WHEN I SAID I AM HUNGRY, I NEED MY PORTION.

As Salam

Aku tak ingat hari apa. Rasanya hari Jumaat kot. Kami dinner dekat Wangsa Walk sebab lepas tu nak stock up susu kotak full cream. Punya la pening memikir nak makan apa. Sudahnya aku buat keputusan untuk semua. Kami makan dekat Dubuyo. Aku cakap dengan Hata kali ni NO SHARING. Aku nak portion aku sorang sebab aku LAPAR. 😆
Portion aku sorang...

Hata amik menu sama macam aku. Che mek amik ramen, Ammar amik soup daging tu, Aku makan tanpa pelawa apa-apa pun dekat Hata. Aku hanya asing kan taugeh besar tu je. Yang lain semua licin. Aku amik jugak soup Ammar sikit untuk buat nasi bibimbap ni berkuah sikit.
Selesai. 
Hata pun terkejut sebab selama ni makan mesti share aje dengan Ammar sebab aku memang tak mampu nak habiskan 1 portion. That's mean waktu tu aku memang betul-betul lapar. 

Alhamdulillah. Selesai meal untuk aku sorang. Kenyang yang amat. Aku ni jarang-jarang je yang betul-betul lapar. Itu sebab kadang-kadang kami amik 3 set meal then share-share je sebab kalau amik 4 set, confirm tak habis. kalau betul-betul lapar, baru aku akan cakap dengan Hata aku nak 1 meal untuk aku sorang.

Sampaikan kadang-kadang che mek & Ammar pun terikut-ikut gaya aku. Kalau kami ke kedai makan, tapi memasing tak berapa nak lapar, tapi kena jugak makan untuk elak dari lapar, maka salah seorang dari mereka akan cakap...

"Ibu, kita order menu ni. Nanti kita share ye?"

Kalau menu pilihan mereka kena dengan selera aku, boleh la kita share. Kalau tak kena, nampak gayanya memang kena pass baton pada Hata untuk share. 😁


Korang ada yang macam aku ke? 😆

10 comments:

  1. Betul-betul lapar ni boleh habis. Kadang macam tu jugak, tapi kebiasaanya tak habis lah melainkan lapar gila. hihi..Yang tak kena dengan selera tu susah sikit lah nak habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis.Jarang2 je dpt feel lapar sgt ni ..hahaha

      Delete
  2. Lapar betul tu hehe...
    Skrg jarang dah share meal sbb anak⁴ dah besar, semua nak makanan sendiri :)

    ReplyDelete
  3. Sama Cie juga ada masa share je. Tapi tu la kekadang anak2 Cie makan banyak. Hahah.

    ReplyDelete
  4. Uncle pun sekarang sepinggan tu share dengan aunty....

    ReplyDelete
  5. hahah same here! kalau time lapar, tak leh share laaa nanti moody sbb tak kenyang betul2 hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kan sis..kalau x betul2 kenyang nnt erut rasa x kemas =D

      Delete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.