As Salam
Seminggu jugak cerita ni nak kena tunggu giliran. 😆
Hari Selasa minggu lepas, family aku sampai batch by batch sebab memasing waze bawak jalan lain untuk sampai ke rumah aku kecuali kakak aku yang nombor 4 & no.1. Both of them singgah Kota Damansara dulu amik anak sedara aku. Anak kak Cik. Waktu mereka sampai aku dan Hata dah prepare semua makanan cuma tengah goreng ayam. Last menu.
Gambar makanan sumpah aku lupa nak amik gambar. kalut dengan ahli keluarga yang datang sampai 21 orang termasuk kids. Aku & Hata masak gulai ikan, nasi kak wok & paru goreng crispy je. Lepas tu che mek buat cheesekut & kami beli buah tembikai & buah lai as pencuci mulut. Lepas makan memasing dah excited nak mandi kolam sebab dari balkoni rumah dah boleh nampak kolam.
Waktu ni pun kalut jugak. Aku dah pesan banyak kali kalau nak mandi bawak baju mandi yang ikut protokol sebab kolam aku ni guard akan round. Yang nak mandi tu memang bawak baju la..Ni yang pening dengan yang planning tak nak mandi..Tapi bila dah nampak kolam gatai nak mandi pulak. Sudah....terpaksa la pinjam baju & seluar Hata untuk yang lelaki, tudung aku , baju aku, seluar aku untuk my kak cik...
Waktu jam 2 petang tu, kids termasuk che mek & Ammar turun dulu. Dah nak sampai kolam guard cakap "No swimming" sebab tetibe pulak hujan turun. Mula-mula macam lebat sikit, lepas tu gerimis. Maka kids pun naik la rumah semula. Sejam lebih jugak kami tunggu hujan reda. Jam 3 lebih baru hujan reda & cepat-cepat mereka turun 😆
Sekeping sebelum memasing terjun.
Berkubang la kome 😆
Waktu ni Hata tak mandi sebab dia cakap kaki dia sakit. Masa nak naik Hata langsung tak boleh jalan. Dia cakap kaki dia sakit gile. Memang slow sangat la waktu berjalan tu. Nampak ada bengkak sikit. Lepas naik rumah, aku masakkan dimsum, then keluarkan frozen food macam karipap, nugget & samosa. Lepas tu Hata ajak aku teman dia ke klinik dekat area rumah ni.
Masa di-interview dengan doctor, doctor syak Hata hanya muscle stiff mungkin berpunca dari kasut baru yang Hata pakai hari Isnin. Abang ipar aku syak Gout..Aduhai 😆. Balik rumah tengok memasing tengah makan makanan yang aku keluarkan tadi. Hata stay dalam bilik je lepas makan ubat muscle stiff, pain killer & so on.
Lepas maghrib kakak aku yang no.1 & no.4 gerak ke uptown damansara (kota Dame) sebab lepas tu mereka akan terus balik Perak. Mereka tak tido rumah aku. Manakala kakak aku no.3 & 2 family anak sedara aku je yang tido rumah aku. Kakak aku yang no.3 tak ikut mereka ke uptown sebab risau abang ipar tak tahu jalan walaupun gunakan waze. Jadinya lepas je kereta kakak-kakak aku keluar dari kawasan rumah, kami 17 orang jalan kaki ke Q-Bistro.
Bergambar kenangan dekat lobby je 😁
Lupa nak bergambar dekat dalam rumah.
Aku order mee goreng mamak je. Ammar hanya minum air kelapa, che mek order cheese naan & teh o ais...Yang lain-lain tak sempat aku nak tengok apa yang mereka order sebab ralit berborak dengan kakak no.3 😁
Lepas makan kami pun balik...Waktu masuk rumah tengok Hata dah boleh jalan sikit dah. Aku pun rasa sebab muscle stiff. Bukan sebab gout. Hata bukan makan benda yang bukan-bukan. Jadi macam mustahil je kalau ada gout.

Bergelimpanganlah 10 orang dekat hall ni. Kakak aku no.3 sefamily 3 beranak tido dalam bilik Ammar. Bilik menjahit mereka buat bilik solat.
Esok paginya jam 8 pagi aku & Hata pegi beli sarapan dekat nasi lemak Saleha.
Aku beli 20 bungkus nasi lemak, 1 bungkus pulut kuning & rendang daging, 2 bungkus lontong kuah lodeh & 5 bungkus kuih muih.
Lepas sarapan kids nak mandi kolam lagi. Kali ni family kakak & anak sedara je. Ammar & che mek tak mo mandi. Aku pun tak mandi. Hata duduk rumah je.
Kakak aku no.3 kena jadi life guard untuk 2 orang cucu dia 😆
Waktu ni aku turun bawah jugak dengan Ammar sebab Ammar nak main dekat playground sebelah kolam ni. Tak lama lepas tu kami masuk ke kawasan kolam ni. Aku menyembang lagi dengan kakak no.3 ni. Jam 10.35 pagi aku, Ammar & che mek naik rumah. Mereka masih mandi kolam. Sampai rumah aku masak ini sebelum mereka naik rumah & bersiap untuk balik.
Kakak aku no.3 ade sebut yang dia suka spaghtetti ni.
Jadi aku as adik ni buatkan la..Bila lagi nak layan keinginan kakak sendiri. Kan?
Jam 12 tengahari mereka pun berangkat pulang. Aku pun keluar sekali dengan mereka. Aku ke pertama kompleks. Kakak aku & anaknya ke SOGO. 1 family anak sedara ke Negeri Sembilan balik rumah opahnya. Waktu ni kami gerak sendiri-sendiri. Risau kalau berconvoi jadi sesat.
Aku dah sampai depan SOGO tapi mereka masih belum sampai sebab tersilap simpang.
Ada sebab aku ke Pertama Kompleks ni. Nant aku cerita ye...
Alhamdulillah..Selesai dah cerita ajak family datang ke rumah. Walaupun tak semua tapi tetap gamat jugak la rumah ni ha. Itu pun mujur la muat rumah ni. Macam-macam hal ada 😆









5 comments:
best sgt dpt gather2 gini. sweet memories
Alhamdulillah...seronok dapat mandi kolam tu..
seronok la masing2 dpt mandi pool tu
Memang seronok kalau ada tetamu datang rumah, esp ahli keluarga terdekat.
Seronok tu datang sambil mandi kolam. Kita yang tenguk pun jadi seronok juga. Best kan kalau dapat kumpul ramai-ramai.
Post a Comment