As Salam
Sehari sebelum raya dalam jam 9 pagi kot aku, Hata & Che mek ke rumah kak cik untuk amik bunga api yang aku mintak kak cik belikan awal-awal dekat jiran tepi rumah dia sebab bunga api dekat situ hargan ya berpatutan la jugak. Lepas singgah rumah kak cik, kami ke Econsave.
Kak yong cakap preparation untuk menu raya semua dah settled. Jadi hari Jumaat tu memang relax je. Lagi pun kami tak masak beriya. jadi aku incharge untuk menu berbuka puasa. Kak cik cakap dia nak datang berbuka dekat rumah kak yong malam tu.
Aku masak cendawan blackpepper.
Hata masak tomyam daging & ada kaki ayam 2 ekor Hata terjunkan dalam tomyam tu.
Ayam goreng, ikan goreng dan telur dadar (takde dalam gambar)
Pencuci mulut dengan limau masam manis.
Lepas tu main bunga api yang biasa-biasa je.
Layan mercun dari rumah jiran seberang jalan.
Lepas main mercun & bunga api, kami pun masuk la ke rumah. Sekali kak yong yang sebekas mihun yang sudah siap dilembutkan. Udah memasing makan mihun dengan tomyam daging. Alhamdulillah habis seperiuk tomyam yang Hata masak. Tinggal sikit je.
Dalam jam 10.30 malam semua pakat balik rumah sendiri. Aku pun start iron baju raya, tudung raya. Tolong kak yong kemaskan meja, pasang carpet. Jam 11 lebih jugak baru dapat letak kepala dekat bantal. Sama jugak macam semalam. Letak je kepala terus lena.
Malam raya hari tu korang buat apa?
Sekarang aku dah dalam perjalanan pulang ke KL. Doakan perjalanan kami ye. Amin







8 comments:
Malam raya kak SA pi beli kasut raya lepas tu balik melayan Tihani
Iron baju, tengok orang main mercun dan bunga api :)
malam raya kuat btul mercun..nasibaik tkde baby kecik nk tido hehe...mlm raya smp 2 pagi camtu masak2 menu raya
sedar tak sedar seminggu dah raya kan. malam raya kat rumah sendiri je takde buat apa2. layan bunga api je.
Malam raya kitorg duduk rumah tengok TV je :)
Semoga selamat sampai ke destinasinya 🤲🏻
Malam raya kami berjalan jalan sampai lewat malam.. shopping brg dan cari makanan halal.. Biasa kalau masak sup atau tomyam mmg bahagian kaki dan yang jarang dimakan tu akan diterjunkan ke dalam 😅
malam raya MZ relax2 ajer hahhha sbb rumah dh siap kemas masa pagi 30 ramadan tu (letih giler sbb berpeluh dan cuaca panas so jd haus la lps setel menyapu mengelap seisi rumah)
Malam raya tolong basuh² balang kuih..lauk pauk Setel dah masak siang tu..
Post a Comment