TIKTOK SHOP : BORONG TUDUNG BAWAL

As Salam
Hari tu dah dapat 3 helai tudung bawal free. Beberapa hari lepas tertarik pulak dengan tudung bawal dekat tiktok live shop. Saje nak tambah collection. Walaupun kepala kita ni ada SATU je.Tapi tetap lah kita kena gayakan dengan pelbagai jenis corak tudung. Menghargai kepala kita yang simpan banyak info, yang bagi idea saknika benda dan mengawal emosi kita. Kan?
Excited bila tengok parcel ni.
Amik 4 pcs sebab warna lain-lain walaupun corak dia sama je kome..😁
Ini corak lain dari kedai yang sama.
Jumaat pagi pegi kerja naik motor dengan Hata...
Moh le kita rasmikan tudung baru ni.

I like this tudung bawal. Muka tengah breakout sebab terlalu banyak perkara nak kena fikir. Aku rasa sayang pulak nak pakai tudung yang ex-ofismate aku bagi hari tu. Nanti la kalau ada apa-apa event atau nak keluar berjalan kemana-mana aku try pakai. 

Sehari sebelum tu ofismate chinese ajak teman dia lunch dekat luar. Aku OK je sebab aku rasa mesti ada apa-apa yang dia nak share. Just 2 of us. Aku pilih makan dekat Ali ,Muthu & Ah Hok sebab dekat block depan ofis ni je. Aku suruh dia order awal-awal kueyteow goreng tanpa sayur. Aku bawak air masak dari ofis.
Dapat udang size XL. Puas hati makan.

Banyak yang kami borakkan dekat kedai makan. Style aku & ofismate ni...Cerita sini, habis sini. Tidak dibawak balik ke ofis. Gitulah...Semoga hati ofismate aku tenang sikit lepas cerita apa yang terbuku dekat hati dia. Aku ni hanya mampu jadi pendengar je. Nak nasihat lebih-lebih tu memang idak la. Aku pun insan yang lemah. Gitewww...😁

Umur kami berdua pun bukan lewat 30-an. Memasing dah masuk 4 series. Jadi kami memilih untuk bertenang-tenang aje dan go with the flow. Korang ada kawan yang macam ni? Ada masa kita perlukan seseorang yang boleh jadi pendengar untuk kita cerita apa yang terbuku difikiran. Semoga kita redha & tenang.

14 comments:

  1. bila dh suka corak sama akan borong stiap color tudung tu..

    ReplyDelete
  2. Nieza sama macam kak SA..Setuju sangat! Walaupun corak sama, warna lain-lain tetap kena ada untuk suai padan dengan baju. Betul tu, bila dah masuk '4 series' ni kita lebih menghargai ketenangan. Kadang-kadang kita tak perlukan nasihat hebat pun, cukuplah ada kawan yang sudi mendengar tanpa judge..kan?

    ReplyDelete
  3. Kepala ada satu tapi kita tak pakai yang sama setiap masa kan. Mestilah kena ada banyakkk..hihi Cantiklah corak-corak tudung bawal tu. Suka bunga-bunga kecil. Ceria warna tudungnya pun.

    ReplyDelete
  4. Rasa mcm dah lama tak beli tudung..tapi, tak nak menambah tudung yang ada.. kena hilangkan tudung, baru boleh beli lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt dh jmp cara nak "hilangkn" bgtau sy.Hahahah

      Delete
  5. cute jer belaka! yg penting cantik di mata kita kan

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.