Jun 3, 2026

LUNCH AT DODO KOREA AVENUE K

As Salam

3 hari tinggalkan blog kesunyian. Baru hari ni dapat update dan akan update sampai habis cerita 4 hari yang lepas 😁. Kita mulakan dengan lunch date dengan ofismate ye kome.

Hari Jumaat lepas, waktu lunch hour kami ber4 ke Avenue K. Makan dekat Dodo Korea. Beratur 20 minit untuk dapatkan dulang makanan dan terus dapat meja.
Sekeping sementara beratur panjangggg nak sampai ke kaunter makanan...
Mujur staff dekat kaunter tu laju je buat kerja letak makanan yang kita pilih.
Menu aku...Aku amik lauk ayam sweet & spicy dengan beef bulgogy. Aku bawak air masak dari ofis je. Tak beli minuman dekat sana.
Kami berompek...Jom makan.

Habis makan jam 1.45. Jalan masuk Guardian & Watson seminit-seminit lepas tu terus berjalan balik ke ofis. Portion makanan ni memang banyak ye kome. Jadi kenyang betul rasanya sampai ke petang.

Petang tu jam 5.30 petang Hata & kids amik aku dekat ofis untuk kami ke Lot 10. Perjalanan amik masa 30 minit sebab jammed dekat depan Pavillion...Cerita dekat Lot 10 nanti aku share dekat entry lain ye.

Banyak gambar yang dapat kami snap. Tapi aku pilih mana yang ok aje...😆

6 comments:

Tot said...

Hari Jumaat boleh lunch lama sikit sambil jalan-jalan jamu mata, kan. Kome ni nampak macam anak dara belaka. Tak nampak macam mak orang pun.

Mama Zharfan said...

best tu dpt lunch dgn kawan2 opis! meriah mkn2

Roziah @ Cie said...

Tak reti makan makanan gini.

Warisan Petani said...

Selamat mengelunch selera

Suria Amanda said...

Sedapnya tengok menu ayam sweet & spicy dengan beef bulgogi tu! Berbaloi sangat beratur 20 minit kalau NuSentral ni jangan harap dapat masuk, pukul 11am org dah mula beratur..sampai sekarang akak lom makan kat sini..x gigih nak beratur

Time Traveller said...

Lunch hari jumaat adalah waktu syurga buat wanita sbb boleh spend berjam jam lamanya huhuu