TOMYAM PUTIH CAMPAK-CAMPAK

As Salam

Hari Selasa otak aku terfikir nak masak tomyam. Antara dua..Tomyam biasa atau tomyam putih. Tomyam biasa tu dah biasa sangat makan. Jadi lunch hour lari sekejab ke Village Grocer dekat Avenue K...Beli bahan serba sikit then letak dalam peti sejuk ofis...Balik keje semalam hujan. Udah kena pakai baju hujan dulu sebelum gerak. Sampai rumah, letak bag terus bersilat...

By 7pm 2 menu ringkas siap dimasak. By 7.15 suruh Ammar mandi & get ready untuk solat maghrib. By 7.40pm kami dah get ready depan makanan untuk disuap ke mulut. 😁
Tomyam Putih siap...
Aku guna paste dari Adabi.
Lepas tu add on serai, lengkuas, bawang holland, cili padi, 
tomato, carrot, bunga kobis & daun limau purut.
Goreng telur dadar 2 biji.Settled.

Alhamdulillah. Selesai menu dinner Selasa malam Rabu. Aku masak yang simple-simple je sebab nak cepat. Lepas dinner banyak lagi aktiviti lain nak kena buat. Monitor kerja sekolah Ammar, tengok kain dekat washing machine, nak suruh che mek pilih kain baju dia yang dah basuh, and so on...Tak banyak pun masa untuk masuk bilik menjahit. Ada pun untuk iron baju je.
Hari Selasa dekat ofis kebetulan sampai 5 orang pakai baju warna hitam. Aku ajak geng baju hitam ni selfie sekeping sebab seluar & skirt memasing pun lebih kurang je. Geng warna nude. Sama dengan seluar aku pakai. Tudung yang aku pakai tu adalah tudung yang ex-ofismate aku bagi as bmy birthday gift.

Hari ni kena fikir lagi menu dinner. Korang masak apa malam ni?

24 comments:

  1. Masak tomyam lah yang paling mudah. Bubuh sayur banyak campur dgn ayam seafood bagi. Puas makan kat rumah kalau kat luar kadang ciput isinya Kuah je lebih

    ReplyDelete
  2. Menu tomyam ni kalau di rumah Sis ni, kira menu mood malas, sebab menu senang campak-campak je kann.. tapi sedappp/..

    ReplyDelete
  3. Suka juga tomyam putih ni sebenarnya. Ok boleh buat....

    ReplyDelete
  4. Sebab nampak tomyam putih Nieza ni ok resipi tomyam putih malam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy masak express aje ni sis.Janji anak2 ada makanan.

      Delete
  5. ammi ni tak masak hari bekerja...dapur hak milik husband. jadi apa dia masak ammi makan je.

    ReplyDelete
  6. Perghh, terus rasa teringin nak hirup kuah tomyam putih bila tengok entri Nieza ni! Tomyam putih ni memang special sebab rasa masam pedas dia lebih 'clean' dan segar. Jenis resepi campak-campak macam ni lah yang mak-mak paling suka sebab cepat siap tapi hasilnya tetap padu. Teruskan berkongsi resepi santai macam ni Nieza!

    ReplyDelete
  7. Ringkas takpe, janji kenyang. PH buat ikan bawal masak sos & sayur lemak tauge. Jap lagi nak makan baru goreng ayam utk puteri bongsu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun suka ikan bawal masak sos sis.Dulu masa puteri islam, ada masak menu tu masa pertandingan memasak dkt sekolah =D

      Delete
  8. Macam best pula sesekali buat tomyam putih.. Nak cari jugalah pes ini..

    ReplyDelete
  9. Akak sejak diet ni x makan malam...semalam je stress amik nasi sikit pukul 7.20pm...hari ni x tau la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Yang sy x mkn nasi mlm untuk satu2 tempoh, mmg turun betul berat bdn dia sis =D

      Delete
  10. lawa la selfie geng bj hitam! ari ni MZ dinner mkn yg ditapau ajer...off diet minggu ni...tak tau bila nak restart dan istiqamah betul2

    ReplyDelete
  11. Tomyam putih tak laku sangat dekat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun jarang2 masak. Ini sbb nk tukar2 menu. Kids kalau Hata outstation, tak kari , masak lemak...Hahahha

      Delete
  12. Kalau dah ada bumbu jadi begini, memang mudah lah nak masak. Dan cepat. Saya juga sering pakai adabi. Cuma lagi habis saja nih. Kemarin ada beli dr KL dan diksh teman2, tp langsung pakai sampai JKT πŸ˜‚. Suka bumbu Tomyam nya

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.