MODE TAK TAU NAK MAKAN APA

As Salam

Again! Kids tak tahu nak makan apa bila ditanya waktu aku sampai rumah. Aku sendiri pun tak tahu nak makan apa sebenarnya. Jadi again.....Kita jenguk la freezer apa lagi yang tinggal. Che mek cakap tak nak makan nasi sebab dia masih kenyang makan spaghetti yang aku masak untuk dia makan waktu balik sekolah. Aku buat 3 tupperware spaghetti supaya senang che mek nak makan waktu balik sekolah. Che mek makan 2 bekas. Jadi malam tu aku masak la untuk tambah sebab kuah bolognese masih ada. Ammar pulak dah makan cornflakes masa balik sekolah sebelum aku sampai rumah. Jadi dia OK aku nak masak apa.

Aku jumpa pau kari ayam & pau BBQ chicken kedai ECO. Lepas tu jumpa sepaket kambing perap Pak Mat Western. Jadi aku kukus pau then masak kambing perap. Kambing perap tu dapat la 3 slice nipis je sebab yang ini sepaket 400gram je. Yang kecik. OK la..Lepas tu aku masak jugak nasi. Kot-kot Ammar lapar lagi lepas maghrib.
Pau kari ayam, pau BBQ chicken & kambing perap Pak Mat Western. Aku add on 2 pcs chicken slice jugak untuk tambah-tambah.

Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga. Tapi waktu kepala mendongak kearah jam, tengok jam baru pukul 7 malam kome. Sudah...Aku tunggu je Ammar cakap dia lapar semula. Kari ikan ade je lagi kalau Ammar nak makan nasi. Aku boleh tolong amikkan isi ikan sahaja untuk bagi pada Ammar sebab aku dah kenyang waktu ni.


9 comments:

  1. Akak yang selalu masak ni pun dah x reti nak makan apa dah...hahahaha...

    ReplyDelete
  2. Baba makan malam ni selalu pening. Kadang tu dah set taknak makan malam, so buat makanan simple simple... ehh... sebelum naik tido ada yang merengek lapak...sudahhh

    ReplyDelete
  3. Kadang2 goreng nasi sejuk aje pun sedap

    ReplyDelete
  4. Best dapat makan sblm Maghrib. Nanti boleh rilek² je tengok tv

    ReplyDelete
  5. Biasa bab makan makan ni senang decide sendiri.. jgn ditanya nanti macam2 jawapan yg diberi dan kita kata ini diorg nak itu hahahaa..

    ReplyDelete
  6. memang kdg2 buntu tak tau nak masak apa. so paling senang order grab ajer :p

    ReplyDelete
  7. Linda : Iye.Sy pun trkejut =D

    SA : Kite geng =D

    Azian : Gitu la kan sis.Ade je nk mengunyah =D

    Uncle : Betul tu.Skali ngap je =D

    WP : betul tu wak. =D

    PH : Iye sis.Tp tu la..Risau kids lapar semula =D

    TT : Hahaha..X tny risau x mkn plk nnt...=D

    MZ : Betul tu sis. Tp sy jrng guna grab =D

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.