MY KITCHEN : CHICKEN WRAPPED

As Salam

Yes! Pagi tadi teringat nak amik fon then snap this chicken wrapped photo. Macam sebelum-sebelum ni, malam sebelum tido, aku akan keluarkan sebekas ayam fillet dari dalam freezer then letak dalam peti sejuk tempat sayur a.k.a tempat biasa. Jam 5.30 pagi bangun keluarkan ayam tu then susun dalam air fryer & masak dengan suhu 180c untuk 15 minit.

Sambil tunggu ayam masak, aku panaskan pan, sapu mentega sikit, pecahkan sebiji telur tak perlu letak perasa sebab ayam marinate tu dah ada perisa. Then letak sekeping cheese. Nampak telur dah suku masak, terus tepek wrapped dari Gardenia. Sedang elok siap masak 2 keping wrapped, ayam pun masak.
Lepas tu aku letak aje gini. No vege sebab malas nak pegi bele.
Ammar suka letak mayonis sahaja. Selain dari wrapped ni, aku bekalkan jugak Ammar sekotak kecik air kotak sunquick pelbagai perisa. Sekotak setiap pagi.
Che mek pulak aku letakkan mayonis & sos tomato.
Lepas tu aku potong 2 then masuk dalam tupperware untuk Ammar.
Che mek pulak kalau sempat dia akan makan dekat rumah, 
kalau tak sempat dia akan makan masa OTW ke sekolah.
Che mek jarang nak bawak bekal ke sekolah.

Alhamdulillah. Seronok dapat sediakan menu simple ni untuk kids makan dekat rumah dan bekal ke sekolah. Memang aku niat dari mula loan rumah lulus. Dapat je dapur yang selesa, memang nak buat macam ni. Berbalas rasa kesian aku pada kids yang sebelum ni ibu dia tak bersemangat nak buatkan breakfast untuk dieorang. Biasa bekalkan roti coklat gardenia je 😁. 

In Shaa Allah dapat gaji nanti, waktu stock up grocery aku nak add on lagi bahan-bahan lain untuk wrapped ni. Semoga Allah sentiasa bagi aku masa yang lebih dan cukup untuk aku prepare breakfast untuk family. Amin.

10 comments:

  1. simple tapi kenyang kan..kalau mak-mak dia tambah hijau sikit. anak saya dgn fillet je lah jawab dia

    ReplyDelete
  2. Nice 🩷 Kalau anak saya jenis tak memilih, teringin jugak nak sediakan bekal wrap mcm ni. Sihat pun sihat.

    ReplyDelete
  3. Zaman Cuya memang ibu takde siapkan breakfast sebab ibu kerja shift.. jadi kami beradik akan buat air sendiri, dan makan sendiri² je. Makan roti ke apa ke

    Cuya takde memori ibu buatkan breakfast masa skola. Tapi alhamdulillah ibu sediakan duit untuk membeli makanan

    ReplyDelete
  4. menu simple yang buat kenyang lama..akak ni ntah bila nak buat wrap ntah

    ReplyDelete
  5. kalau letak salad, timun, tomato lagi mantap ni. dulu2 selalu buat wrap. memang wajib letak cheese. sedap betul.

    ReplyDelete
  6. Rodiah : Betul tu. Kalau portion sy mmg nk semua warna ada. Tp ini kids punya. Dieorg mkn je lettuce.tp sy x igt nk beli =D

    SYafiqa : Kena cari cara lain tu =D

    Cuya : it's Ok. u can do it nnt in shaa Allah =D

    SA : Betul tu sis..Mmg kenyang. Chaiyok2 sis =D

    Cie : Betul tu.Ada semua bahan tu mmg lengkap mcm subway =D

    ReplyDelete
  7. Simple tapi menarik dan sangat sedap... Kalau letak extra bahan bahan mcam subway ... Fuhhh sedapp

    ReplyDelete
  8. memang puas ati if dpt buatkan bekal utk anak2..berkat hasil air tgn ibu dan kasih syg ibu jugak sediakan mknn :) MZ jrg2 lah sediakan bekal utk my boys sbb diaorg dh terbiasa tak bwk bekal..so bila MZ masak2 pun, tak mau lah diaorg bwk..jenis mkn beli food kat sek ajer

    ReplyDelete
  9. TT : Betul tu.kalau letak extra sayur mmg akan lg best =D

    MZ : Sy start sejak pindah ni aje sis.Masa rumah lama jarang2 =D

    ReplyDelete
  10. dah lama tak main masak2 ni.. hihihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.