DATING DI BBQ TOWN - SETAPAK SENTRAL

As Salam

Hari Sabtu lepas briskwalk, kami balik rumah dulu berehat. Dalam jam 12:00 tengahari aku & Hata naik motor ke Setapak Sentral. Aku nak makan BBQ Town. Kids tak nak. jadi kami pegi berdua je naik motor. Tak perlu pening fikir cari parking. Waktu sampai dalam kedai ada ramai jugak orang. Mujur table untuk 2 orang masih available.
Aku & Hata pilih daging lembu, kambing & udang sebekas.
Kami tak refill pun sebab nak rasa yang lain pulak.
Sup pun amik sup ayam biasa je.
Kombinasi sos ni memangngam betul la dengan tekak aku...
Pertama kali aku amik jagung dekat BBQ Town ni.
Wehhhh..Sedap kome. Manis elok.
Aiskrim coklat campur sea-salt. 
Best combination ever untuk aku.
Add on kacang & nata de coco pulak...Memang surrrr..😆

Lepas makan, kami ke kedai buku Popular. Aku nak cari coloring book & pencil warna untuk cucu sedara. Saja lah beli as buah tangan. Dah lama jugak tak jumpa mek ni. Last jumpa rasanya masa wedding bulan 5 hari tu.

Dari kedai buku Popular, kami ke Econsave. Aku nak beli jajan pulak untuk cousin che mek - anak kak ipar yang perempuan tu. Econsave dah takde barang sangat sebab aku dengar cerita pasaraya ni nak tutup dah. Mungkin mereka beroperasi sampai hujung tahun kot. Jadi memang tak stock up barang. Kami keluar dengan tangan kosong.

Lepas selesai semua tu jam dah 2.00 petang. OTW balik kami singgah 99 speed mart beli jajan. Lepas tu terus la balik. Jam 3.30 petang kami gerak ke Kajang. Kak ipar ajak makan laksam... Masa OTW singgah beli nenas MD2.

Full jugak la aktiviti hari Sabtu lepas. Tapi OK la..At least dapat jumpa cucu sedara tu. Dapat je coloring book tu, terus dia mewarna sambil tengok TV. 😁

Esok Selasa kome.

27 comments:

  1. Happy la cucu tu dapat colouring book.

    ReplyDelete
  2. Senang naik motor tak risau pasal parkir dan jem. petama kali tengok tempat grill tu versi kayu.

    Tempting tengok aiskrim tu. Tambah sea salt mesti lagi sedap ada rasa masin-masin sikit.

    Ada lah juga aktiviti di hari Sabtu kan. Tak lah bosan. Dimanfaatkan sepenunya.

    ReplyDelete
  3. Amboi... anak tak pegi ambik peluang dating le tu!

    ReplyDelete
  4. nenas MD2 sedap. suka saya klau dapat ke sana. puas semua nak makan.

    ReplyDelete
  5. Bestnya date naik motor pergi Setapak Sentral! Makan BBQ Town berdua memang tenang tak perlu risau parking. Comelnya buah tangan coloring book Popular tu, cucu sedara mesti happy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.Mkn tenang2 je..Alhamdulillah. Seronok tgk cucu sedara tu buat coloring =D

      Delete
  6. Rasa ice cream sea salt masin sikit je kan....jangan terlebih masin. Tak sedap dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sis.Tak masin sgt. Just nice bila mkn dgn aiskrim cokat tu =D

      Delete
  7. Aghhhhhh nampak sedaaaap 😍😍😍😍😄. Saya mudah sangat tergoda kalau dah makanan lah 🤭.

    Catat dulu namanya. Desember akan celebrate new year di Malaysia , jadi ke Johor 1 Minggu, Terengganu 3 hari, KL 1 Minggu, jadi dah pening nak makan di mana saja 🤣🤣🤣. Masalahnya banyak sangat yg nak dicoba hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama Fanny "balik kampung" kali ni

      Delete
    2. Wahhh..Byk masa ni.Bleh arrange msa utk mkn dkt sini =D

      Delete
  8. Aiskrim tu melambai² ahak 😆

    Untung cucu sedara dapat coloring book.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah..Kena gi mkn tu sis.Kang meleleh aje ayaq lioq..Hahaha

      Delete
  9. paling heaven kalau anak2 cakap tak nak ikut.. hahaha..tapi, sekarang memang ada je yang masih mengikut...sekali sekala dapat dating...

    ReplyDelete
  10. Menggoda betul nampak BBQ Town tu, lagi-lagi combination aiskrim coklat dengan sea-salt & nata de coco tu! Jagung manis tu pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  11. menarik aktiviti weekend nieza!! my boy esp razeen, suka ngekor jer kalau ke mana2 hahah tak de nya dia nak dok rumah kalau nampak mama papa nak kuar gi mana2

    ReplyDelete
    Replies
    1. At that age mmg nk mngekor aje kot sis.Tp Ammar kalau naik motor dia nak follow..hahaha

      Delete
  12. Sesekali date time mesti syiok kan

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.