PREPARATION FOR COMPANY TRIP : FIZIKAL SIMCARD / ESIM & TUKAR DUIT RINGGIT MALAYSIA KEPADA INDONESIA RUPIAH

As Salam

Last update tentang preparation for company trip.

Dalam ralit memilih barangan yang perlu dibeli, aku masih berkira-kira tentang cara aku nak berkomunikasi dengan ofismate yang pergi sekali & yang paling utama cara aku nak terus berhubung dengan Hata masa dekat sana nanti. Jadi marilah kita tanya Google Ai Mode..
Ringkasnya, aku boleh memuatkan 2 fizikal SIM secara fizikal ke dalam fon ni. Aku tanya vivo aku ni boleh masuk 2 sim ke tak sebab masa awal-awal beli dulu aku main slot in je existing simcard tanpa tengok ada slot kosong lagi ke idak sebelah simcard aku tu. 😆

Nah panjang lebar penerangan dari Google Ai Mode tentang apa yang aku tanya. Tapi aku rasa tak yakin pulak nak gunakan perkhidmatan eSIM ni sebab risau aku tak faham cara pengaktifannya. Jadi aku pun beli la fizikal simcard & slot pada simcard slot dalam henfon malam ni. Lepas tu waktu dah sampai airport dekat Surabaya, aku akan activate SIM 2 aku. Aku tak biasa pakai roaming servis sebab dari pengalaman terima panggilan masa keje dekat contact centre Celcom dulu, ramai yang terlebih guna. Sekarang dah ada roaming pakej. Tapi agak mahal jugak la berbanding dengan eSIM atau fizikal simcard.

Korang yang selalu travel biasa guna Roaming servis atau eSIM?

Bab tukar duit pulak, aku tak ingat bermula dari bulan berapa aku dah mula tukar Ringgit Malaysia ke Rupiah. Aku tukar sikit-sikit ikut budget. Aku tukar sampai cukup budget sebab aku tak sure trip kali ni aku boleh rancak membeli macam dekat HCMC dulu atau tidak.😁

At that moment our Malaysian currency masih tinggi bila ditukarkan kepada matawang rupiah ni. Tapi rasanya lagi tinggi waktu tukar kepada Dong 2 tahun lepas. 😁. Aku tukar duit dekat 2 tempat. 1 dekat Nu Sentral sebelah Guardian. Masa tu aku tukar RM228.50 untuk 1 juta IDR. Lepas tu aku tukar pulak masa pegi Mid Valley awal bulan Oktober hari tu dekat money changer nama Jags Money. Waktu ni rate RM229.00 untuk 1 juta IDR.
Beratur panjang dengan ada 3 ke 4 lagi money changer 
lain dekat Jags Money nie.

Waktu aku dan che mek beratur memang ramai orang disetiap money changer. Aku mintak che mek kekal dalam barisan sementara aku survey disetiap money changer yang ada. Semua letak rate antara RM229.20 hingga RM229.90. Hanya Jags Money ni je RM229.00 untuk 1 juta IDR.

Alhamdulillah. Selesai part tukar duit. Tapi rasanya kena asingkan ni sebab senang nak membeli. Idak la nampak banyak sangat sekaligus masa membeli. Mungkin aku akan letak dalam saparate wallet. Stock wallet dari HCMC ada lagi 2 -3 pcs.. 😁

Masa aku pegi HCMC dulu, aku letak asing-asing. Setiap kali membeli, letak sejuta Dong dalam wallet asing masa dalam bas / dekat bilik hotel. Contoh aku bawak 6 juta Dong. 5 juta Dong aku letak dalam wallet yang aku takkan bukak sepanjang tempoh aku membeli satu hari tu. 1 juta Dong aku letak dalam wallet lain yang aku akan bukak tutup masa membeli. Jadi takde la seller ingat kita ni bawak berjuta-juta Dong. 😆

Alhamdulillah semalam big bos & ladybos bermurah hati nak bagi kami duit poket dalam IDR. Yeay!!!!!! Bertambah lagi duit belanja kami. 😍. Dapat berapa pun aku tak kisah. Janji ada duit extra. 😁

Korang yang biasa travel letak duit asing atau sekaligus?

20 comments:

  1. Aritu ke Jakarta guna roaming maxis.. Simcard husband.. Lupa dh pakejnya.. Dkt Indonesia byk guna QR.. Aritu tukar cash mcm xbyk guna sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy brjaya habiskan cash IDR sy sis =D..Tp ade je ofismate pakai QR sbb IDR dh habis tp tetap nak mmbeli =D

      Delete
  2. Mak aiiiiii berjela penerangan. Duit rupiah ada lagi sebab pi batam dulu tak shopping sangat. Tak pe simpan kut dpt pi lombok ke makasar ke. Duit kalau main juta ni akak buat asing. Untuk pantau belian agar tak terlebih budget

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis.Sy pun letak asing masa dekat sana =)

      Delete
  3. Roaming mmg mahal kan...

    Wah dah jadi jutawan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan jgk rege dia sis... Iye..Aku kaya!!!..hahaha

      Delete
  4. x perlu bawa cash byk2 sbb di indonesia boleh guna touch n go card tu. Convert kpd rupiah kat app dia. Mudah je kan/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye.Ade jgk ofismate juga tng.Sy je berjaya habiskan IDR. Tp ade jgk topup dkt tng hari tu =D

      Delete
  5. Pakai QR pun oke kak. Rata2 semua seller di sini, even street foods, dah pakai QR. Bisa dari bank Malaysia terus.

    Tapi tak apa kalau bawa cash. Cuma kadang susah nak change mereka 😅. Dah tak banyak yg pakai cash di sini

    Saya kalau traveling selalu pakai modem internet, sewa dari jakarta. Lebih murah soalnya. Kalau roaming pernah juga, tp hanya Negara2 tertentu saja.

    ReplyDelete
  6. Kalau masalah duit, tergantung negara. Macam saat ke Belarus, Korea Utara, saya pasti bawa cash 100%. Sebab negara mereka kena sanction kan. Jadi semua kad bank tak akan ada yg bisa digunakan di sana.

    Kalau macam Malaysia, saya ada account di TnG . So, saya selalu isi rekening TnG saya tiap bulan, sebab rutin ke Malaysia. So nak2 bayar, pasti pakai QR TnG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dkt KL masih accept cash. Cuma mcm dekat empire sushi dah 100% cashless dibeberapa outlet.

      Delete
  7. Jarang travel.. jadi tak tahu.. hiihi.. kalau travel dalam Malaysia pun, fokus utama makan je...

    ReplyDelete
  8. Akak x buat roaming...malas..x nak di ganggu apa segala..so aman je masa travel..hp guna bila ada wifi free kat hotel..hahahaha...giler kedekut kan...bab duit plak..akak letak je satu wallet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah...Ade sorg ofismate mmg tak beli simcard / esim.Dia tggu roaming dkt bilik hotel. sbb jln by group jadi dia tak risau =D

      Delete
  9. MZ buat roaming jer...dan tukar duit tu kat money changer dlm melawati mall jer sbb tukar ciput jer so tak kisah sgt rate... kat indonesia tu MZ guna credit card jer almost all the time

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tak berani & tak pandai & mls nk belajar shopping guna card. Jadi sy guna cash ..hahaha

      Delete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.