LUNCH AT 12:30PM

As Salam

Hari Ahad planning nak ke Anime Fest tak jadi...Planning nak pegi hiking pun tak jadi jugak. Semuanya gara-gara Hata ajak aku marathon nengok cerita Agent Kim Reactivated. Aku tahu Hata layan cerita ni. Aku tak layan sangat. Aku layan last 4 episode rasanya sampai episode last malam tu. Sudahnya jam 2:00 pagi baru tido kome. Aje handey Hata. 

Pukul 6:00 pagi bangun untuk subuh...Ingat nak teruskan planning. Ishhhhhh...Idak le aku larat kome. Sambung tido semula. Bangun-bangun matahari dah ada dah. Kau rasa??? Last-last anak-anak breakfast yang ringan-ringan je. Che mek masak fries, Ammar makan cornflakes, Hata makan roti letak butter & jem strawberry. Aku??? Aku mintak che mek masak samosa je. Makan la 2 ketul. Lepas tu sedar-sedar dah jam 11:00 pagi. 

Terus la aku keluarkan ikan, ayam & baki udang galah ada lagi 5 ekor yang dh siap letak kunyit, garam & serbuk kari sikit. Lepas tu aku memang ada beli kobis kimchi. Ngam. Aku goreng ikan, ayam & udang. Lepas tu masak lemak putih je kobis kimchi tu.
Menu lunch hari Ahad.
Pukul 12:30 tengahari aku dah panggil semua untuk lunch.
Ini Hata punya ye. Aku masih belum boleh terima ulam cicah budu walaupun dah almost 18 years bersama. 😁

Alhamdulillah...Kenyang kami sekeluarga. Sementara aku masak, Hata kena siapkan kerja sebab this week Hata kena pegi ofis dekat Seremban. Ulang alik je dari rumah. Jadi minggu ni aku masih kena bawak motor ke LRT macam minggu lepas. Aku OK je. As long as boleh sampai rumah dengan kadar segera. 😁

Lepas Asar baru kami keluar rumah sebab Hata nak potong rambut dia & rambut Ammar sekali. Sambil mereka potong rambut aku dan che mek kemana? Aku & Che mek masuk dalam Melawati Mall. Jalan-jalan je. Baru nak masuk dalam Jaya Grocer tetibe Hata kol cakap dah siap potong rambut. Jadi aku & che mek naik semula pegi dekat main entrance tunggu Hata sampai.

Lepas tu kami terus ke kedai mamak Syed. Makan cheese naan & kari kambing. Lepas tu ke Longwan beli sepasang uniform sekolah Ammar yang baru sebab yang lama udah tak muat kome. Lepas tu terus la balik.Waktu ni udah pukul 7.20 malam. Sedang elok sampai rumah jam 7.45 malam & memang kalut la untuk selesaikan apa yang patut. 😁

Korang masak apa hari ni?

25 comments:

  1. Akak pun tengok cerita tu..skrg tgok episode 10...masih ongoing kan...sakit hati tgok citer tu...kelakar bab 3 sekawan tu...dengan perangai gila- gilanya....sedap plak tgok udang tu..akak lately ni sejak entry x naik dashboard reading list...malas rasanya nak up banyak- banyak entry macam selalu...geram aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 10 episode aje sis.Last episode keluar hari Ahad jam 1 pagi. betul tu.Sy duk refresh jgk blog sy.Tgk bloglist sy mcm xde yg update entry memasing.

      Delete
    2. Dah habissssss....hahaha..rupanya episode 10 last....

      Delete
  2. Uishh layan juga drama korea ye. Memang handal tu boleh marathon. Menu simple macam ni menyelerakan. Kenyang tu dah semestinya. hari yang sibuk juga banyak aktiviti sampai malam. Harini masak lauk singgang ikan kembung campur bendi. Lepas tu cicah je dengan sambal geprek stok dah ready dalam kulkas. Senang kerja masak. hihi...

    ReplyDelete
  3. Sayur lemak putih mkn plak ada budu.. Mmg fav

    ReplyDelete
  4. Sekolah anak Cie tak pakai uniform. Ketat dah baju sedia ada ni. Tiap tahun rugi beli uniform.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh..Sekolah che mek kena pakai Isnin & jumaat. Sekolah Ammar hari Isnin dah start wajib semula.Sblm ni optional.

      Delete
  5. Idak Ler kita masak.. hahaha..
    Kalau tido pukul 2pagi, memang hiking atas katil je lah.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Wow! hebatnya nampak sangat sedap..

    ReplyDelete
  7. Menu simple memang bertambah juga makan. LeYa hari Ahad hari tu menu Singgang Ikan Tongkol, Ikan Goreng Tongkol, ulam-ulaman dan budu. Nanti LeYa share kan dalam blog..hehe..

    ReplyDelete
  8. Montok nya udang galah tu... macam bantal tersusun!

    ReplyDelete
  9. PH suka ulam cicah budu πŸ˜‹
    Tapi sampai skrg tak reti makan terung mentah. Kalau rebus @ bakar baru makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same here sis. Sy mkn terung pipit mentah pun mcm kena fikir byk kali. Tp Hata ok..Hahaha

      Delete
  10. Sis dah habis dah layan filem tu...jenis kalau dah tengok, memang ku follow rapat next episode hahahaha.. BUDU tu cecah dengan telur dapnyaaa

    ReplyDelete
  11. saya dh lama tak mkn budu kat rumah..biasanya akan termkn budu bila beli nasi kerabu sbb memang seller akan letak budu dlm condiments nasi kerabu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh...Dkt rumah xde stock ke sis? Sy mmg x pandai mkn. Sbb tu stock limited. yang mkn hanya Hata sorg je =)

      Delete
  12. Lama tak makan lemak putih ni. Seddappp. Budu pun lama tak makan, jauh kena cari kedai yang jual tu 40mins dari rumah Faa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow..jauh tu. Kena beli online lg senang kot =)

      Delete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.