As Salam
Hari Rabu hari tu, lepas anak-anak ke sekolah, aku tengok jam baru jam 6.40 pagi. Jenguk dalam rice cooker nampak ada baki nasi yang masih elok. Lepas tu datang idea aku nak bawak bekal ke ofis. Laju je potong bawang, potong cili padi 1 biji. Lepas tu potong sayur-sayuran serba sikit. Lepas tu angkat kuali & panaskan dengan minyak.
Pecahkan sebiji telur, masukkan hirisan bawang, hirisan cili padi, letak serbuk perasa & goreng buat telur dadar. Dah masak angkat masuk terus dalam tupperware. Lepas tu tumis bawang & ikan bilis yang dah siap kopek. Aku terjunkan semua sayur yang aku potong tadi then letak serbu perasa, sos tiram & air sikit. Balik sana, balik sini. Siap angkat masuk dalam tupperware.
Masa nak pergi kerja, masukkan dalam bag, pegang dekat tangan & bawak ke ofis. Lunch time reheat sayur & snap photo sebelum makan...Inilah yang terhasil.
My lunch meal.
Sayur campur, telur dadar & nasi putih.
Puas hati rasanya dapat bawak bekal ni ke ofis. Tak perlu pening fikir nak beli apa dekat food truck yang aku dah hadap sejak 8 tahun yang lalu 😆. Kalaulah semangat tu hari-hari ada macam semangat aku nak prepare chicken wrap untuk kids & Hata kan best? 😆
Korang lunch apa nanti?
Yeay!!!! Hari ni Hata balik KL selepas seminggu outstation dekat Teluk Intan. 💜


7 comments:
bila rajin mmg syok la kn nk bw bekal..kt opis ada juga geng bw bekal...kita tk gigih hehe
Memang puas hati bawa bekal sendiri dari rumah. Jimat duit juga. 👍
Seronok juga sesekali memasak bawak bekal. Boleh ikut taste kita. Jimat pon jimat
memang best if dpt bwk bekal ke office! MZ plak sbb ni konon2 tgh mode eating clean, so bwk bekal telur rebus dan fruits jer, tak bwk apa2 yg carbo sbb tgh nak reduce carbo..ari tu bwk salad tp mcm tak lalu nak mkn sbb tak de mayo/thousand island (wpun sos2 tu semuanya high calorie laaa)
Cie dulu masa duk bujang kat USJ memang rajin bawak bekal sebab bosan dengan menu kedai yang tak sedap. Masak sendiri menu simple pun puas hati.
Teringat zaman kerja dulu sayapun bawa bekal lebih sering . Sebab dulu ada asisten masak yg memang selalu prepare bekal utk saya dan anak2 tiap pagi. 🤭. Sedap pula masakan dia. Dan membantu sangat memang , pengeluaran untuk lunch di kantor jadi bisa hemat
Betul tu, bila sekali-sekala datang mood rajin bawa bekal memang seronok. Puas hati dapat makan ikut selera sendiri, hidangan pun simple tapi tetap menyelerakan. Cili padi tu wajib ada buat penambah selera! 😋
Post a Comment