As Salam
Again! Kids tak tahu nak makan apa bila ditanya waktu aku sampai rumah. Aku sendiri pun tak tahu nak makan apa sebenarnya. Jadi again.....Kita jenguk la freezer apa lagi yang tinggal. Che mek cakap tak nak makan nasi sebab dia masih kenyang makan spaghetti yang aku masak untuk dia makan waktu balik sekolah. Aku buat 3 tupperware spaghetti supaya senang che mek nak makan waktu balik sekolah. Che mek makan 2 bekas. Jadi malam tu aku masak la untuk tambah sebab kuah bolognese masih ada. Ammar pulak dah makan cornflakes masa balik sekolah sebelum aku sampai rumah. Jadi dia OK aku nak masak apa.
Aku jumpa pau kari ayam & pau BBQ chicken kedai ECO. Lepas tu jumpa sepaket kambing perap Pak Mat Western. Jadi aku kukus pau then masak kambing perap. Kambing perap tu dapat la 3 slice nipis je sebab yang ini sepaket 400gram je. Yang kecik. OK la..Lepas tu aku masak jugak nasi. Kot-kot Ammar lapar lagi lepas maghrib.
Pau kari ayam, pau BBQ chicken & kambing perap Pak Mat Western. Aku add on 2 pcs chicken slice jugak untuk tambah-tambah.
Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga. Tapi waktu kepala mendongak kearah jam, tengok jam baru pukul 7 malam kome. Sudah...Aku tunggu je Ammar cakap dia lapar semula. Kari ikan ade je lagi kalau Ammar nak makan nasi. Aku boleh tolong amikkan isi ikan sahaja untuk bagi pada Ammar sebab aku dah kenyang waktu ni.


2 comments:
awal makan malam...bagus ni
Akak yang selalu masak ni pun dah x reti nak makan apa dah...hahahaha...
Post a Comment