SEWING PROJECT : KURTA

As Salam

Setelah sekian lama berehat dari menjahit, baru bulan ramadan ni nak start enjin semula. Oh ya..Aku lupa nak update tentang baju kurung moden yang aku potong hari tu..Nanti la aku update ye. Lupa nak snap gambar finishing nya kome.

Hari Isnin lepas hantar che mek ke kelas tuisyen, aku terus sambung jahit kurta Hata. Hari Ahad hari tu stop dekat part leher. Hari Isnin tu settledkan part leher, sambung lengan, lipat hujung lengan & lipat kaki baju. Alhamdulillah fit to Hata. Cuma part leher tu macam keatas sedikit. Tapi bukan salah aku ye. Hata yang suruh aku ikut sebiji macam kurta yang sedia ada. Kita follow je apa yang "customer" request 😆
Alhamdulillah...Selesai 2 helai kurta...Untuk Hata & Ammar.
Next project adalah skirt A shape & sehelai lagi kurta untuk anak sedara Hata.

Doakan aku dapat siapkan semua ni by this weekend ye kome. Sebab lepas tu ingat nak buat biskut raya. Hari Rabu depan dah nak kena kemas bag. Hari Khamis malam bag dah kena standby depan pintu rumah.😆. 

Harapnya kita raya hari Sabtu la. Tenang sikit nak buat persiapan balik kampung. Jangan la jadi macam tahun 2022 yang mana lepas berbuka puasa tengok TV, announced je raya adalah keesokkan harinya, terus aku, kak yong & Hata kalut ke pasaraya TF dekat Batu Gajah sampai jam 11 malam mencari bahan untuk buat juadah dipagi raya. 😁

Kurta ni adalah percubaan pertama aku sejak pandai menjahit. Memang tak susah pun sebab kurta ni macam baju kurung moden wanita cuma takde shape sangat je. Takde dat jugak. Hari tu Ammar dah try kurta ni. Alhamdulillah muat & fit dekat dia.

Korang dah settled hal baju raya? Ke ada add on sehelai dua untuk pegi beraya dekat rumah ofismate?

10 comments:

  1. Akak teringin nak tengok suami pakai kurta, tapi......hahahaha...dia kata jangan mengarut..tunggu dia kurus dan perut kempis dulu...hahahaha...cantik warna kurta Hata dan Ammar, untung la Nieza boleh menjahit

    ReplyDelete
  2. Banyak juga perkara yang nak disiapkan sebelum takbir bergema.. moga dipermudahkan segala urusan amin..

    ReplyDelete
  3. waahhhh mmg best bila dpt jahit sendiri utk fmly kita!

    ReplyDelete
  4. raya disambut dgn sederhana bagi warga emas mcm saya ni. Cukuplah membeli keperluan raya anak2...

    ReplyDelete
  5. Mula2 baca kurta untuk anak dara Hata. Eh perempuan pun pakai kurta? sekali anak sedara la....sorry salah baca pulak....

    Untung la Niza terer menjahit...

    ReplyDelete
  6. saya tak pandai jahit, jadi beli aja kat kedai, ni tunggu sorang lagi belum balik - baru nak cari baju raya untuk dia.

    ReplyDelete
  7. lawa kurtanya! MZ dh setel dh bab2 baju raya (memang dh beli online awal2 ramadan lagi!)..boys pun dh cukup semua baju nya

    ReplyDelete
  8. Bagus pandai jahit dah siap baju raya.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.