Showing posts with label RUNNING SHOES. Show all posts
Showing posts with label RUNNING SHOES. Show all posts

UNBOXING : PARCEL KEGEMBIRAAN

As Salam

Sebenarnya dah lama jugak aku membuat perbandingan. Macam-macam brand aku add to cart. Macam-macam design yang aku pilih. Pantang ade live dekat tiktok shop setiap brand yang aku berminat mesti aku join...Aku bertanya jugak beberapa soalan kepada seller & alhamdulillah mereka menjawab soalan aku dan aku dapat jawapan aku.

Aku plan nak amik brand yang dah sedia ada. Tapi rasa macam...
" Takkan nak amik brand yang sama? Nak jugak merasa dari brand lain. "

Aku ada jugak tanya google Ai Mode. Banyak yang aku tanya...Semua jawapan aku amik kira. Kalau bab screenshot, tunjuk gambar dekat Google Ai Mode setiap design yang aku berkenan & mintak pendapat tu jangan cakap la. Tak terkira banyaknya. Sebab aku nak yang berbaik untuk kaki aku. Sebab bagi aku modal yang aku laburkan ni bukan sikit. Disebabkan modal hari tu masih ada, jadi kita teruskanlah niat tu ye. Lagipun waktu aku nak check out tu mungkin tengah flash SALE. Jadi dapat diskaun banyak jugak. 
Inilah parcel kegembiraan aku tu...
Berdebar-debar masa nak bukak parcel ni kome...
Reveal parcel kegembiraan...
Jeng jeng jeng...

Aku ambil size US 7 untuk kaki panjang 23.5 cm aku ni. Nak amik size 6.5 , untuk panjang kaki 23.4.. Masa LIVE dekat tiktok aku tanya seller, dia sarankan aku untuk amik size US 7. Panjang kaki untuk size tu adalah 23.8 cm. Pada aku OK dah tu. Sebab nanti kalau pakai stokin takde la rasa padat sangat. Tambahan pulak hujung kasut tu macam tirus sikit. Jadi memang elok kalau aku amik size besar sikit dari size asal kaki aku.
Tapak kasut jenis A-Grip Outsole Tech

Part tapak kasut ni pun buat aku mencari yang sesuai sangat lamaaaa... Bukan senang nak cari tapak kasut yang perlu memenuhi keperluan aku ni..Setiap tapak kasut, ada fungsi yang berbeza. Tak sama ye kome. Jadi kalau korang nak beli kasut, sila buat rujukan jenis tapak kasut dulu mengikut keperluan. 

Macam tapak kasut aku yang Skechers dulu tu, actually tapak kasut jenis itu, hanya sesuai untuk indoor dan jalan biasa. Tak sesuai untuk dipakai semasa kami ke Cu Chi Tunnel kerana faktor tanahnya yang macam tanah liat. LICIN. Aku hampir tergelincir waktu ni ye kome. Aku tak ingat aku ade cerita ke tak masa buat entry pegi Cu Chi Tunnel dulu. 😁. Kasut tu memang aku suka pakai hampir kemana sahaja. Tambah-tambah kalau naik motor. Memang aku lenjan je pakai. Sampaikan kadang-kadang kalau nak keluar on weekend che mek pun pinjam kasut tu sebab dia pun suka pakai.
Test dalam bilik je...Siap pakai stokin.
Aku pilih warna white purple. Warna purple tu soft aje kome. Macam dah nak ke warna pink/lilac pun ada..But it's OK.I choose that color. 😁
Alhamdulillah....
Selesa yang amat kome. Memang bounce dia cantik & best.

Alhamdulillah. Tak menyesal aku buat banyak research tentang kasut ni dan buat perbandingan dengan design dan brand lain sebelum buat keputusan untuk check out. Paling puas hati part SIZE KASUT ni. Memang kali ni betul-betul sesuai dengan kaki aku. Not TOO Big & Not too tight. Just nice bila dah pakai dengan stokin.

Waktu berjalan pun kaki aku rasa selesa. Bertambah selesa bila aku add on insole sebab tapak kaki aku adalah dalam kategori high arch.

Korang selesa pakai kasut yang macamana?

Yeayyy!!!Hari ni In Shaa Allah birthday boy balik dari Sarawak. Seminggu Hata outstation dekat Sri Aman berdua dengan sorang lagi ofismate lelaki. Semalam Hata update jerebu dekat sana kuat jugak. Mungkin sebab dekat dengan Kalimantan. Semoga Hata selamat sampai petang nanti. Amin.

DEMI SEORANG ANAK LELAKI

As Salam

Hari Khamis malam Jumaat yang lalu (Seminggu / 2 minggu lepas ) Ammar merengek pada Hata mintak tengokkan jugak kasut yang Ammar minat tu. Pening jugak nak layan kerenah anak Ramadan ni ye. Tengah-tengah godek, Hata masuk website Nike & tengok mereka tengah buat SALE 30% untuk pembelian pertama & tambah lagi 30% diskaun untuk pembelian kedua. 

Nak beli terus, risau tak kena size. Jadinya gigih la Hata melukis tapak kaki Ammar pada kertas & ukur dengan pita ukur aku. Jadi dapat tahulah berapa size kaki Ammar. dalam sentimeter. Tapi tetap jugak nak kena test dulu sebab masa test kali pertama dekat Sport Direct Mid Valley, Hata tak ingat Ammar sarung size apa.

Jumaat pagi, lepas kedai bukak, sekali lagi Hata gigih call beberapa outlet, kedai & HQ Nike sendiri untuk tanya dekat outlet & store mana yang ada stock kasut Ammar ni. Majority cakap model kasut Ammar ni tak masuk . Ada yang masuk tapi takde diskaun. Sudahnya, waktu aku balik kerja, kami terus ke Sport Direct Melawati Mall. Memang kasut tu ada diskaun 30%. Tapi warna yang Ammar nak takde, hanya ada 1 warna sahaja. Hata mintak try sebab nak confirmkan size kaki Ammar. Sama atau tak dengan size yang diukur dekat rumah. 

Bila dah test size 7 (24.5cm), Ammar cakap selesa lepas try kasut tu dengan stokin. Ok. Kita angkat kaki dulu sebab warna yang Ammar nak takde. Sambil Ammar try kasut, aku jalan-jalan dalam Sport Direct tu dan berkenan dengan beberapa barangan dalam tu. Nanti la kumpul budget kita tengok dekat shopee. 😁.Lepas tengok kasut, kami pun pegi makan. Aku bagitahu Hata nak makan dekat Sushi King. Nak bento sebab lunch aku makan kerabu maggi je. Jadi dinner kena makan nasi baru kemas sikit perut ni.
Bento aku. Share makan dengan Ammar sebab 
Ammar hanya makan 2 pinggan chuka idako.
Hata amik Unagi dan add on nasi 1 mangkuk.
Menu che mek. Daging ape ntah namanya. Ini pun aku ade amik 2 sudu sebab che mek tak dapat nak habiskan. Makan share-share gini pun aku dah kenyang dah. Aku & Hata amik air teh hijau sejuk je.

Jam 7.30 petang kami sampai rumah semula. Lepas maghrib, Hata tengok balik website Nike. Tengok stock kasut yang Ammar nak. Masih ada. Tapi nak dapatkan extra 30%, Hata kena add on sepasang lagi kasut. Jadi Hata pun cari la kasut untuk dia sendiri yang below RM200. Hata ada offer aku, tapi aku tak nak. Kasut yang ada dah cukup buat masa ni.

Bila dah pilih, Hata pun check out. Alhamdulillah dapat harga under budget & lagi murahhhhh dari dekat Sport Direct.
2 item yang dah selamat di-check out oleh Hata.

Demi keinginan seorang anak lelaki, si ayah sanggup grab sepasang kasut untuk diri sendiri. Demi nak dapat extra diskaun, si ayah sanggup keluarkan duit sendiri untuk kasut sendiri.😆. Official store hantar parcel dari S'pore. Amik masa dalam 5 hari nak sampai rumah. Bila dah sampai memang excited la Ammar. Jadi Jumaat pagi cuti hari pekerja tu Hata bawak Ammar berlari dekat trek kecik belakang rumah kami.
Inilah kasut impian Ammar...
Hari Sabtu kami bawak dia test lagi kasut yang dia suka tu...
Ammar cakap selesa sangat.

Alhamdulillah dapat jugak beli kasut kesukaan Ammar dengan harga yang berpatutan. Gigih si Hata tolong carikan kasut untuk his little hero. 😁. Kos kasut 100% dari duit Ammar. Tak usik pun duit raya dia sebab ada duit simpanan lain yang aku belum transfer ke akaun bank. Jadi OK la..Nanti dah selesai semua takde rasa nak beli apa-apa dah, aku akan masukkan dalam akaun bank masing-masing.

Tahun ni nampak la ada barang yang Ammar beli . Che mek pun ada beli barang jugak dari duit raya dia. Dia pun teringin jugak tapi aku tak bagi dia beli kasut yang sama sebab rasa macam tak perlu. Jadi che mek beli jugak kasut lari yang baru cumanya beli dekat tiktok shop aje. Jadi lah..Bukan selalu pakai pun 😁
Kasut lari baru che mek...Sama size dengan kaki aku.

3 of them dah ada kasut baru. Aku??? Aku takde nak beli sebab aku ada kasut baru dah cuma bukan untuk berlari. Aku tengah aim yang lain. Once ade size je terus aku akan grab sebab at this moment design kasut yang aku nak tu takde size. Kasut apa? nanti dah dapat beli baru la aku share sini ye.

Korang ada kasut untuk berlari?