Jun 25, 2026

CERITA JAM 2:10 PETANG - SELASA

As Salam

Ceritanya bermula disini. Hari Isnin aku & che mek tidur jam 12.30 tengahmalam sebab che mek ade kerja sekolah yang nak disiapkan. Che mek start dari lepas Maghrib ke lepas Isyak gitu la. Jam 5.20 pagi hari Selasa aku dah bangun prepare wrap untuk anak-anak. Lepas anak-anak dah pegi sekolah, aku pun bersiap la untuk pergi kerja. Sempat la jemur kain sebakul.

Sampai dekat LRT Ampang Park, aku bungkus nasi lemak daun pisang & 3 pcs kuih. Nasi lemak daun pisang tu aku makan dekat pantry lepas tu roomate HCMC aku cerita yang lunch nanti dia nak makan mee tarik dekat blok depan ofis aku ni. Plan asal aku nak follow dia sebab breakfast dah makan nasi. Jadi lunch tak nak la makan nasi dah. Sementara nak sampai ke jam 1 petang tu, aku cuba habiskan 3 pcs kuih yang aku beli pagi tadi. 

Alih-alih jam 12.30 tengahari, mata aku ni berat sangat. Baru teringat yang malam semalam tu aku tidur kurang dari 5 jam. Memang la mengantuk kome. Sudahnya lunch hour aku amik keputusan untuk tido dekat surau. Update Hata sebab aku nak tutup data internet. Tak nak ada gangguan gegaran untuk sebarang notifikasi 😆. Aku off data, tapi LUPA nak SET ALARM. Sudahnya jam 2.10 petang roomate HCMC aku kejutkan cakap dah pukul 2.10 petang. Kelam kabut aku bangun dan kemas tempat tido kome...
Muka tido tak cukup 5 jam & muka terlajak tido sampai jam 2.10 petang waktu bekerja 😆

Mujur la aku ada bagitahu roomate tu yang aku tak jadi follow dia dan nak tido. Kalau aku tak bagitahu dia, mesti mereka ingat aku keluar ke Avenue K & tak balik lagi ke ofis. Sedangkan aku lena dekat surau. 😁. Gitu la penangannya kome. At this age kita kena tido cukup masa. Kalau kurang mula la macam-macam jadi. Ade je yang tak kena. Masa muda-mudi dulu tido 3 jam pun takde hal untuk esoknya pergi kelas atau pergi kerja. Sekarang?

Sini aku share waktu tidur yang mencukupi untuk setiap peringkat umur. Kenapa tidur yang cukup tu penting. Bukan untuk fizikal je. Untuk mental health jugak. Kalau cukup tido takde la kita dapat mata panda. 😆
Semoga bermanfaat. Gigih mintak Chatgpt buatkan 1 poster khas untuk entry kali ni. 😆

Korang biasa tido berapa jam sehari dalam setiap hari bekerja?

6 comments:

notie said...

Alahaiiiiii. Akak pun pernah terlajak tidur kat opis. hehehehe Depa kat opis dah heran apasal pintu tak bukak2 lampu gelap je rupanya seronok ngorok.

adnil linda said...

selalu waktu 12 lebih tu memang ngantuk.. bila waktu rehat, ehh segar pula.. hahaha

Suria Amanda said...

Akak pun sama x cukup tido hari- hari..konon2 weekend nak cover balik..tp PZ ada kan...walau dia macam x kisah and faham akak penat berulang jauh...tapi akak xde la sambung tido lama, 8.30am sekurang- kurangnya akak dah bangun dh siapkan sarapan kalau dia x buat..tapi selalunya dia buat..pernah gak tido kat office terlajak sampai 2.30pm..muahahahaha

Roziah @ Cie said...

Biasanya 7-8j. Kalau kurang dari ni memang lemau la jadinya. Dah tuo2 ni tidur kena cukup.

Puan Hazel said...

Tak cukup tidur pun cantik hihi ... Anyway tidur yg cukup mmg penting. PH pukul 10-11 dah masuk tidur.

Mama Zharfan said...

MZ memang jenis tidur awal...sejak zmn study uia lagi..tp MZ akan bangun awal lah..biasanya around 5 am or paling lewat 5.30 am...kdg2 memang lately kena tidur lewat sbb ada kelas online etc..so esoknya sure jd tak bermaya, kdg2 sampai pening kepala kena mkn pcm!