BALIK KERJA...LAPAR

As Salam

Isnin - Jam 4.30 petang aku message che mek suruh keluarkan sotong & ikan kembung 2 ekor dari dalam peti sejuk & freezer. Aku sampai rumah nampak Hata pun baru sampai dari Seremban. Aku memang parking motor dekat belakang parking kereta kami. Memang ada ruang untuk parking motor penghuni rumah.

Sampai tu aku singgah kedai runcit untuk beli bendi, roti & tomato. Hajat dihati nak bakar ikan & goreng kunyit sotong untuk kids. Simple je. Tapi lepas siap masak, nasi tak masak lagi. Sampai jam 7.20 malam aku menunggu. Udah la tengah lapar sangat ni. 😁
Ikan kembung bakar guna air fryer, sotong goreng kunyit, celur bendi & air asam.  Air asam tu aku panaskan aje sebab rupanya masih ada bakli aku simpan dalam peti sejuk & maasih elok. Jimat masa untuk prepare air asam. Hata tak makan nasi. Jadi dia makan lauk je.

Lepas makan terus semayang maghrib & jam 8 malam terus hantar che mek ke kelas tuisyen. Masa sampai, pintu untuk naik kelas tak bukak lagi. Jadi aku mintak Hata pusing hantar aku dekat 99 speedmart sebab aku nak beli milo & roti wholemeal untuk diri sendiri & Hata.

Pagi tadi buat bekal untuk Ammar & aku. Lepas tu aku add on roti milo tabur ni. dah lama tak makan macam ni kome. Layan betul rasanya. 😁. This weekend boleh la buat lempeng macam blogger cie buat hari tu sebab stock milo dah ada. Dah lama rasanya aku tak beli milo sebab hari tu beli packet kecik...Sampai keras milo tu tak berusik.

Untuk lunch aku makan roti telur letak cheese dan chicken slice macam hari tu je. Sebab balik rumah nanti nak makan nasi lagi. Korang masak apa hari ni?

23 comments:

  1. Replies
    1. betul tu sis.Kenangan masa kecik2 tp limited sbb dulu rasa milo ni mahal =D

      Delete
  2. Uiihh sutung guring kunyittt!! Last week ada buat jugaa. Ni menu antara yang Faa rajin masak sebab senang 🀭

    ReplyDelete
  3. Selamat membuat lempeng milo ye weekend nanti. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah..Doa kan sy brjaya buat cie...=D

      Delete
  4. Milo tu masa kecik2 makan macam tu je. Hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SY buat gitu jgk sis.Tp x bleh selalu.Milo mahal...hahaha

      Delete
  5. Suka la menu Nieza, simple tapi menyelerakan belaka

    ReplyDelete
  6. Roti milo ni mmg slalu.makan zaman sekolah haha mengimbau btul.la

    ReplyDelete
  7. ammi memang balik kerja sentiasa lapar sebab kadang-kadang kat office ammi makan ringan2 je. tapi mujur jugalah bila sampai Seremban setiap hari tak perlu dah nak masak...suami masak apa kita telan jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. best gini sis.X payah fikir ttg menu.Dh sedia ada =)

      Delete
  8. Nampak menarik sotong kunyit tu laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sotong mkn dgn cili kicap pun sedap tu sis =)

      Delete
  9. minggu ni MZ tak masak2 pun..tp plan nak masak utk bf pg esok sblm bertolak gi melaka tghari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok je tak masak sis.Asal ada mknn utk dimkn =D

      Delete
  10. Aiiiih teringat zaman sekolah roti pakai milo 😍😍😍. Dah lamaaa sangat tak buat πŸ˜…. Anak2 saya blm coba roti pakai milo begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt kena bg anak2 try..yg pastu waktu siang jgn bagi waktu mlm =D

      Delete
  11. Kak SA kalau tengahari dah makan berat..dinner x makan..kalau lapar cari la buah ke untuk alas perut

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.