MENU 50 MINIT SIAP!

As Salam

Hari Isnin balik kerja terus ke dapur nak tengok apa yang boleh dimasak. Hari Sabtu che mek ada request nak kari sardin. Jadi kita masak la menu tu hari Isnin lepas. Sardin pun tin kecik je. Kalau masak banyak-banyak risau tak habis. Untuk menu aku pulak, aku goreng udang galah goreng kunyit. No bawang, no cili padi. Dah diap masak baru aku teringat aku tak masukkan semua tu. Tak pe lah...Lagipun udang tu aku dah letak serbuk kunyit, serbuk kari sikit & serbuk perasa.
Kari Sardin, udang galah goreng kunyit & telur dadar.

By 6.50pm dah siap masak semuanya termasukla nasi. 7.15 malam aku suruh Ammar mandi dan bersiap. By 7.45pm kami dah get ready untuk dinner. Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga.

Lauk kari tu ada baki sikit lagi. Aku suruh che mek makan masa balik dari sekolah. Cukup la untuk sekali makan sementara tunggu aku balik kerja jam 6 petang.

This weekend ada cosplay event. Tak sure la nak pegi ke idak. Tapi under CF tu.... 😁

24 comments:

  1. udang tu sedapnya! fav menu utk my boys jugak tu

    ReplyDelete
  2. berkenannya tengok udang tu ha...ok...scroll laju2...tunggu sampai berjaya turunkan 10kg...hahahaha

    ReplyDelete
  3. Uii terliurnya udang galah dia.

    ReplyDelete
  4. Laju betul, 50 minit je dah setel semua lauk siap dengan nasi! Memang terer sis mengurus masa kat dapur lepas balik kerja. Lauk kari sardin, udang galah goreng kunyit dengan telur dadar tu pun dah cukup membuka selera sangat. Walaupun terlupa bawang & cili padi kat udang galah tu, tetap nampak sedap! Bab cosplay event hujung minggu ni pulak, kalau ada masa terluang boleh lah singgah cuci mata kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiap kali Hata outstation mmg kena arrange time sndiri snn kids mls nk jln kaki gi mkn...kalau Hata ada biasa nak kereta je =D

      Delete
  5. Udang dia montok2 menggoda sungguh. Sardin akak kadang masak lebih sebab kalau tak habis makan dgn roti atau buat lempeng makan dgn dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy mkn dgn lempeng atau roti tu ikut mood aje sis.Tp sy suka lempeng mkn dgn sardin masa biasa cili lebih =D

      Delete
  6. Sedapnya lauk gini. Sardin dan Telur Dadar mmg serasi bersama :)

    ReplyDelete
  7. Uii paling pantas ni masak hahahaha..
    Udang galah tu Sis tengah tanya seller gak dari kelmarin, dia jual sekor rm1, mungkin takde stok sampai lagi agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ini hari tu beli dkt mana ek? x igt...sy amik 10 ekor kena chrg dalam RM11++

      Delete
  8. Sedap pula nengok kari sardin bergandingan dengan udang goreng kunyit tu.. Mantap..

    ReplyDelete
  9. wow suka cosplay event keeee.. menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg suka pegi tp asyik tak kena timing je =D

      Delete
  10. Eh macam jadi teringin buat kari sardin 😍😍. Biasanya sardin kaleng nih saya tumis saja. Tak terpikir nak olah jadi kari. Kebetulan bumbu kari lagi banyak 😍😍

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.