As Salam
Hari Selasa otak aku terfikir nak masak tomyam. Antara dua..Tomyam biasa atau tomyam putih. Tomyam biasa tu dah biasa sangat makan. Jadi lunch hour lari sekejab ke Village Grocer dekat Avenue K...Beli bahan serba sikit then letak dalam peti sejuk ofis...Balik keje semalam hujan. Udah kena pakai baju hujan dulu sebelum gerak. Sampai rumah, letak bag terus bersilat...
By 7pm 2 menu ringkas siap dimasak. By 7.15 suruh Ammar mandi & get ready untuk solat maghrib. By 7.40pm kami dah get ready depan makanan untuk disuap ke mulut. π
Tomyam Putih siap...
Aku guna paste dari Adabi.
Lepas tu add on serai, lengkuas, bawang holland, cili padi,
tomato, carrot, bunga kobis & daun limau purut.
Goreng telur dadar 2 biji.Settled.
Alhamdulillah. Selesai menu dinner Selasa malam Rabu. Aku masak yang simple-simple je sebab nak cepat. Lepas dinner banyak lagi aktiviti lain nak kena buat. Monitor kerja sekolah Ammar, tengok kain dekat washing machine, nak suruh che mek pilih kain baju dia yang dah basuh, and so on...Tak banyak pun masa untuk masuk bilik menjahit. Ada pun untuk iron baju je.
Hari Selasa dekat ofis kebetulan sampai 5 orang pakai baju warna hitam. Aku ajak geng baju hitam ni selfie sekeping sebab seluar & skirt memasing pun lebih kurang je. Geng warna nude. Sama dengan seluar aku pakai. Tudung yang aku pakai tu adalah tudung yang ex-ofismate aku bagi as bmy birthday gift.
Hari ni kena fikir lagi menu dinner. Korang masak apa malam ni?



Masak tomyam lah yang paling mudah. Bubuh sayur banyak campur dgn ayam seafood bagi. Puas makan kat rumah kalau kat luar kadang ciput isinya Kuah je lebih
ReplyDeleteBetul tu sis =D
DeleteMenu tomyam ni kalau di rumah Sis ni, kira menu mood malas, sebab menu senang campak-campak je kann.. tapi sedappp/..
ReplyDeleteHrp2nya sedap la dkt tekak anak2 =D
DeleteSuka juga tomyam putih ni sebenarnya. Ok boleh buat....
ReplyDeleteBoleh tu sis...Sy suka yg pedas sikit =D
DeleteSebab nampak tomyam putih Nieza ni ok resipi tomyam putih malam ni.
ReplyDeleteSy masak express aje ni sis.Janji anak2 ada makanan.
Deleteammi ni tak masak hari bekerja...dapur hak milik husband. jadi apa dia masak ammi makan je.
ReplyDeleteWahhhh..Ini lagi best =D
DeletePerghh, terus rasa teringin nak hirup kuah tomyam putih bila tengok entri Nieza ni! Tomyam putih ni memang special sebab rasa masam pedas dia lebih 'clean' dan segar. Jenis resepi campak-campak macam ni lah yang mak-mak paling suka sebab cepat siap tapi hasilnya tetap padu. Teruskan berkongsi resepi santai macam ni Nieza!
ReplyDeleteHahaha..Ini resepi express namanya =D
DeleteRingkas takpe, janji kenyang. PH buat ikan bawal masak sos & sayur lemak tauge. Jap lagi nak makan baru goreng ayam utk puteri bongsu :)
ReplyDeleteSy pun suka ikan bawal masak sos sis.Dulu masa puteri islam, ada masak menu tu masa pertandingan memasak dkt sekolah =D
DeleteMacam best pula sesekali buat tomyam putih.. Nak cari jugalah pes ini..
ReplyDeleteBleh buat menu weekend ni sis =D
DeleteAkak sejak diet ni x makan malam...semalam je stress amik nasi sikit pukul 7.20pm...hari ni x tau la...
ReplyDeleteKak Yang sy x mkn nasi mlm untuk satu2 tempoh, mmg turun betul berat bdn dia sis =D
Deletelawa la selfie geng bj hitam! ari ni MZ dinner mkn yg ditapau ajer...off diet minggu ni...tak tau bila nak restart dan istiqamah betul2
ReplyDeleteThx sis. Kena start cpt2 tu sis =D
DeleteTomyam putih tak laku sangat dekat rumah
ReplyDeleteSy pun jarang2 masak. Ini sbb nk tukar2 menu. Kids kalau Hata outstation, tak kari , masak lemak...Hahahha
DeleteKalau dah ada bumbu jadi begini, memang mudah lah nak masak. Dan cepat. Saya juga sering pakai adabi. Cuma lagi habis saja nih. Kemarin ada beli dr KL dan diksh teman2, tp langsung pakai sampai JKT π. Suka bumbu Tomyam nya
ReplyDeleteNnt dtg m'sia kena stock up byk2 lg..=)
Delete