anai. Terima kasih sebab faham ekonomi kami masa PKP dulu. Terima kasih sebab ucap tahniah kepada kami kerana akhirnya berjaya memiliki kediaman sendiri.
Owner pernah bagitahu yang ramai agent tanya tentang rumah ni. Ramai agent nak owner jual tapi owner tak nak jual sebab owner fikir tentang kami sekeluarga. Masa kami bagitahu nak pindah ni pun owner cakap pindah relax-relax je..Jangan kalut-kalut. Dia hanya akan panggil agent untuk view rumah selepas kami selesai 100% pindah.
Alhamdulillah owner setuju untuk pulangkan semula deposit api dan air kami sebanyak RM500 sebab last bill bulan December 2025 aku dah selesaikan. Lepas tu owner puas hati dengan keadaan rumah waktu kami pulangkan kepada dia. Dia terkejut tengok dalam rumah dah kosong sepenuhnya..Kami hanya tinggalkan penyapu dan pencuci tandas je.
Owner cerita, penyewa sebelum kami keluar rumah dengan cara tak baik. Tinggalkan kunci dekat pintu dan banyak lagi barang-barang yang mereka tak nak dalam rumah. Owner cakap dia nak jual rumah ni dengan harga RM550K. Sebab 2 anak dia tak nak dah rumah ni. Dia pun dah tak nak jaga rumah ni. Owner cakap harapnya buyer akan datang ni dapat jaga rumah ni macam kami jaga. Masih dalam keadaan yang elok.
Hata cakap sekarang dah takde sebab untuk kita kembali ke Wangsa Ceria. Sekarang kena fokus ke rumah baru yang masih banyak perkara perlu diselesaikan. Semoga kenangan dia rumah lama ni akan terus dalam ingatan kami. Kenangan Ammar membesar, che mek belajar berpuasa, liku-liku turun naik pekerjaan aku & Hata. Semuanya berlaku disana..Aduhai..Sedih betul rasanya 😁
Selamat tinggal rumah yang kami tinggal paling lama sejak mula-mula berkahwin. Rezeki orang berbeza-beza..Ada yang lepas kahwin, beberapa tahun kemudian terus dapat beli rumah. Ada yang terus menyewa sampai anak-anak dah besar dan berkahwin. Sewa atau beli jangan kita pertikaikan sebab mungkin Allah ada sediakan yang lebih baik untuk dia dimasa akan datang. Janji dia ada tempat berteduh..Kan?
Kami ni pun bila dah yakin mampu bayar monthly baru la berani nak mencari rumah sendiri. Itu pun macam-macam cabang nak kena fikir. Apa pun semoga rumah sendiri ni lebih diberkati & dirahmati serta terpelihara dari segalanya...Amin
Good bye rumah lama...
5 comments:
Selamat tinggal segala kenangan...selamat datang kenangan yang baru..di rumah yang baru...
10 tahun…memang cukup lama, banyak memori tercipta.
Alhamdulillah rezeki dapat tuan rumah baik.
10tahun tu tempoh yang lama..memang akan sedih..banyak kenangan tercipta..Alhamdulillah, dapat tuan rumah yang baik..semoga dimudahkan rezeki tuan rumah dan juga Nieza sekeluarga..aamin.
Kenangan lama tetap di hati. Rezeki dapat pindah rumah sendiri. InsyaAllah kenangan baru pula tercipta.
Pernah menyewa jugak dulu 2 kali. Berpindah randah ajer kami. Kita sewa dan pulangkan dengan keadaan baik buat owner happy sangat.
Post a Comment