Wednesday, June 12, 2024

RACKET - VICTOR

As Salam

Hari sabtu lepas igt nk buat planning lain, mujur la baru terigt che mek ade terlibat dgn persembahan perbarisan sukan sekolah dia dkt MSN setiawangsa tu. Pkol 6.50am dah smp sane. Jarak hanya 10 minit je dari rumah kami. 😀. Smp2 tu che mek dah pergi dkt team dia...Aku, Hata & Ammar pegi breakfast dulu dkt kantin yg sedia ada dekat sane. Lepas tu kami pun bergerak ke padang. Ada astaka dekat sana. Jadi kami duduk dkt bhgn parents.

As a parent yg nk tengok performance anak2 mesti la duduk dkt seat yg paling dekat dgn padang kan? Begitu jgk la dgn kami.Aku amik seat 2 dari bawah so mcm just nice utk capture moment tu.
Team Sapphire
Che mek & team amik masa dekat sbulan aku rasa utk berlatih performance ni. Biasa la setiap rumah sukan ade pertandingan persembahan perbarisan. Jadi dia terlibat. Ntah mcmane dia berani plk nk perform aku pun x sure. Nasib la xde gedik2 sgt performance mereka 😀. Sepanjang latihan tu che mek blk sekolah paling awal pkol 3.30pm & paling lewat jam 4.30pm. Sape yg htr che mek ke taska? Aku mmg terpaksa mintak tlg cikgu yg handle persembahan ni yg tlg htr che mek ke taska lepas habis latihan. Aku & Hata mmg x bleh amik sbb memasing keje. Mujur la cikgu2 ni baik hati nk tlg htr che mek ke taska. Masa hari akhir latihan tu aku suruh che mek bg duit minyak dkt cikgu2 yg htr dia.Tapi cikgu2 ni tak nak...Semoga berkat la ilmu yg cikgu2 ni ajar che mek.
Sekeping with che mek..Uniform ni mereka pinjam dr senior.
Lepas je selesai upacara perasmian & persembahan che mek, kami pun angkat kaki. Kami tinggalkn che mek dkt sane smp jam 1tghari lepas tu amik & pegi lunch. Sbb lepas tu che mek xde terlibat dlm larian ape2 dah. Hanya performance tu je. Jadi aku bg dia stay dkt sane utk tahu keputusan pertandingan persembahan dia. Alhamdulillah team che mek dapat 1st place utk pertandingan persembahan. Ok la..berbaloi la usaha dia blk sekolah lambat & x cukup rehat sgt kan? Aku actually x galakkn sgt che mek join performance gini. Kalo music main gamelan tu aku sokong. 😁. Tapi dah dia join ni ha..Aku bg green la sekali ini.

Mase nk berjalan keluar dr MSN, ttibe Hata nk check availbility court badminton. Nak ajak anak2 main katanya. Sekali check ehhhh...Ade slot kosong petang sabtu tu. Jadi terus Hata booking slot pkol 5pm smp 6pm. Makanya petang tu pkol 4.30pm dah gerak ke MSN semula. Main la kami bergilir2 sebab racket x cukup . Actually racket ade 2..Lepas tu Hata gigih plk pegi beli 1 yg murah utk Ammar praktis. Dkt tepi kantin tu ade kedai baiki & jual rackat. Lepas tu utk aku? Mmg xde la...

Maka petang Ahad Hata bawak la wife dia gi kedai ini : 
Sebelah 99 speedmart wangsa setia aje kedai ni
Banyak pilihan dia bagi wife dia pilih 😆
Wife dia dah rambang mata kome...
Lepas buat pilihan beberapa batang racket, kami pun tny la bdk kedai ni & mintak pandangan dia. Ade yg aku amik sesuai & x berapa sesuai utk aku. Dari situ la aku belajar mcmane nk tengok berat atas sebatang racket tu. Kalu 5U, maksudnya ringan. Makin kecik nombor, makin berat batang racket tu. Itu belum termasuk tali racket & tali dkt pemegang. Mcm racket Hata, 3U / 4U..Gitu la..Aku pilih racket yg 5U...

Utk tension / ketegangan tali racket plk utk lelaki bleh la letak up to 35..Tapi bagi perempuan dia suggest tension tali tu up to 24 / 25 je. Jadi lepas dpt pandangan, aku pun pilih la yg 5U, tension 25 & racket jenama VICTOR. Harga racket ni termasuk sekali dgn tali racket & tali dkt pemegang. Ade jgk racket yg 2 tali tu dijual berasingan. 1st time aku ade racket sendiri ye kome... Racket yg aku pilih sendiri lepas dpt recommended dr seller 😁

Tali pemegang yg aku boleh pilih tali yg dlm balang depan sekali.
Tali racket plk 2 dr kiri baris ke-3
Ade jual bag jgk..Tapi racket aku ni x dpt bag 😓
Sesi rekod nk tension byk mane, nk letak tali racket warna ape & tali pemegang warna apa.
Budak kedai ni cakap proses nk pasang semua ni makan masa dlm 40 minit. Jadinya mmg kami blk rumah dulu la kan? Pkol 5pm dtg semula kedai amik racket. Pkol 5 tu semua dah bersiap dgn baju sukan..Si ibu (aku la tu) dah excited nk merasmikan racket baru 😁

Lepas amik racket, kami terus ke ruang jogging dekat taman sebelah. Dekat taman ni tepi dia mcm ade ruang utk jogging & buat aktiviti bersenam. Tepi dia ade ruang berumput. Jadi kami main dkt ruang yg ade rumput tu sbb waktu tu ade yg sedang jogging. Lepas dah nmpk xde yg jogging, kami beralih ke tapak jogging..
Inilah racket yg aku pilih
Aku suka tengok warna dia sbb ade kelabu, hijau, pink, grey. AKu pilih tali racket & tali pemegang warna purple sbb thats is my fevret color.😊 Gitew...Alhamdulillah, sejam pakai racket ni aku rase selesa. Hata said lepas ni  every weekend kalo dia xde kena pegi outstation jauh2 / xde hal family / xde event cosplay, mmg kena booking court badminton. At the same time nk encourage Ammar & che mek jgk. Memasing dah ade racket sendiri kan?😁

Jadi la mencari bahan utk buat activity on weekend. Ammar suka sgt bila dia dh bleh improve cara nk serve bola tangkis. Che mek pun seronok sbb dia dpt pukul bola banyak kali sblm jatuh 😁. Aku lagi seronok sebab dah dpt racket baru =D.



2 Comments:

uncle gedek said...

Ye ye... kalau gamelan selalunya perform indoor... Takyah panas2 outdoor...

thisni3za said...

Uncle : Betul tu... =D