ADA APA DEKAT MUZIUM BANK NEGARA? PART 1

As Salam

Bila anak-anak dah besar dan tak merengek bila dibawak berjalan ni boleh la kita bawak ke tempat-tempat macam ni. At least anak-anak ada story yang boleh dikongsikan bila naik sekolah selepas cuti nanti. Hari Ahad pagi aku ajak Hata ke Muzium Bank Negara. Pagi tak pagi la.Dah nak dekat tengahari dah sebab sebelum kesini, kami pegi breakfast dulu. Bila bukak waze, waze suruh ikut jalan Bukit Tunku. Jalan ni memang scary ye kome walaupun rumah-rumah dekat sini memang gah bagaikan istana.
Isi perut dulu sebelum ke muzium.
Inilah jalan Bukit Tunku.
Hata cerita kalau malam memamg agak scary jalan ni sebab memang lengang.
Waktu kami lalu siang hari pun lengang.

Sampai dekat depan muzium bank negara, Hata dah lost nak cari tempat parking. Jadi berenti tepi jalan, tanya polis bantuan. Lepas tahu lokasi, terus masuk & cari parking lot. Kalau korang datang sini, korang cari parking lot LG4. Situ memang dekat dengan lift untuk ke muzium.
Sorry la ye. Gambar gegar pulak waktu ni. 
Sebelum masuk lift, pengunjung kena tinggalkan bag galas, sling bag & handbag dalam loker yang disediakan. Memang ada banyak safety box dekat sini. More than 70 safety box. Pilih nombor safety box, masukkan pin, pilih warna rahsia, then safety box akan terbuka.Masa nak amik bag, ikut cara yang sama.
Korang snap la gambar safety box korang kalau risau terlupa sebab dah tengok banyak sangat jenis matawang dekat dalam muzium tu nanti 😁
Keluar dari lift, terus ke kiri untuk register by QR dan dapatkan 
chop book, leaflet & ATM card for kids.
Masuk sini dulu untuk mulakan lawatan. 😁
Terlalu banyak gambar yang aku capture.
Jadi memang ingat tak ingat le turutan tu. Korang layan aje la ye.
Sekeping sekeluarga dengan background duit bertepek dekat dalam lorong / gua ni. Ralit tengok satu-satu walaupun semuanya sama je.
Dalam 1st floor ni ada beberapa aktiviti yang kids boleh buat.
Aku tak sempat nak snap semua sebab banyak amik video je..
Koleksi tabung dolu-dolu...
Korang ada yang mana? Aku pernah ada tabung ceramic ayam tu tapi bentuk buah limau mandarin. Tabung buluh tu pernah ada dalam rumah cuma tak ingat sapa punya. Yang pasti bukan aku punya. 😁
Meh belajar tentang duit. 😁
Banyak duit belakang aku ni kome. 
Agak-agak masih boleh diperlakukan dengan nilai tak? 😆

Lepas tu kami naik ke tingkat 2 untuk teruskan lawatan. Dekat level ni lagi banyak yang kita boleh tengok dan belajar. Seronok tengok walaupun waktu ni ramai jugak orang.Tapi masih ada ruang untuk kita menyelit & tengok dengan lebih dekat. Sini aku share apa yang ada tengok sepanjang dekat muzium bank negara ni ye. 

Sekeping berdua konon nak jadi highlight dalam magazine 😆

Ok.Setakat ni dulu cerita tentang Muzium Bank Negara. nanti aku asmbung part 2 pulak ye. Ade tinggal sikit lagi gambar nak share dengan korang. mana tahu cuti sekolah hujung tahun nanti boleh bawak anak-anak kesini untuk kenal lebih tentang sejarah matawang negara kita dan negara-negara lain.

Ada sesiapa yang dah sampai sini?

0 Comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.