As Salam
Hari tu dah dapat 3 helai tudung bawal free. Beberapa hari lepas tertarik pulak dengan tudung bawal dekat tiktok live shop. Saje nak tambah collection. Walaupun kepala kita ni ada SATU je.Tapi tetap lah kita kena gayakan dengan pelbagai jenis corak tudung. Menghargai kepala kita yang simpan banyak info, yang bagi idea saknika benda dan mengawal emosi kita. Kan?
Excited bila tengok parcel ni.
Amik 4 pcs sebab warna lain-lain walaupun corak dia sama je kome..😁

Ini corak lain dari kedai yang sama.
Jumaat pagi pegi kerja naik motor dengan Hata...
Moh le kita rasmikan tudung baru ni.
I like this tudung bawal. Muka tengah breakout sebab terlalu banyak perkara nak kena fikir. Aku rasa sayang pulak nak pakai tudung yang ex-ofismate aku bagi hari tu. Nanti la kalau ada apa-apa event atau nak keluar berjalan kemana-mana aku try pakai.
Sehari sebelum tu ofismate chinese ajak teman dia lunch dekat luar. Aku OK je sebab aku rasa mesti ada apa-apa yang dia nak share. Just 2 of us. Aku pilih makan dekat Ali ,Muthu & Ah Hok sebab dekat block depan ofis ni je. Aku suruh dia order awal-awal kueyteow goreng tanpa sayur. Aku bawak air masak dari ofis.
Dapat udang size XL. Puas hati makan.
Banyak yang kami borakkan dekat kedai makan. Style aku & ofismate ni...Cerita sini, habis sini. Tidak dibawak balik ke ofis. Gitulah...Semoga hati ofismate aku tenang sikit lepas cerita apa yang terbuku dekat hati dia. Aku ni hanya mampu jadi pendengar je. Nak nasihat lebih-lebih tu memang idak la. Aku pun insan yang lemah. Gitewww...😁
Umur kami berdua pun bukan lewat 30-an. Memasing dah masuk 4 series. Jadi kami memilih untuk bertenang-tenang aje dan go with the flow. Korang ada kawan yang macam ni? Ada masa kita perlukan seseorang yang boleh jadi pendengar untuk kita cerita apa yang terbuku difikiran. Semoga kita redha & tenang.




bila dh suka corak sama akan borong stiap color tudung tu..
ReplyDeleteBetul tu sis...=)
DeleteNieza sama macam kak SA..Setuju sangat! Walaupun corak sama, warna lain-lain tetap kena ada untuk suai padan dengan baju. Betul tu, bila dah masuk '4 series' ni kita lebih menghargai ketenangan. Kadang-kadang kita tak perlukan nasihat hebat pun, cukuplah ada kawan yang sudi mendengar tanpa judge..kan?
ReplyDeleteAgredd sis.Kwn ni sy dh kenal sejak 2018.
Deletelawa purple tu. suka tengok
ReplyDeleteSame here =D
DeleteKepala ada satu tapi kita tak pakai yang sama setiap masa kan. Mestilah kena ada banyakkk..hihi Cantiklah corak-corak tudung bawal tu. Suka bunga-bunga kecil. Ceria warna tudungnya pun.
ReplyDeleteKita geng sis..hahaha
DeleteRasa mcm dah lama tak beli tudung..tapi, tak nak menambah tudung yang ada.. kena hilangkan tudung, baru boleh beli lain
ReplyDeletennt dh jmp cara nak "hilangkn" bgtau sy.Hahahah
DeleteCantik la pulak semua tudung tu.
ReplyDeleteThx cie =D
Deletecute jer belaka! yg penting cantik di mata kita kan
ReplyDeleteBetul tu sis.Sbb kita yg nak pakai =D
Delete