As Salam
Hari Sabtu jam 8:00 pagi baru aku & Hata mulakan aktiviti briskwalk kami. Mula lewat sikit sebab nak kasi panas badan kena pancaran matahari. Gitew... Kali ni route kami macam masa briskwalk 2.0 dulu.
Sekeping sebelum bermula...
Dua-dua pakai baju merah. Ni memang plan.Bukan coincidence 😁
Dari rumah kami jalan kaki sampai ke Q-Bistro. Breakfast dekat sana sebab nanti lunch time aku nak ajak Hata makan dekat satu tempat ni.
Dapat la 5.5KM durataion 55 minit & 5718 steps.
Dapat bakar 259 kalorie...
Aku makan roti kosong dengan ais nescafe ais je.
Sebab nak simpan ruang dalam perut untuk lunch nanti.
Menu Hata...Half boiled egg with nescafe tarik.
French toast ni pun Hata punya jugak.
Sekeping lagi.
Alhamdulillah..Selesai semua menu. Kami balik ikut jalan belakang walaupun jalan balik sangat la dekat dari Q-Bistro ni. Tapi aku ajak Hata pusing.
Jalan balik. Ni pun aku start dari Petronas. Lupa nak start dari Q Bistro.
Actual distance adalah 1km.
Dapat tambah lagi 1515 steps. Jadi total steps kami dalam 7233 steps.
Alhamdulillah hari Sabtu hari tu average dapat la dalam 10K steps. Campur dengan jalan dalam mall. Petang Sabtu dalam jam 3.30 petang kami ke Kajang. Kak ipar ajak makan laksam. Ini nanti aku cerita ye.
Hari ni dah hari isnin kome. Cepat je masa berjalan kan?












0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.