Mar 13, 2026

SEWING PROJECT : KURTA

As Salam

Setelah sekian lama berehat dari menjahit, baru bulan ramadan ni nak start enjin semula. Oh ya..Aku lupa nak update tentang baju kurung moden yang aku potong hari tu..Nanti la aku update ye. Lupa nak snap gambar finishing nya kome.

Hari Isnin lepas hantar che mek ke kelas tuisyen, aku terus sambung jahit kurta Hata. Hari Ahad hari tu stop dekat part leher. Hari Isnin tu settledkan part leher, sambung lengan, lipat hujung lengan & lipat kaki baju. Alhamdulillah fit to Hata. Cuma part leher tu macam keatas sedikit. Tapi bukan salah aku ye. Hata yang suruh aku ikut sebiji macam kurta yang sedia ada. Kita follow je apa yang "customer" request 😆
Alhamdulillah...Selesai 2 helai kurta...Untuk Hata & Ammar.
Next project adalah skirt A shape & sehelai lagi kurta untuk anak sedara Hata.

Doakan aku dapat siapkan semua ni by this weekend ye kome. Sebab lepas tu ingat nak buat biskut raya. Hari Rabu depan dah nak kena kemas bag. Hari Khamis malam bag dah kena standby depan pintu rumah.😆. 

Harapnya kita raya hari Sabtu la. Tenang sikit nak buat persiapan balik kampung. Jangan la jadi macam tahun 2022 yang mana lepas berbuka puasa tengok TV, announced je raya adalah keesokkan harinya, terus aku, kak yong & Hata kalut ke pasaraya TF dekat Batu Gajah sampai jam 11 malam mencari bahan untuk buat juadah dipagi raya. 😁

Kurta ni adalah percubaan pertama aku sejak pandai menjahit. Memang tak susah pun sebab kurta ni macam baju kurung moden wanita cuma takde shape sangat je. Takde dat jugak. Hari tu Ammar dah try kurta ni. Alhamdulillah muat & fit dekat dia.

Korang dah settled hal baju raya? Ke ada add on sehelai dua untuk pegi beraya dekat rumah ofismate?

0 comments: