May 15, 2026

UNEXPRECTED ORDER

As Salam

Sejak beberapa minggu / bulan yang lepas aku kan dah rajin buatkan chicken wrap untuk kids & Hata. Saje buatkan sebab seronok kids tak berlapar atau berebut dekat kantin masa waktu rehat. Biasanya che mek akan makan dekat rumah sebelum ke sekolah. Ammar & Hata memang bawak ke tempat masing-masing.

Ada la beberapa kali Ammar share chicken wrap tu dengan kawan-kawan sekelas dia. Udah kawan-kawan dia teringin jugak kome. Sebelum aku operate rasanya ada 2 kali kawan sekelas Ammar order. Aku cakap RM5/pcs. Sebab dalam tu ada sebiji telur, cheese slice & 2 chicken fillet. Aku letak jugak mayonis. Hari Rabu seorang kawan Ammar order untuk hari Khamis. Semalam balik dari sekolah, Ammar bagitahu ada 3 orang lagi kawan dia nak order chicken wrap ni. Sorang tu nak 2 pcs. 2 lagi nak 1 pcs seorang. Ada salah seorang dari mereka nak chicken slice. Mean 3 chicken wrap, 1 chicken slice.

Petang semalam aku tengok dalam freezer ayam yang aku dah perap tak cukup untuk 4 pcs order. Jadi jam 7 petang aku ajak Ammar makan malam. 7.30 malam solat maghrib then terus kami 3 beranak jalan kaki ke Giant Mini. Mujur la ada chicken fillet & beli jugak telur 10 biji sebab dekat rumah hanya tinggal 3 biji je. Nak guna 6 biji.

Pagi tadi jam 5.30 pagi aku dah bangun untuk masak 6 pcs chicken wrap tu. Gigih betul aku ye kome. Demi order dari kawan-kawan Ammar 😁.
4 Chicken Wraps order dari kawan-kawan Ammar.

Alhamdulillah rezeki. Tapi takde la untung besar pun ke macam takde untung? 😆. Aku buat ni bukan ada niat nak berniaga sangat pun sebab takde plan lagi nak berniaga. Aku niat bila kawan-kawan Ammar beli ni, mereka tak berlapar dan rasa seronok dapat makan apa yang Ammar makan & kira niat nak bagi makan jugak la pada kawan-kawan Ammar. 😁. Dapat modal balik pun ok la buat masa ni 😁. 

Tak pasal-pasal je dapat order. Ammar pun berani pulak tu amik order. Hata tetibe je mengusik cakap nak open order jugak. Ehhhhh..Aku cakap kalau dia open order idaklah RM5 chargenya kome. Aku double up lebih la sebab set Hata aku masukkan salad, capsicum, tomato & sos cili selain dari mayonis. 😆

Apa pun semoga kawan-kawan Ammar kenyang & rasa berbaloi bayar RM5 untuk chicken wrap ni. Amin.

9 comments:

uncle gedek said...

Boleh buat mass production dah ni...

Roziah @ Cie said...

Cie dulu pun pernah masa buat bekal anak. Sekali kawan2 order jugak. Time rajin ambik la order, time malas korang pi la beli kat kantin. Sama la bukan nak untung pun jual murah2 je kat kawan2 anak. Buat lepas modal je.

Aynora said...

Asssalam tuan blog, salam kenal. BW sini.. bertambah order maksudnya sedap la tu chicken wrapnya.

Abam Kie said...

mula2 bagi try terus dapat order! Rezeki tu..buleh buat biz parttime kan?

Cuya said...

Wahh ini kalau bisnes memang best. Boleh buat duit.. hehehe seronoknya.
Dapat kawan2 anak akak merasa makanan yg lain drpd kantin sekolah. Teringt dulu zaman Cuya sekolah rendah member baik Cuya bisnes jajan kat skola. Kira macam seludup jugak laaa. Memang satu family kaki bisnes diorg tu.

Mama Zharfan said...

RM5 tu utk budak2 sek boleh jer...cuma may be profit RM1 jer kot tu hahahah tapi utk hatta amik order dari kwn2 dia, nieza kena jual paling murah pun RM8, dan kalau packaging premium, boleh jual rm10 lah one pcs!

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Waah bagus juga kalau bisa dijual , iyalah kalau utk teman anak2, tak mungkin letak mahal juga 😄. Lagipun anak2 ini biasanya tak suka pakai terlalu banyak filling kan. Lebih simple saja.

Jadi teringin nak buat chicken wrap utk esok

notie said...

Alhamdulillah bila budak-budak kenyang dengan makanan yang dimakan dapat lah mereka belajar dengan lebih baik lagi. Mungkin famili mereka sibuk tidak sempat nak buatkan sarapan pada mereka. Dah dapat pahala tu nieza sebab mengenyangkan budak-budak yang lapar.

Suria Amanda said...

Amboi Ammar, pandai betul dia ambil peluang jadi ejen jualan mak dia ya! Haha. Tapi betul cakap Nieza, kalau Hata pulak yang open order kat kawan-kawan dia, memang tak boleh la harga RM5. Dengan salad, capsicum, tomato segala... kena charge harga premium terus! Apa-apa pun, tabik lah gigih bangun pukul 5.30 pagi demi penuhi order budak-budak tu. Terbaik