As Salam
Isnin - Jam 4.30 petang aku message che mek suruh keluarkan sotong & ikan kembung 2 ekor dari dalam peti sejuk & freezer. Aku sampai rumah nampak Hata pun baru sampai dari Seremban. Aku memang parking motor dekat belakang parking kereta kami. Memang ada ruang untuk parking motor penghuni rumah.
Sampai tu aku singgah kedai runcit untuk beli bendi, roti & tomato. Hajat dihati nak bakar ikan & goreng kunyit sotong untuk kids. Simple je. Tapi lepas siap masak, nasi tak masak lagi. Sampai jam 7.20 malam aku menunggu. Udah la tengah lapar sangat ni. π
Ikan kembung bakar guna air fryer, sotong goreng kunyit, celur bendi & air asam. Air asam tu aku panaskan aje sebab rupanya masih ada bakli aku simpan dalam peti sejuk & maasih elok. Jimat masa untuk prepare air asam. Hata tak makan nasi. Jadi dia makan lauk je.
Lepas makan terus semayang maghrib & jam 8 malam terus hantar che mek ke kelas tuisyen. Masa sampai, pintu untuk naik kelas tak bukak lagi. Jadi aku mintak Hata pusing hantar aku dekat 99 speedmart sebab aku nak beli milo & roti wholemeal untuk diri sendiri & Hata.
Pagi tadi buat bekal untuk Ammar & aku. Lepas tu aku add on roti milo tabur ni. dah lama tak makan macam ni kome. Layan betul rasanya. π. This weekend boleh la buat lempeng macam blogger cie buat hari tu sebab stock milo dah ada. Dah lama rasanya aku tak beli milo sebab hari tu beli packet kecik...Sampai keras milo tu tak berusik.
Untuk lunch aku makan roti telur letak cheese dan chicken slice macam hari tu je. Sebab balik rumah nanti nak makan nasi lagi. Korang masak apa hari ni?


Roti Milo tabur tu sedap....
ReplyDeletebetul tu sis.Kenangan masa kecik2 tp limited sbb dulu rasa milo ni mahal =D
DeleteUiihh sutung guring kunyittt!! Last week ada buat jugaa. Ni menu antara yang Faa rajin masak sebab senang π€
ReplyDeleteKan...Sap sap soi je =D
DeleteSelamat membuat lempeng milo ye weekend nanti. Hihi
ReplyDeleteIn Shaa Allah..Doa kan sy brjaya buat cie...=D
DeleteMilo tu masa kecik2 makan macam tu je. Hehe....
ReplyDeleteSY buat gitu jgk sis.Tp x bleh selalu.Milo mahal...hahaha
DeleteMenu simple memang sedap...
ReplyDeletebetul tu..=)
DeleteSuka la menu Nieza, simple tapi menyelerakan belaka
ReplyDeletethx sis =)
DeleteRoti milo ni mmg slalu.makan zaman sekolah haha mengimbau btul.la
ReplyDeletekan. Anak2 sy pun dh mula suka dh =)
Deleteammi memang balik kerja sentiasa lapar sebab kadang-kadang kat office ammi makan ringan2 je. tapi mujur jugalah bila sampai Seremban setiap hari tak perlu dah nak masak...suami masak apa kita telan jelah
ReplyDeletebest gini sis.X payah fikir ttg menu.Dh sedia ada =)
DeleteNampak menarik sotong kunyit tu laaaa
ReplyDeleteSotong mkn dgn cili kicap pun sedap tu sis =)
Deleteminggu ni MZ tak masak2 pun..tp plan nak masak utk bf pg esok sblm bertolak gi melaka tghari
ReplyDeleteOk je tak masak sis.Asal ada mknn utk dimkn =D
DeleteAiiiih teringat zaman sekolah roti pakai milo πππ. Dah lamaaa sangat tak buat π . Anak2 saya blm coba roti pakai milo begini
ReplyDeleteNnt kena bg anak2 try..yg pastu waktu siang jgn bagi waktu mlm =D
DeleteKak SA kalau tengahari dah makan berat..dinner x makan..kalau lapar cari la buah ke untuk alas perut
ReplyDelete