As Salam
Semalam dapat update 1 entry je. Aku kena berehat. Kenapa? Nanti aku cerita ye kome. Hari Isnin ingat nak masak simple-simple je. Tapi bila tengok lauk ehhhh..Banyak pulak idea yang datang. Jadi aku masak la apa yang terlintas di
kepala waktu tu.
Ayam berlado, sayur campur, telur rebus goreng sambal & buah kuinin.
Aku buat telur rebus goreng tu sebab sambal ayam masak merah yang Hata masak hari tu masih ada baki. Sayang pulak nak buang sebab masih elok. Dari goreng ayam, aku tuker ke telur rebus yang kemudiannya digoreng. lepas tu sayur campur tu hari tu pegi NSK. Galak la kita memilih sayur sebab semua sayur tu aku suka.Jadi kita masak jadi sayur campur serba sikit. Selesai dinner kami malam tu.
Jam 8 malam kami hantar che mek ke kelas tuisyen. Kena tunggu sekejab sebab cikgu tuisyen lambat sikit sampai. Lepas che mek naik ke kelas kami pun balik. Jam 10 malam pegi amik che mek semula.
Hari Isnin hari tu actually aku MC. Sebab apa? Nanti sampai masa aku cerita ye.


0 comments:
Post a Comment