May 7, 2026

KATA NAK SIMPLE...TAPI???

As Salam

Semalam dapat update 1 entry je. Aku kena berehat. Kenapa? Nanti aku cerita ye kome. Hari Isnin ingat nak masak simple-simple je. Tapi bila tengok lauk ehhhh..Banyak pulak idea yang datang. Jadi aku masak la apa yang terlintas di
kepala waktu tu.

Aku buat telur rebus goreng tu sebab sambal ayam masak merah yang Hata masak hari tu masih ada baki. Sayang pulak nak buang sebab masih elok. Dari goreng ayam, aku tuker ke telur rebus yang kemudiannya digoreng. lepas tu sayur campur tu hari tu pegi NSK. Galak la kita memilih sayur sebab semua sayur tu aku suka.Jadi kita masak jadi sayur campur serba sikit. Selesai dinner kami malam tu.

Jam 8 malam kami hantar che mek ke kelas tuisyen. Kena tunggu sekejab sebab cikgu tuisyen lambat sikit sampai. Lepas che mek naik ke kelas kami pun balik. Jam 10 malam pegi amik che mek semula.

Hari Isnin hari tu actually aku MC. Sebab apa? Nanti sampai masa aku cerita ye.

10 comments:

Puan Hazel said...

Semua sedap, ber-color² itu yg menawan selera

Syafiqa Jenn said...

Sedapnya laukkk

Suria Amanda said...

Semoga takde pa2 yang memudaratkan buat Nieza..patut senyap aje...akak ni pun patut MC sebab belikat sakit...pinggang sakit..lutut sakit..semua sakit..semua masakan tu nampak sedap la...

Roziah @ Cie said...

Meriah banyak protein 👍🏻

adnil linda said...

Moga sihat2 selalu...
sayur campur tu, kalau ratah je..sedap

Syazni Rahim said...

Nampak yummy!

Cuya said...

Semoga sihat selalu kak.
Sedap2 masakan, banyak betul

mama tisya said...

ni bkn simple..kalo simple 1 lauk je hehe

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Sukaaa lihat menu tumis sayurnya. Meriah warna, ada udang pula tuh 😍.

Mama Zharfan said...

saya suka sayur campur tu!