As Salam
Hari ni dah masuk 27 Ramadan dah kome. Sikit aje lagi kita ramadan akan tinggalkan kita. Doanya semoga kita diIzinkan untuk bertemu dengan ramadan yang akan datang.
Semalam aku planning nak masak lemak udang & ketam. Lepas tu dah jammed nak tambah lauk apa. Jadi Hata cakap balik kerja nanti dia singgah belikan nasi kerabu & nasi mamak Bidayah untuk Ammar. Jadi aku tak perlu masak. 😁. Masa sampai dekat parking motor, dari jarak beberapa meter, aku nampak 1 sosok badan yang macam aku kenal & tak kenal. Nampak tak nampak sebab aku tak pakai spek. Bila motor dah dekat dengan parking & sosok tu makin jelas. Ehhhh..Hata pun sampai waktu yang lebih kurang sama dengan aku jugak rupanya. Jadi kami bersama-sama naik ke rumah. Aku punya renyeh masa mata dah confirmkan itu adalah Hata dah macam orang jumpa boipren 😆
Jadi semalam kami makan makanan dari Bazaar ramadan dekat tepi tasik Sri Rampai tu. Hata kol che mek dekat rumah & che mek pun nak nasi kerabu jugak.
Nasi kerabu aku. Aku nak kopeh. Tapi takde. Jadi Hata belikan aku ayam goreng.
Hata amik lauk daging bakar & lemak bakar. Kami makan kongsi-kongsi je.
Dalam nasi kerabu aku ada ayam goreng, telur masin & solok lado.
Makan dengan bawang putih jeruk ni. Baru lah complete makan
nasi kerabu kome oiii...😆
Habiskan baki daging bulgogi yang aku buat hari tu. Alhamdulillah masih elok & berasa 😁
Jam 8.15 hantar che mek ke kelas tuisyen. Lepas tu singgah Mr.DIY baru bukak depan tu tapi 1 deko raya pun takde. Aku nak beli lampu liplap-liplap untuk decoration raya dekat ofis ni. Lepas tu aku dah malas nak ke Mr.DIY yang lain jadi kami balik rumah aje la.
Sampai rumah jam 9 malam. Waktu ni aku rasa teramat la mengantuknya kome. Mungkin sebab terlebih makan nasi kerabu. Overloaded dah 😁. Maka aku lelap sekejab sampai jam 9.50 malam. Jam 10 malam turun pegi isi minyak & amik che mek. Sampai rumah aku terus mandi & solat Isyak. lepas tu aku sambung tido kome. Aje handey penangan nasi kerabu ni 😆
Sudahnya sahur tadi memasing dah tak tahu nak makan apa. Wehhhh..Macam tak pernah dibuat orang bersahur dengan maggi sup campur telur. Simple macam maggi orang bujang 😂. Lepas makan maggi kami sambung makan cornflakes pulak.
Maggi sup + telur. As Simple As ABC.
Semangkuk kecik cornflakes & 2 biji kurma.
Petang nanti planning nak masak simple je. Lepas tu ingat nak masak nasi siap-siap. Kena masak jugak udang dengan ketam tu sebab nak cuti raya lama. Aku tak amik cuti sebelum raya. Memang akan balik kampung malam raya tak kisah la raya hari Jumaat / Sabtu.
Sebabnya ofis aku bagi option macam ni. kalau raya Jumaat, kami akan cuti Jumaat sampai Isnin. Kalau raya hari Sabtu, hari Jumaat tu kami kena kerja. Tapi cuti sampai hari Selasa. Rabu baru start kerja. Ok la tu. Win win situation. Kalau raya Sabtu, at least aku jimat sehari annual leave. Kalau raya Jumaat, annual leave aku jadi 4 hari sebab aku cuti selepas raya pertama. 😁
Korang cuti seminggu macam aku jugak ke?






6 comments:
menarik jugak sahur makan maggi ni...dapnyaa...nak buat gak la...
Nak lagi senang... meggi cup!
Sedapnya nasi kerabu. Lama tak makan.
Sedap jugk makan maggi waktu sahur
Hehe.. bahaya penangan nasi kerabu. Tapi takpe, sebab syedap! 😁 Cuti raya tak sampei seminggu pun. Jadilah... tak kembung perut ke tu, makan maggi, sahur?
i tak lalu nak mkn masa sahur..tp paksa la telan hahah td mkn nasi goreng ajer sahur
SA : Tapi perut tak rasa kemas sgt sis. Kena top up dgn mknn lain jgk =D
Uncle : Express sgt tu...=D
Cuya : Sedap mmg sedap.Tp kena top up dgn mknn lain jgk. X kemas perut =D
Tot : Kena mkn yg lain jgk slain maggi.Mmg x kemas perut =D
MZ : Kena mkn sis. Risau gastrik.
Post a Comment