Feb 6, 2026

1 JAM SIAP #4

As Salam

Hari Rabu balik kerja boleh pulak terserempak dengan Hata..Masa Hata tengah tunggu lift, aku pun baru lepas palang masuk kawasan rumah. Lepas tu masa tengah pusing nak ker parking motor Hata jerit panggil nama aku. Lepas tu boleh pulak Hata berjalan kaki pegi dekat aku. Lepas tu kami berjalan bersama ke lobby lift.

Sampai rumah, letak bag, terus la bersilat kita di dapur...Masa lunch hour aku pegi Village Grocer dekat Avenue K beli barang sikit. Nampak shitake mushroom. Terus rasa nak try sebab selama ni pandai makan sikit-sikit je...
Aku beli semua sayur diatas sebab dekat rumah hanya ada sayur kobis je...
Plan asal nak tumis telur kacang buncis tu je...
Tapi bila dah jumpa shitake mushroom ni terus tukar plan.
Semua aku potong serba sikit je...
Jadi la kan?
Aku masukkan sikit ayam & blackpepper...
Menu 1 jam siap...
Hata kalau aku masak lemak ayam / ikan memang dia kena makan dengan cili garam tu...

By 7.10 malam dah siap masak, pukul 7.15 malam start makan, pukul 7.45 malam dah siap makan dan ready untuk selesaikan semuanya...Lepas makan, mandi solat semua aku mengadap kain la kome. Udah sebakul ni ha belum berlipat. Serabut mata aku tengok. 😆

Hari ni aku pegi keje dengan Hata sebab petang ni lepas waktu kerja ofis aku buat makan-makan sempena CNY. Makan dekat mana? nanti aku update ye.Kena buat awal seminggu sebab minggu depan bos aku dah start busy & akan bercuti panjang. Balik kampung sambut CNY. Alhamdulillah kami 1 ofis dapat cuti free 16.2.2026 akan datang ni. Jadi dapat la total cuti 5 hari. Aku & Hata takde planning nak bercuti kemana-mana sebab 17.2.26 & 18.2.26 tu kakak-kakak aku yang dekat kampung datang rumah. Jadi baik la kita persiapkan rumah ni sebelum mereka datang.

Tapi tak tau la kalau tetibe datang angin nak staycation 😆


Esok kemana kome?

8 comments:

adnil linda said...

wah...jimat cuti...dapat cuti free..lama tu

Kakmim said...

Nmpk hijau je sayur tu, sy suka sy suka.. ala² hotel style.. esok x ke mana pun sbb anak-anak tusyen... lepas 3 pm br free besok

Roziah @ Cie said...

Best la dapat cuti free. Cie apply cuti 16/2 tu dah alang2 sehari je. Dapat la cuti lama sikit. Takde plan bercuti pun husband busy.

Puan Hazel said...

Suka sayur campur² gini 😋

uncle gedek said...

Sejam? Cuba bagi uncle buat... mau 2 hari.... hahaha

Mama Zharfan said...

MZ hari sabtu memang ada kelas masters online. ariff plak ada bengkel spm (buat dlm UIA)

mrhanafi said...

sayur tu nampak cukup menyelerakan

thisni3za said...

Linda : Iye jimat..Rezeki..=D

KakMim : Lewat jgk tu lps 3pm =D

Cie : Iye...Seronok tahun ni dpt cuti pjng sikit =D

PH : Kita geng sis =D

Uncle : Kalau aunty 30 minit je ni uncle =D

MZ : Owhh..Full activity sis weekend ni =D

Hanafi : Betul =D