MOFUSAND X JACK n JILL ROLLER COASTER

As Salam

Hari Ahad pagi aku & Hata ke NSK Sri Rampai untuyk beli baby kailan, tembikai dan telur ayam. Hari Ahad tengahri kak ipar aku yang dekat Kajang datang untuk makan tengahari. Dah lama jugak tak jumpa kak ipar ni. Aku & Hata decided untuk masak simple-simple je sebab Hata pun baru nak elok dari demam. Jadi kami pilih untuk masak ikan bawal sweet sour, ayam goreng, telur dadar dan kailan ikan masin. Buah tembikai sebagai pencuci mulut. Actually tembikai tu Ammar yang request. Dia mintak sebab dia dah lama tak makan buah tembikai katanya. Jadi kami beli sebiji. Separuh makan masa kak ipar datang. Separuh lagi , lepas kak ipar balik, aku potong masuk dalam tupperware dan letak dalam peti sejuk. Malam tadi aku tengok dah tinggal separuh dah. Bagus jugak cepat habis sebab kalau lama-lama risau tak habis.

Masa OTW ke bahagian sayur & lauk basah dalam, NSK tu, aku nampak ini...
1 box harga RM10.90 kalau tak silap. Dapat 2 tin Roller Coaster tu.
Lepas tu dapat totebag comey muat masuk tin keropok roller coaster tu.

Aku tak beli pun sebab fikir totebag ni nak buat isi apa nanti? Risau membazir je kalau aku beli. Aku snap gambar ni sebab nampak aje mofusand ni, aku terus teringat ke Dania anak sis Ezna. 😁. So kalau sis Ezna baca entry ni, sila la tanya Dania if dia nak totebag comey ni boleh la gi cari keropok roller coaster under Jack n Jill ni.

Macam-macam freegift sekarang ni kan? Kalau ikut nafsu memang nak grab. Tapi bila fikir bila nak guna. Itu yang buat aku mundur kembali tak jadi beli walaupun keropok tu boleh je anak-anak makan. 😁

Hari ni dah hari terakhir bulan September. Esok dah masuk bulan Oktober yang juga merupakan bulan birthday che mek. Aku masih mencari hadiah apa nak bagi pada che mek sebab dia ada banyak tunjuk items-items yang dia minat dekat shopee. 😁

Selain dari anak sis Ezna, siapa lagi yang suka dengan character ni?

GARLIC FOR HOME REMEDY

As Salam

Sepanjang Hata tak sihat, kami memang mempraktikkan jugak home remedy macam yang sebelum-sebelum ni. Selain dari air teh o panas letak kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih, kami buat jugak air lemon suam letak garam & minum. Lepas tu kami buat ini.
Makan mentah bawang putih bakar. Hari tu Hata makan garlic ni masa makan bubur nasi berlauk yang aku masak.

Minyak ni sangat berguna kalau kita sakit badan dan untuk kids kalau selesema dan berkahak. Aku memang selalu buat masa anak-anak kecik & bila anak-anak kena selesema. Biarlah ada bau sikit. Janji aku dapat kurangkan anak-anak aku makan ubat dari klinik dan sembuh dengan usaha kami berdua dengan ramuan dari bahan semulajadi.

Alhamdulillah semua home remedy yang kami buat ni berjaya sembuhkan Hata dari demam dan sakit tekak. Jangan lupa minum air yang banyak. Make sure korang monitor kerap mana korang minum air, kerap tu jugak sepatutnya korang buang air kecil. Betul tak? 

Korang pun patut cuba home remedy ni kalau tak sihat. Tapi kalau lepas makan dan sapu minyak ni masih tak elok, better refer klinik or hospital.

Korang pernah cuba apa-apa home remedy?




BREAKFAST, TEATIME & DINNER ON SATURDAY

As Salam

Alhamdulillah Khamis malam aku masukkan gambar katil IKEA dekat Thread, memang ramai yang DM aku sebab mereka berminat. Aku amik yang mula-mula message aku. Kami contact each other & dia setuju untuk self collect katil tu dekat rumah. Jumaat pagi Hata pergi management, udah management mintak letak deposit RM100.00 in cash. Hata pulak takde langsung dekat tangan. Dekat rumah pun takde sebab aku belum keluarkan duit belanja bulanan kami.

Sudahnya, pagi Sabtu jam 9:00 pagi kami ke management ofis semula untuk letak deposit RM100.00 tu dan declare apa yang nak dibawa turun dari rumah. Jam 10:00 pagi budak yang nak amik katil tu pun sampai. Aku panggil budak la ye sebab pasangan ni nampak muda dari kami.😁

Selesai amik katil, Hata cakap demam dia dah kebah & hanya ada batuk je. Jadi aku ajak Hata beli sarapan dekat Nasi Lemak Saleha sebab dah beberapa minggu aku nak makan pulut kuning dengan rendang.😁.
Pulut kuning dengan rendang daging.

Kami bungkus jugak nasi lemak ayam goreng untuk Ammar dan pulut kuning rendang ayam untuk che mek. Lepas tu memasing pun kenyang sampai jam 3:00 petang. Jadi aku masak simple je...Steam dimsum sebab jam 4:30 petang kena hantar Ammar pergi training bola. Waktu ni dekat rumah kami hujan lebat. By time nak hantar Ammar ke padang, hujan dah reda sikit.
Tea time kami dan untuk alas perut Ammar jugak adalah Dim Sum, hash brown yang aku test nak masak guna air fryer dan baki sebungkus nasi lemak yang kami beli untuk Ammar.Dim sum tu cicah kicap cair & sos cili. Anak-anak dan kami suka cicah macam ni.

Lepas hantar Ammar ke padang, kami ke bengkel kereta dekat rumah lama. Nak mintak pomen check kereta sebab ada bunyi yang tak sedap didengar. Tapi masa pomen check, dia tak dapat detect apa-apa sebab bunyi tu takde masa kami sampai & mintak dia tengok. Jadi aku, Hata & che mek ke Giant untuk beli barang sikit.
Masa nak keluar dari Giant jam 6:00 petang hujan turun dengan lebat sangat. Kami terfikir jugak Ammar training dekat mana & adakah dekat padang sana tak hujan?

Kami sampai dekat padang jam 6:35 petang dan nampak Ammar & his team main dekat bawak porch. Lepas amik Ammar kami terus balik rumah untuk masak dinner. Awal tadi aku dah masak bubur nasi untuk kami semua. Sejak beli rice cooker yang ini, aku tak pernah lagi cuba masak bubur nasi.
Alhamdulillah menjadi bubur nasi aku kome. Aku masak 1 pot lebih sikit dan letak air sampai level 6 dalam periuk tu.
Aku masak ayam dan cendawan sos tiram, ikan bilis bawang goreng, 
rebus telur masin guna egg cooker.
Alhamdulillah...Bertambah 2x untuk menu ini.

Malam tu aku buatkan lagi Hata air teh o panas letak bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis. Lepas tu layan cerita game reality willy wonka.

Korang ade tengok game tu?

ME TIME FOR 2 HOURS

As Salam

Hari Jumaat hata dapat WFA tapi Hata demam. Lepas hantar aku ke LRT, hata ke klinik. Doctor bagi MC tapi Hata tak nak tukar WFA ke MC sebab dia ada kerja nak kena settled. Minggu ni Hata kena ke ofis dekat Selayang jadi ada kerja nak kena siapkan uttuk dibawa ke Selayang.

Hari tu aku adaa beli tudung bawal 1 pcs warna hitam & putih (macam dalam gambar) sebab aku perlukan tudung warna itu untuk mix match kan dengan baju aku. Dah seminggu aku tunggu tudung tu sebab pre-order. Sekali sampai...Ehhhhh warna lain kome. Aku dapat warna Nude-Brown. Bila tanya seller dia cakap aku nampak warna hitam putih sebab lighting kuat sangat. Lor...Dia ingat aku boleh terima ke jawapan macam tu. Dah la hanya cakap kod product tapi takde description warna tudung. Lepas tu dia macam salahkan aku sebab aku tak tanya host masa live. Masalahnya waktu aku pre-order tu, aku tak tengok live mereka. Aku terus pegi search, nampak macam warna hitam putih, add to cart & tunggu sampai seminggu untuk dapatkan tudung tu. Aku tak cakap banyak. Aku terus ke click return & refund. Alhamdulillah, esoknya J&T datang amik dekat ofis & tak lama lepas tu refund pun masuk dalam akaun tiktok aku.

Jadi, untuk mengubat luka dihati, aku cakap dengan Hata, lepas kerja aku nak singgah MUAZ Textile dekat Masjid Jamek dan mintak Hata amik aku dekat depan SOGO lepas maghrib. Alhamdulillah aku jumpa tudung yang aku nak walaupun tak 100% hitam putih. Tapi aku rasa boleh kot masuk dengan baju aku tu nanti.
Dalam gambar nampak macam hitam & putih. Sekali dapat warna ni.
Suasana jam 8:00 malam dekat depan SOGO.
Hata amik aku depan sikit dari tempat aku snap gambar ni.
Waktu ni orang lalu lalang dah kurang. Jadi aku tak berani nak pegi jauh dari sini. Dekat sini masih ada orang lalu lalang lagi. Aku sampai sini waktu Hata dah ada dekat traffic light depan Pertama Complex tu ye. Aku tak lama dekat sini.

Lepas tu kami terus ke Restoran Tomyam Seafood Suraya. Hata makan bubur nasi sebab dia masih demam tapi dah kebah sikit. Aku amik nasi goreng USA - takde dalam gambar sebab tak sempat amik. Aku lapar. 😁
Hata amik telur masin je sebab lauk nasi goreng USA aku banyak. 
Jadi kami share lauk.
Somtam Mangga campur betik. Aku mntak buat manis sikit. Sekali datang masam giler. Mintak tambah gula. Takde beza. Masih masam. Sudahnya makan aje la dengan muka berkerut-kerut. Somtam sini tak boleh challenge somtam dekat kedai Gombak tu. 😁

Lepas makan kami terus balik rumah. Hata mandi & makan ubat. Aku buatkan Hata air teh o panas letak kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih. Letak gula sikit. Lepas tu minum suam-suam.

Seronok dapat jalan sorang-sorang selama 2 jam. Aku ralit memilih tudung dan jalan-jalan sikit je dekat dalam SOGO. Alhamdulillah, takde apa yang aku berkenan kecuali sehelai baju kebaya yang boleh dipakai dengan seluar jeans. Aku grab baju tu sehelai. 😁

Berapa lama korang pernah dapat me time?

UNBOXING : ECLIPSE MINTS

As Salam

Hari ni bukan nak cerita tentang hadiah xmas atau exchange gift. Tapi nak cerita tentang gula-gula mint yang aku borong dekat shopeahh...Hari tu aku beli candy mint jenama ECLIPSE dalam tin tu dekat kedai 99 Speedmart. Waktu ni ada keluaran terhad gambar bangunan dari beberapa negara. Aku beli perisa grape. Kalau dah setiap pagi, 3 biji gula-gula tu masuk dalam mulut kami bertiga kecuali che mek, memang cepat aje la habisnya gula-gula tu.

Hari tu aku nak beli lagi 1 tin dekat grocery AEON AU2. Terkejut aku tengok harganya sampai RM6.10. Aku beli dekat 99 Speedmart hari tu hanya RM5.30. Lepas tu tengok dekat my News stesen LRT Taman Melati. Nahhhh...Terus letak rege RM8.30 kalau tak silap aku. Terus la dalam LRT tu aku bukak shopeahh cari gula-gula ni. 

Aku jumpa bundle promo untuk gula-gula ni dengan tin limited edition beberapa buah negara. Aku pun borong la 1 kotak ada 10 tin. Rege memang jauh lebih murah la dari 99 speedmart dan yang lain-lain. Alhamdulillah proses penghantaran pun cepat je.
Inilah gula-gula yang aku borong tu.
Siap dapat flight ticket dengan HOT seat...😁
Gula-gula ni ada 5 perisa & kita dapat 2 tin untuk setiap perisa.
Setiap tin ada gambar kebanggaan negara masing-masing..
Yang ini taipei
Yang ini Hong Kong

Yang hijau tu Kuala Lumpur, yang biru Seoul, yang sebelah KL tu adalah Bangkok / Thailand. Kadang-kadang ralit jugak mengumpul tin-tin limted edition ni walaupun at the end rasanya akan masuk dalam tong sampah jugak. 😁. Jadi kita amik la gambar dan buat entry dekat sini supaya nanti boleh buat jadi kenangan yang aku pernah ada semua tin-tin limited edition ni. 😁Ni tak pasti la berapa lama boleh bertahan. Harapnya bertahan lama sikit sebab banyak ni. 

Korang ada yang beli stock ni? Korang suka gula-gula hilang mengantuk yang macamana?

MENU SIMPLE JANJI KENYANG

As Salam

Ada satu hari tu aku rasa malas nak pergi makan malam dekat luar. Aku nak lepas dinner, basuh pinggan & boleh duduk dekat sofa sambil tengok TV. Aku tak nak lepas makan, masuk kereta & mengadap jalan raya untuk sampai ke rumah. Jadi aku cakap dengan Hata aku nak dinner dekat rumah je. Masak yang simple-simple janji semua boleh makan.

Jadinya balik kerja kami singgah kedai runcit beli telur & daun kari. Sampai rumah che mek dah defrost ayam. Hata masak kari sardin. Aku potong dan goreng ayam kunyit. Goreng telur dadar & potong kobis untuk buat ulam.
Kari Sardin, ayam goreng kunyit, telur dadar & ulam kobis.

By 7:35 malam kami dah selesai makan siap package basuh pinggan & clearkan meja. Lepas tu aku dah boleh relax sekejab sementara nak solat maghrib. By 8:30 malam dah boleh lepak atas sofa, tengok TV sambil makan mamee. 😁

Setenang ini je yang aku nak hari tu. Takde terkejar-kejar nak balik rumah. Kadang-kadang kita nak bertenang-tenang je selepas penat seharian dekat ofis. Ammar pun nak bertenang-tenang jugak sebab dia sampai dari SRA pun lebih kurang dalam jam 6.10 petang sama dengan aku. 

Korang pernah rasa apa yang aku rasa?😁

Esok dah koje kome. 😁

AKTIVITI SEMINGGU NI DI SETIAP PAGI

As Salam

Alhamdulillah dah seminggu lebih aku consistant untuk naik tangga lepas touch card dan naik ke LRT. Setiap hari tu aku hanya buat setiap pagi dan hanya masa nak naik ke LRT je.  Lepas tu aku naik escolator aje sebab nak elak dari berpeluh. Kang rasa tak selesa pulak. Balik kerja aku turun guna escolator tapi berjalan. Tak berdiri tunggu escolator bawak sampai ke bawah. Ini antara gambar dari video yang aku nak share dengan korang.
Ini gambar dari screenshot video hari Jumaat 2 minggu lepas.
Aku mula dari hari Jumaat 2 minggu lepas.
Mujur la setiap kali aku sampai dekat area ni, memang takde 
siapa guna tangga ni kecuali aku. Jadi senang la nak rekod.😁
Aku siap amik video kome...
Ini gambar screenshot dari video hari Isnin dari stesen KL Sentral.
Hari Selasa Hata dapat WFA. 
Jadi dia hantar aku dekat stesen LRT Taman Melati.
Ini gambar screenshot hari Rabu.
Aku baru jumpa function dual camera masa on video dekat fon ni kome. Dah dekat 6 bulan guna baru jumpa function tu sebab nama function ni dekat option lain selain dari default video. 😆

Hari Rabu aku pakai lagi satu tudung bawal yang blogger Cie bagi. Hata macam terkejut sikit sebab aku dah lama sangat tak pakai tudung polkadot. Dolu-dolu ada tudung polkadot ni. Tapi jenis kain macam satin tu. Tudung tu aku dah sedekah dah dekat recycle box. 😁

Semoga aku terus istiqomah dalam buat aktiviti ni. At this age memang saknika benda nak kena jaga. Dalam berjaga pun ade jugak yang terlepas pandang. 😁. 

Hari ni buat apa kome?

KOLEKSI GAMBAR BREAKFAST WITH HATA

As Salam

Asyik lupa je nak share menu breakfast aku & Hata tiap kali Hata dalam WFA. Dah 2 kali kami hanya breakfast dekat Q Bistro. Sebabnya Hata cakap dah jemu breakfast dekat NZ Wangsa Delima. Lagipun sekarang LRT banyak kali buat hal. Dan sejak itu, orang memang akan beratur dekat stesen LRT Sri Rampai tu waktu jam 8:00 pagi dan memang aku akan hanya boleh masuk ke dalam LRT selepas terlepas 2 - 3 LRT.

Kalau aku naik dekat stesen LRT Taman Melati, aku tak perlu tunggu lama untuk berjaya masuk dalam LRT sebaik LRT sampai. Lagipun kedai roti canai dekat rumah tu bukak lambat. Dalam pukul 7:20 pagi ke 7:30 pagi baru ready to serve customer. Apa yang kami order dekat Q Bistro bila breakfast?
Set puri untuk aku...
Hata memang biasa akan order roti bakar & telur separuh masak.
Ini menu hari Selasa lepas. Roti telur bawang for me & roti kosong untuk Hata.
Hari tu Hata masak sup siam ikan siakap.

Aku tak makan sebab dah kenyang. Jadi esok paginya aku bawak bekal ke ofis. Tengahari aku tak tido tapi aku makan bekal ni.

Seronoknya lantai bilik menjahit dah makin luas.....😆😁

SEWING PROJECT : MENJADI TAPI TAK BERKENAN PULAK

As Salam

Selain dari alter tudung , aku ade jugak gatai tangan pegi alter sehelai baju kemeja aku yang dah lama tak pakai. Tak pakai ni sebab kemeja tu pada aku terlalu loose sampai buat aku yang begini jadi makin gebus...Jadi aku try la slim-kan dan singkat kan sikit kemeja ni...

Dah siap alter, aku pakai dengan seluar yang aku rasa nak pakai dengan baju ni. Bila dah pakai rasa macam tak nice pulak kemeja ni dengan seluar tu..
Nampak berisi sikit aku ni ha kome...
Aku plan nak pakai kemeja tu dengan seluar baggy cargo ni...
Buat style gini pun sama jugak kome.Terus hati rasa tak best.
Mungkin kena pakai kemeja ni dengan seluar jeans biasa. Bukan yang loose.
Dari sisi tepi pulak...

Part labuh tu aku dah berkenan dah..Part body tu aku dah seluk kedalam sikit supaya nampak slim sikit. Tapi tak nampak beza sangat dari size asal.  Aku malas nak seluk lagi. Jadi apa solution dia? Kita pakai la baju ni dengan seluar lain...Tak boleh la pakai dengan seluar baggy cargo ni.

Ok.Ada apa-apa lagi yang aku nak alter lepas ni? 😆

NAK AYAM SWEET SOUR, TAPI DAPAT.....

As Salam

Hari Selasa yang lepas Hata dapat WFA. Lepas mengemas sikit dekat depan pintu bilik aku mintak Hata masakkan ayam sweet sour untuk dinner. Tapi bila fikir risau kids tak makan pulak sebab biasa buat ikan sweet sour je. 😁..Jadi aku bagitahu Hata untuk tukar menu kepada buttermilk chicken. Anak-anak pun suka dan kami pun dah lama tak makan menu tu.

Balik keje Hata amik dekat LRT then singgah kedai runcit dekat bawah beli daun kari. Alhamdulillah sekarang daun kari ni dah tak dijual banyak macam 1 pokok dicabut dari tanah dan dijual dekat customer. Sekarang macam dah setangkai je dijual. Sikit aje dan senang nak simpan. Kalau sebelum ni memang macam 1 pokok brader kedai ni jual.  Banyak betol.😆

Sampai rumah Hata terus masak buttermilk chicken. Ayam dah goreng sebelum amik aku dekat LRT. Tumis kobis. Aku potong buah jambu yang dibeli dekat grocery AEON AU2.
Chicken Buttermilk, tumis kobis, ayam goreng & buah jambu batu.

Rasanya sebelum jam 7:00 malam dah dapat makan sebab by 7:20 malam kami dah selesai makan dah. Alhamdulillah..Kenyang kami sekeluarga malam tu dengan menu yang Hata masak. Jambu batu tu aku beli 2 biji je.Potong sebiji. Teringin pulak sebab dah lama tak turun ke food truck ofis untuk beli makanan lunch. Lately aku tak lunch. 

Esok dah hari Sabtu kome. Cepat je rasanya masa berlalu. Dah nak ke hujung bulan September dah. Esok lusa aku ingat aku nak tengok semula la costume The Mummy tu. Mana-mana yang boleh adjust / alter, aku nak buat bagi kemas & selesa dipakai.

Korang buat apa esok?

DINNER AT ABANG JENGGOT

As Salam

Ahad petang che mek request nak makan mac & cheese. Kami pilih makan dekat Abang Jenggot tempat baru sarapan pagi kami. Waktu ni hari hujan. Jadi kena pergi naik kereta walaupun kedai dengan rumah hanya sepelaung je. 😁

Actually dah lama kami tak pergi kedai ni sejak-sejak dia pindah. Dulu kedai ni betul-betul seberang jalan tepi petron tu. Tapi tanah tu sekarang dah dilapangkan. Jadi Abang jenggot ni pindah sini. Pindah pun tak jauh dari tapak asal. Kalau tapak asal, kedai ni kita boleh nampak dari MRR2. Tapi lokasi kedai sekarang kena masuk kedalam sikit & kedai ni dekat selekoh kecik / simpang nak ke SK Taman Melati tu dari tapak asal..Operation time start 6:00 petang. Jam 6.15 petang kami dah sampai sini.
Mushroom soup & garlic bread hangus tapi masih boleh makan.
Mac & Cheese yang sedap.

So far pada aku rasa dia memang tak mengecewakan. Cuma menu spaghetti Olio Oglio je kena select sikit sebab ada masa OK. Ada masa macam too dry. Ntah la..Ini apa yang Hata cakap. Sebab tu masa datang sini Hata order mushroom soup je. 😁. Aku pulak memang nak makan mushroom soup & roti bakar tu sebab masih kenyang minum air Caramel Latte & roti boy.

Harga pun idak la mahal sangat kot. Set mushroom soup tu RM9.00. Chicken chop RM15.00 & mac & cheese RM12. Ok la kan?

Korang dah pernah makan sini?

SEWING PROJECT : DARI SHAWL KE TUDUNG SARUNG INSTANT

As Salam

Hari Ahad kami takde kemana-mana sebab aku melipat kain, mengemas sikit dan berehat. Lepas tu terfikir nak try jahit tudung sarung instant dari tudung shawl yang sedia ada. Aku tak tahu orang panggil kain tudung ni jenis apa. Tapi yang aku tahu kain ni jenis pleated, shawl, kain jersey yang tebal sikit. Aihhhh..Entah lah...

Mula-mula aku amik sehelai shawl, lipat 2. Lepas tu aku hamparkan tudung sarung yang sedia ada dekat atas hamparan tu. Lepas tu aku potong ikut shape tudung contoh.
Hasil potongan ikut contoh tudung sedia ada.
Hasilnya...
Aku jahit penyambung tudung tengah-tengah sampai level lebar muka aku. Lepas tu aku kelim keliling tanpa jahit tepi.
Dah jadi sehelai, Ehhhh..Rasa nak buat sehelai lagi...
Buat kali kedua atas kain tudung kedua baru teringat nak amik gambar..
Inilah contoh & cara aku buat untuk tudung pertama warna maroon tu.
Hasil kedua atas kain warna peach ke pink gitu...

Alhamdulillah..Tercapai jugak hasrat nak ada tudung sarung instant macam ni. Nak beli  malas sebab kain dah ada. Aku pun macam malas nak pakai tudung ni dengan style lilit-lilit tu. Lilit-lilit pun ikut mood. Sebab lilit-lilit kena pakai jarum. Aku malas nak guna jarum. Nak buat 2 face, kain jenis ni macam kurang sesuai.  Tak pun nanti aku try la buat 2 face dekat kain tudung yang lain. Stock shawl jenis ni ade lagi dekat drawer tu. 😊

Aku jahit ni bukan apa. Tudung ni senang nak dipakai kalau time sedara mara datang rumah. Sarung je. Kalau nak keluar temankan Hata hantar Ammar main bola pun senang. Tak perlu beriya gosok tudung. Tudung instant yang lain tu pun ada cuma semuanya bercorak. Kali ni aku saje try dari shawl yang plain.

Ok la kan? Tudung ni masih boleh dilipat kiri kanan tu macam tudung bawal. Kalau nak pakai masa mandi pool pun senang ni. 😁. Nanti aku nak tengok bleh tak kalau dari baki kain yang dipotong tu diambil sikit untuk dijadikan awning. Kalau berjaya, nanti aku update sini lagi ye.

Korang ada yang suka pakai tudung sarung instant gini?