DIKECEWAKAN UNTUK KALI KE-2

As Salam

Hari ni lambar sikit bersiaran sebab aku kurang sihat. Semalam MC sebab sakit pinggang. Kebetulan pulak Hata dapat WFA & sekolah Ammar ada report card day. Jadi pagi masa hantar anak-anak ke sekolah aku follow la Hata sekali. Lepas ambil Ammar dalam jam 8.30 pagi baru pegi klinik dan selesai dalam jam 9:00 pagi. Dapat sedas suntikan sebab nak bagi elok cepat.. Lepas tu balik rumah dan tido berehat sampai ke tengahari. Alhamdulillah, bangun tido tu dah rasa OK sikit tapi masih ada rasa sengal-sengal dekat bahagian dicucuk tu.

Lepas tu kan baru aku teringat yang aku & Hata ada planning nak pegi ke Pusat Derma Darah dekat One Utama this Saturday. Tapi disebabkan dah kena cucuk, aku jadi was-was. Maka aku kol pusat derma darah tu & pegawai tu cakap TAK BOLEH. Kena tunggu seminggu baru boleh menderma. AKU KECEWA buat kali KEDUA sebab tak boleh menderma. 3 bulan lepas tak boleh menderma sebab minor surgery. Minggu ni tak boleh menderma sebab suntikan yang aku dapat semalam. Aduhai..Nampak gayanya aku kena tunggu next Saturday la baru boleh menderma.

Semalam lepas che mek sampai rumah, Hata kena pegi area Bukit Jalil sebab ada kerja sikit nak kena buat. Kami semua ikut. Lepas selesai kerja Hata, kami ke Pavillion Bukit Jalil. Nak mencari makan sebab che mek kelaparan. Sama jugak dengan kami. Makan dekat food republic tu je..
Dah lama tak snap gambar menara 118 ni dari dalam LRT.
Menu Hata. nasi dengan salmon.
Menu aku. Nasik & Grilled chicken.
Fish & Chip untuk che mek.
Lamb grilled untuk Ammar.

Dari tempat parking ke food republic ni tak jauh & tak jugak terlalu dekat. Masa nak balik tu aku ajak Hata makan jelly herbs & air dari Kong Woh Thong ni..
Segar sikit rasa badan.

Lepas makan ni kami terus balik sebab nak kejar dari bertembung dengan orang balik kerja. Sampai rumah aku lembik semula sebab effect ubat cucuk masih ada. Duk berehat sampai maghrib. Jam 8:00 malam hantar che mek ke kelas tuisyen. Stay dalam kereta sampai jam 9.15 malam. Lepas tu balik & berehat.

Dahsyat jugak penangan ubat cucuk klinik ni. Mujur la masa dekat Pavillion tu aku tak jalan banyak. Hanya jalan dari parking ke food republic & balik. 

Esok dah Sabtu kome. Adakah aku dapat meneruskan aktiviti briskwalk minggu ni? Kita tunggu....

12 comments:

  1. Kalau area Bukit Jalil tu memang trafik dia boleh tahan sesak juga.

    ReplyDelete
  2. Kecewa sangat kan kalau tak dapat menderma darah. Saya pun gagal haritu. Kena cuba lagilah nampaknya. Semoga cepat baik. Aamiin...
    Sedap-sedap semua menu pilihan. Kenyang tu makan chicken grilled + nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.Sedih la...Hrp2 next week dpt mnderma. kena mkn yg sihat2 la this whole week =D

      Delete
  3. Oooo baru tau kalau dah cucuk x leh derma darah erk...takpe la kena tunggu next Saturday la Nieza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye sis.Lps sy beritahu nama ubat yg dicucuk pada sy, terus pegawai tu advise tggu smggu lagi.

      Delete
  4. moga next time berjaya menderma darah ikut perancangan...

    ReplyDelete
  5. moga cepat baik...
    linda yang masa kena sakit pinggang tu, tak boleh buat apa..

    ReplyDelete
  6. Sha pun nak derma darah tak lepas2. Cie memang tak boleh takut fengsan 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia jgn nervous sgt cie.In HSaa Allah Ok. Masa sy mula2 mnderma dulu mmg berdebar2 =D

      Delete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.