Apr 6, 2026

LANGSIR BARU

As Salam
Lambat sikit bersiaran hari ni. Hari Jumaat waktu lunch hour aku pegi Mr.DIY beli langsir siap jahit dekat sana. Mujur la aku beli size yang betul 140 x 260. Sedang elok je labuh langsir tu dengan sliding door bilik aku. Cuma warna je tak cukup. Aku beli 3 pcs. 2 warna sama, 1 warna lain. Tapi bila mix & match gitu nampak macam ok pulak 😆.
Alhamdulillah dah berjaya buang langsir dekat luar area master bedroom ni.
Semak mata aku tengok keadaan gini.Tapi tak boleh nak buat apa sebab tukang drill lubang baru untuk rod langsir lambat respon & aku pun tak cukup masa nak mengadap kain langsir.
3 pcs langsir yang berjaya aku grab dari Mr.DIY.
OK la warna mix & match ni. Nanti aku akan jahit langsir yang sebenarnya untuk bilik ni.Boleh la buat tukar-tukar nanti.
Gigih Hata lekat hook dekat aircond ni..
Nak letak pewangi ni ha..Dia nak rumah ada bau sepanjang tetamu ada nanti.

Alhamdulillah part bilik tidur Ammar pun kami dah relocationkan semula katil & dah bawak masuk almari baju AMmar. Ammar suka view baru bilik tidur dia.

Korang biasa letak pewangi apa nak bagi rumah wangi je?

8 comments:

Ezna Khalili said...

Cantik ada 2 warna langsir tu. Bila buka kanan dan kiri ada dua tona warna.

Suria Amanda said...

Kak SA letak pewangi yang auto dia sembur tu..apa ke nama dia tu eh..yang bekas putih tu..cukup masa dia auto sembur tu...hahahah....dah tua x ingat nama dia..

mama tisya said...

langsir raya..ada pewangi tu tetamu dtg tenang

Ujie Othman said...

Akak suka pewangi semula jadi - letak hirisan daun pandan 😀. Tapi kena rajin ganti kalau nak sentiasa wangi.

adnil linda said...

Patut dia tukar langsir, ada tetamu nak datang..hihi
Bab² pewangi tu, husband yang uruskan...selalu pakai yang ampibur tu..yang bottle spray² dengan rumahnya..tapi makin mahal pula...last, dia beli dekat Shopee je .bau dia not bad lah..

Roziah @ Cie said...

pakai yang dalam botol ada macam colok tu. tapi macam tak berbau sangat. nak kena tukar yang lain jugak.

Sha Mohamed said...

Cantik pula gabungan dua warna tu.. Ngam ja..

Mama Zharfan said...

saya letak pewangi dlm toilet jer..letak ambi pur ajer..ok jer langsir tu, nice! kaler matchy2 pun ngam tu