As Salam
Alhamdulillah hari Selasa tu kami selamat sampai dekat KLIA 2 gate K20 jam 7 malam...Sampai-sampai tu aku ke tandas dulu sebab tahu jauhhhhhh lagi nak sampai balai ketibaan. Lepas tu kami pegi amik luggage & selesaikan apa yang patut dan terus ke level 1 untuk amik grab.
Macam-macam style nak keluarkan air ni ye...
Sabar aje lah...Mujur la aku ni faham..Kalau tak faham???
Waiting for almost 10 minutes for our 2 luggage's.
Susah jugak nak dapat grab waktu ni walaupun orang memang tengah ramai tunggu grab.Dalam 15 minit jugak nak dapatkan grab dan 10 minit menunggu grab untuk masuk ZONE A/ ZONE B.
Kali ni aku remind Hata untuk pilih GRAB Plus. Means kita akan dapat kereta sedan. Not myvi or axia or viva or kereta kecik yang lain. Malam tu kami dapat kereta Honda City. Drivernya chinese. Alhamdulillah dia drive dengan elok dan tak seperti driver masa kami nak ke KLIA. Walaupun OK..Tapi ade jugak yang tak OK. Sampai depan guard house kami unload bag & AGAIN...Ammar tertinggal cap dia dalam grab. Itu memang selamat tinggal terus la tu.
Lepas tu kami naik ke rumah dulu untuk letak bag. Then ke mamak mencari makan sebab dari tengahari tak makan apa-apa. Petang tu makan ringan-ringan je. Jadi kami pilih untuk makan dekat Q Bistro je. Dekat dengan rumah. Lagipun che mek ada kerja sekolah yang dia nak kena siapkan.
Ini nasi Hata...
Ammar amik nasi menu biasa, aku amik mihun goreng & telur goreng, che mek amik maggie goreng. Lepas makan terus balik la kome. Badan ni udah rasa macam-macam dah. Malam tu aku & Hata tak dapat tidur nyenyak sebab tak sedap badan. Lenguh sana & sini. Mungkin sebab delayed tu kot. Nak lelap dekat rumah masa patah balik tu pun tak berapa nak lena sebab jarang sangat dah kami tidur petang. Jadi memang duduk dekat hall layan di awe Ismail tu 😆
Alhamdulillah 2 parcel aku yang sampai masa aku dekat Kota Bharu selamat dirumah. 1 parcel courier tu boleh masukkan dalam grill. 1 kotak lagi tak muat. Mujur la dari hari Sabtu sampai hari Selasa, parcel tu masih kekal dekat depan grill sama macam yang courier hantar gambar dekat aku.
Yeay!!!! Esok dah hari Jumaat kome...😁





1 comments:
Alhamdulillah...selamat sampai.. esok Jumaat.. balik Tronoh lagi weyh...
Post a Comment