Jan 22, 2026

HUJUNG ATAU AWAL TAHUN?

As Salam
2 Tahun ni bos aku ade buat appraisal. Tahun-tahun sebelum ni dia tak buat sebab dia ada alasan dia tersendiri. Tahun lepas bos aku buat appraisal sama macam tahun ni. Sebelum Chinese New Year. Hari Selasa lepas, tiba giliran aku jadi orang pertama yang masuk bilik bos dengan pintu ditutup untuk perbincangan.

Mula-mula tu memang tersengih-sengih la nak bukak cerita. Padahal kalau bos masuk ofis memang hari-hari pun aku jumpa bos. Kadang-kadang nak sign buku je..Tapi tetibe pulak melarat sampai ke cerita lain. 

Macam biasa mula-mula kita start, lepas tu bos pun akan cerita penilaian dia dari segi hasil kerja kita setahun yang lepas. Lepas tu bab MC, EL & AL. Last sekali bab increment dan bonus. Bab bonus & increment ni aku tak nak komen banyak. Sebab kita tahu kerja kita setakat mana. Takkan nak mintak lebih dari hasil kerja. Kan? Ini aku serahkan pada bos untuk letak level mana. Harapnya berbaloi la dengan hasil kerja aku tahun lepas. 😆

Aku beritahu bos, tahun lepas apa yang aku dapat siapkan dan apa yang aku dah buat untuk opis. Jadi terpulang pada bos untuk menilai level yang sepadan dengan aku. Janji ade rezeki bahagian kita sudah la...Dah nama pun bonus 😆.

Korang yang bekerja biasa appraisal dibuat hujung tahun / awal tahun sama macam aku? Macam Hata ofis dia buat hujung tahun lepas. Ofis aku biasa bos bagi 2 perkara ni pada gaji bulan pertama tahun baru. 

3 comments:

Warisan Petani said...

Harap2 dapat bonus yang lumayan.

Suria Amanda said...

Sesetengah boss kat opis akak appraisal is a must..boss akak xde..isi form dalam system..dia bagi markah and submit..tapi dia dah inform la..the best part is kita nilai diri kita sendiri, bagi rate kat diri sendiri lepas tu dia akan check..ada la dia akan potong markah base on perhatian dia...kat sini markah x leh kurang dari 3.0

Kakmim said...

Alhamdulillah, semoga ada rezekinya tu nieza