As Salam
Aku tak ingat hari apa. Rasanya hari Jumaat kot. Kami dinner dekat Wangsa Walk sebab lepas tu nak stock up susu kotak full cream. Punya la pening memikir nak makan apa. Sudahnya aku buat keputusan untuk semua. Kami makan dekat Dubuyo. Aku cakap dengan Hata kali ni NO SHARING. Aku nak portion aku sorang sebab aku LAPAR. 😆
Portion aku sorang...
Hata amik menu sama macam aku. Che mek amik ramen, Ammar amik soup daging tu, Aku makan tanpa pelawa apa-apa pun dekat Hata. Aku hanya asing kan taugeh besar tu je. Yang lain semua licin. Aku amik jugak soup Ammar sikit untuk buat nasi bibimbap ni berkuah sikit.
Selesai.
Hata pun terkejut sebab selama ni makan mesti share aje dengan Ammar sebab aku memang tak mampu nak habiskan 1 portion. That's mean waktu tu aku memang betul-betul lapar.
Alhamdulillah. Selesai meal untuk aku sorang. Kenyang yang amat. Aku ni jarang-jarang je yang betul-betul lapar. Itu sebab kadang-kadang kami amik 3 set meal then share-share je sebab kalau amik 4 set, confirm tak habis. kalau betul-betul lapar, baru aku akan cakap dengan Hata aku nak 1 meal untuk aku sorang.
Sampaikan kadang-kadang che mek & Ammar pun terikut-ikut gaya aku. Kalau kami ke kedai makan, tapi memasing tak berapa nak lapar, tapi kena jugak makan untuk elak dari lapar, maka salah seorang dari mereka akan cakap...
"Ibu, kita order menu ni. Nanti kita share ye?"
Kalau menu pilihan mereka kena dengan selera aku, boleh la kita share. Kalau tak kena, nampak gayanya memang kena pass baton pada Hata untuk share. 😁
Korang ada yang macam aku ke? 😆


Betul-betul lapar ni boleh habis. Kadang macam tu jugak, tapi kebiasaanya tak habis lah melainkan lapar gila. hihi..Yang tak kena dengan selera tu susah sikit lah nak habis.
ReplyDeletebetul tu sis.Jarang2 je dpt feel lapar sgt ni ..hahaha
DeleteLapar betul tu hehe...
ReplyDeleteSkrg jarang dah share meal sbb anak⁴ dah besar, semua nak makanan sendiri :)
Betul tu sis.Mmg lapar waktu ni...Hahaha
DeleteSama Cie juga ada masa share je. Tapi tu la kekadang anak2 Cie makan banyak. Hahah.
ReplyDeleteKan....Ade masa share..Ada masa sendiri2 =D
DeleteUncle pun sekarang sepinggan tu share dengan aunty....
ReplyDeleteOk.Kita dah bleh jadi geng...=D
Deletehahah same here! kalau time lapar, tak leh share laaa nanti moody sbb tak kenyang betul2 hahahahah
ReplyDeletehahaha...kan sis..kalau x betul2 kenyang nnt erut rasa x kemas =D
Delete