As Salam
Tajuk entry macam bergaduh. Tapi sabar....Bukan bergaduh..Tapi nama kedai tu adalah FRIEND. Kedai ni dekat Keramat / near by LRT Setiawangsa opposite kuarters polis tu. Kami selalu jugak makan dekat sana. Biasa pegi kedai tomyam nama Friend ni. Tapi dah 2 ke 3 kali pegi, asyik tutup je. Ade sekali tu pegi tutup sebab ada private event. Nampak macam birthday party untuk kids.
Hari tu dah tak ingat cerita hari apa ni. Tapi baru nak up sebab tengok gambar dekat fon takde dekat blog. 😁. Hari tu dalam jam 3:00 petang che mek call aku tanya ubat sakit perut sebab che mek cherry berry dekat sekolah bawak kerumah 1 round. Aku pun tak ingat ade lagi ke tak stock ubat. Lepas tu aku suruh je che mek cari dalam tupperware dekat kitchen kabinet. Biasa ubat-ubat dari klinik kami simpan sana. Senang nak mencari.
That day Hata amik aku dekat LRT Taman Melati sebab dia gerak dari ofis dalam jam 5.20 petang. Takkan nak tunggu aku yang keluar ofis jam 5.30 petang & sampai LRT KL Sentral jam 5.55 petang. Jarak waktu tu, kalau Hata gerak dari ofis jam 5.20 petang, boleh sampai dekat LRT Taman Melati jam 5.50 petang. Kalau tunggu aku, jawab dia kami akan sampai rumah jam 6.30 petang. 40 minit jimat masa. Melainkan kalau Hata keluar ofis jam 5.30 petang. Itu memang biasanya Hata akan tunggu aku sebab dia nak turun lift & pergi ke parking motor pun dah dekat 15 minit.
Sampai rumah tengok che mek tido. Alhamdulillah waktu tu che mek cakap perut dia dah OK sikit. Tapi masih lemah sebab 3-4 kali pergi toilet. Tapi kami pergi jugak klinik untuk amik ubat che mek. Selesai urusan dekat klinik, kami terus pergi kedai makan dekat Keramat tu. Jauh sikit la dari rumah. Tapi aku teringin nak makan dekat sana sebab dah lama tak pegi. Memang kedai FRIEND tu tutup kome. Jadi kami "unfriend" dia dengan pergi ke kedai sebelah. Both kedai ni aku suka je sebab mereka ade bagi set. Tak mahal & tak murah. Tapi berbaloi sebab ada 3-4 jenis lauk dalam 1 set tu.
Kami amik set RM36.00. Dalam set tu ada 4 jenis lauk, 2 nasi putih & 2 teh o ais. Kami hanya tambah 1 nasi putih & 2 ais kosong untuk aku & Hata.
Lala masak pedas. Rasanya so-so je. Aku makan cicah sambal belacan.
Tomyam putih ayam tak pedas untuk che mek.
Actually dalam set tu kami dapat sup tulang. Tapi tukar untuk che mek.
Lepas makan terus balik sebab nak kejar maghrib. Semalam aku berjaya siapkan alteration seluar jeans aku yang tertangguh. Alhamdulillah aku puas hati dengan hasilnya. Kita buat kaler mix & match aje, janji boleh pakai semula untuk keluar. Nanti aku share ye.
Hari ni. pagi petang entry tentang makan...Esok dah jumaat kome..😆




tk prasan ada kedai nama FRIEND dkt area lrt setiawangsa tp dh tutup plak ye..nasibaik kedai sebelah sedap juga ye
ReplyDeleteAda sis.Nama penuh dia my friends tomyam dkt tmn keramat/kg keramat AU1 =D
Deleteperghhhh.. terbaek la menu ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Setakat ni mmg berasa semua menu2nya =D
DeleteYeay..esok balik tRonoh.. long weekend.. dapat extra PH
ReplyDeleteYeay!!!!..happy 4 u =D
DeleteKesiannya Che Mek..Lawak la tajuk entry ni, ingatkan betul-betul gaduh tadi! 😂 Tapi comel nama kedai tu "Friend". Kalau tutup dua tiga kali memang patut kena "unfriend" pergi kedai sebelah. Apapun berbaloi betul set RM36 dapat 4 lauk lengkap dengan air..murah betul dah tu...
ReplyDeleteIye sis.Brbaloi set dkt sini =D
DeleteMurah la set tu, 2-3 jenis lauk/sayur juga tu.
ReplyDeleteBetul tu sis.Ade byk jgk set yang boleh dipilih dgn lain2 harga.
DeleteIngatkan FRIENDS siri sitcom tu.... hehehehe
ReplyDeleteJauh flashback tu uncle..hahaha
DeleteTerus rasa lapar tengok entri ni malam2.
ReplyDeleteSemestinya..hahaha
DeleteJadi ingat serial FRIENDS zaman dulu 😄. Sampai ada cafe nya juga . Tp friend yg ini jual Thai foods yaa. Cuma kalau asik tutup, memang macam kecewa. Langsung terpikir dia niat jualan atau tak 😅.
ReplyDeleteUntunglah kedai sebelah buka yaa
Hahaha..Sama fikirnya mcm uncle gedek =D
Deletehaahha suspens ingatkan friend apa la tu...rupa2nya kedai mkn lah yer
ReplyDeleteBetul sis.Nama kedai makan =D
Delete