As Salam
Hari Ahad planning nak ke Anime Fest tak jadi...Planning nak pegi hiking pun tak jadi jugak. Semuanya gara-gara Hata ajak aku marathon nengok cerita Agent Kim Reactivated. Aku tahu Hata layan cerita ni. Aku tak layan sangat. Aku layan last 4 episode rasanya sampai episode last malam tu. Sudahnya jam 2:00 pagi baru tido kome. Aje handey Hata.
Pukul 6:00 pagi bangun untuk subuh...Ingat nak teruskan planning. Ishhhhhh...Idak le aku larat kome. Sambung tido semula. Bangun-bangun matahari dah ada dah. Kau rasa??? Last-last anak-anak breakfast yang ringan-ringan je. Che mek masak fries, Ammar makan cornflakes, Hata makan roti letak butter & jem strawberry. Aku??? Aku mintak che mek masak samosa je. Makan la 2 ketul. Lepas tu sedar-sedar dah jam 11:00 pagi.
Terus la aku keluarkan ikan, ayam & baki udang galah ada lagi 5 ekor yang dh siap letak kunyit, garam & serbuk kari sikit. Lepas tu aku memang ada beli kobis kimchi. Ngam. Aku goreng ikan, ayam & udang. Lepas tu masak lemak putih je kobis kimchi tu.
Menu lunch hari Ahad.
Pukul 12:30 tengahari aku dah panggil semua untuk lunch.
Ulam budu cicah baby terung mentah.
Ini Hata punya ye. Aku masih belum boleh terima ulam cicah budu walaupun dah almost 18 years bersama. π
Alhamdulillah...Kenyang kami sekeluarga. Sementara aku masak, Hata kena siapkan kerja sebab this week Hata kena pegi ofis dekat Seremban. Ulang alik je dari rumah. Jadi minggu ni aku masih kena bawak motor ke LRT macam minggu lepas. Aku OK je. As long as boleh sampai rumah dengan kadar segera. π
Lepas Asar baru kami keluar rumah sebab Hata nak potong rambut dia & rambut Ammar sekali. Sambil mereka potong rambut aku dan che mek kemana? Aku & Che mek masuk dalam Melawati Mall. Jalan-jalan je. Baru nak masuk dalam Jaya Grocer tetibe Hata kol cakap dah siap potong rambut. Jadi aku & che mek naik semula pegi dekat main entrance tunggu Hata sampai.
Lepas tu kami terus ke kedai mamak Syed. Makan cheese naan & kari kambing. Lepas tu ke Longwan beli sepasang uniform sekolah Ammar yang baru sebab yang lama udah tak muat kome. Lepas tu terus la balik.Waktu ni udah pukul 7.20 malam. Sedang elok sampai rumah jam 7.45 malam & memang kalut la untuk selesaikan apa yang patut. π
Korang masak apa hari ni?


Akak pun tengok cerita tu..skrg tgok episode 10...masih ongoing kan...sakit hati tgok citer tu...kelakar bab 3 sekawan tu...dengan perangai gila- gilanya....sedap plak tgok udang tu..akak lately ni sejak entry x naik dashboard reading list...malas rasanya nak up banyak- banyak entry macam selalu...geram aje...
ReplyDeleteAda 10 episode aje sis.Last episode keluar hari Ahad jam 1 pagi. betul tu.Sy duk refresh jgk blog sy.Tgk bloglist sy mcm xde yg update entry memasing.
DeleteDah habissssss....hahaha..rupanya episode 10 last....
DeleteUishh layan juga drama korea ye. Memang handal tu boleh marathon. Menu simple macam ni menyelerakan. Kenyang tu dah semestinya. hari yang sibuk juga banyak aktiviti sampai malam. Harini masak lauk singgang ikan kembung campur bendi. Lepas tu cicah je dengan sambal geprek stok dah ready dalam kulkas. Senang kerja masak. hihi...
ReplyDeleteLayan sis...=D
DeleteSayur lemak putih mkn plak ada budu.. Mmg fav
ReplyDeletenice =D
DeleteSekolah anak Cie tak pakai uniform. Ketat dah baju sedia ada ni. Tiap tahun rugi beli uniform.
ReplyDeleteOwhh..Sekolah che mek kena pakai Isnin & jumaat. Sekolah Ammar hari Isnin dah start wajib semula.Sblm ni optional.
DeleteIdak Ler kita masak.. hahaha..
ReplyDeleteKalau tido pukul 2pagi, memang hiking atas katil je lah.. hahaha
Itu lah tu..Tarik selimut semula la...=D
DeleteWow! hebatnya nampak sangat sedap..
ReplyDeleteHahhaa..thx cikgui.Biasa2 aje =D
DeleteMenu simple memang bertambah juga makan. LeYa hari Ahad hari tu menu Singgang Ikan Tongkol, Ikan Goreng Tongkol, ulam-ulaman dan budu. Nanti LeYa share kan dalam blog..hehe..
ReplyDeleteSinggey ikan pun syiok jgk tu =D
DeleteMontok nya udang galah tu... macam bantal tersusun!
ReplyDeletePresentation kena no. syatu..hahaha
DeletePH suka ulam cicah budu π
ReplyDeleteTapi sampai skrg tak reti makan terung mentah. Kalau rebus @ bakar baru makan.
Same here sis. Sy mkn terung pipit mentah pun mcm kena fikir byk kali. Tp Hata ok..Hahaha
DeleteSis dah habis dah layan filem tu...jenis kalau dah tengok, memang ku follow rapat next episode hahahaha.. BUDU tu cecah dengan telur dapnyaaa
ReplyDeleteNice la sis...=D
Deletesaya dh lama tak mkn budu kat rumah..biasanya akan termkn budu bila beli nasi kerabu sbb memang seller akan letak budu dlm condiments nasi kerabu tu
ReplyDeleteEhhh...Dkt rumah xde stock ke sis? Sy mmg x pandai mkn. Sbb tu stock limited. yang mkn hanya Hata sorg je =)
DeleteLama tak makan lemak putih ni. Seddappp. Budu pun lama tak makan, jauh kena cari kedai yang jual tu 40mins dari rumah Faa.
ReplyDeleteWow..jauh tu. Kena beli online lg senang kot =)
Delete