As Salam
Sini aku nak share pengalaman aku & Hata buat pengeluaran akaun ke-2 EPF atas sebab pembelian rumah pertama kami...Masa loan Hata dah approved, laju-laju kami curi masa untuk ke kaunter KWSP depan taman rumah kami ni..
Baik aje staff KWSP layan pertanyaan kami dan ini document yang perlu kami sediakan sebelum datang semula ke KWSP untuk buat proses pengeluaran...
Disebabkan kami berdua nak keluarkan EPF Akaun 2..Jadi kami kena sediakan 1 set setiap seorang...
1. Borang pengeluaran :
Kena isi guna pen dakwat hitam..Kalau husband & wife nk keluar, kena isi 2 borang...Korang kena isi detail, data SNP, Date dekat LO, harga beli property, jumlah total loan.
2. Salinan IC :
Tapi masa ni dieorang pulangkan semula mungkin sebab kami dah memang ahli kwsp kot..
3. CTC Stamped LO / CTC Stamped SPA / CTC Land search / CTC Geran. / CTC Sijil nikah :
Kalau husband & wife nak withdraw sekali, korang kena prepare 2 set...Dua-dua nak kena CTC...Jangan CTC 1 then photostat pulak..Nanti kena reject.
4. Kad Nikah :
Masa ni staff tanya samada Hata dah buat keluaran terlebih dulu atau macamane..Sebab SPA atas nama kami berdua, Loan atas nama Hata sorang.Aku bagitahu kami nak keluarkan sekali on the same day..Hata tengah tunggu nombor giliran..Lepas tu nombor Hata dipanggil dan datang ke kaunter sebelah aku & aku bagitau itu husband saya. Lepas tu dia mintak kad nikah..Mujur la aku bawak kome..Aku ni dah la suka tukar-tukar purse 😀..Lepas tu aku dengar staff yang handle aku bagitau staff sebelah dia - yang waktu tu handle Hata..Kami ni CR..Aku x paham maksudnya..Cuma lepas tu hanya aku sorang je yang kena tunjuk kad nikah ni ..Hata tak perlu.
5. Copy original LO
Ini adalah copy dari bank yang Hata kena tandatangan jugak tapi untuk simpanan sendiri...Yang ini cukup satu salinan je untuk pengeluaran kami berdua...Tapi masa ni pegawai tu tak mintak pulak copy ori LO tu..Tapi korang bawak aje la just in case.
SPA kita valid selama 3 tahun kalau nak keluarkan EPF untuk rumah..Samada untuk pembayaran baki deposit 7% atau untuk renovate rumah...CTC document mesti yang original..Maksudnya tandatangan lawyer yang CTC tu mesti gunakan pen gel dakwat hitam...Bukan signature lawyer yang kita photocopy. Biasanya lawyer dah charge siap-siap untuk CTC tu dalam quotation kita...Tapi kalau takde dalam quotation, korang kena bayar waktu nak mintak CTC document tu.
Masa buat semakan, staff akan guna highlighter untuk tengok ketulenan CTC tu..Dakwat hitam, kalau kena gores sikit dengan highlighter kan akan kembang dakwat tu...
Alhamdulillah, kami hantar permohonan hari Isnin, hari Rabu malam duit dah masuk dalam akaun masing-masing..Khamis pagi kami dah bayar baki amount seperti dalam perjanjian. Bila aku update bos, bos cakap cepatnya...Aku jawab dalam hati..Kalau lambat-lambat risau terpakai sebab kita as a purchaser diberi tempoh 30 hari dari tarikh date dekat SPA untuk selesaikan sebarang baki seperti yang ditulis dalam SPA.
Seminggu lepas pembayaran, kami tanya loan lawyer status loan documentation, PIC bagitahu tengah tunggu bank untuk return execution document. Lepas tu dah boleh mintak geran dekat lawyer vendor untuk masuk dalam pejabat tanah buat proses tukar nama..Aku dah pelik dekat situ..Kenapa nak kena mintak Geran dekat lawyer vendor? bukan ke vendor kena selesaikan redemption sum dia dengan bank loan rumah dia dengan loan lawyer aku request redemption tu guna duit loan kami?
Rupa-rupanya vendor update dia nak bayar sendiri baki pinjaman dia dengan bank untuk keluarkan geran. Alhamdulillah..Dah singkat dah proses discharge dekat situ. Maksudnya lepas lawyer vendor bagi original geran kepada loan lawyer aku, mereka akan hantar geran ke pejabat tanah untuk urusan tukar nama....Lepas tu baru bank akan buat pembayaran penuh kepada vendor. Tak perlu buat disbursement pertama untuk buat redemption sum..Hanya sekali disburse sahaja...Alhamdulillah...
Korang dulu beli rumah macam kami jugak ke?
Bayar baki deposit guna EPF?
7 comments:
i went thru this process long time ago ie masa beli rumah yg MZ dok sekrg ni lah...that was in year 2009....tp dulu2 lmb jugak duit tu dpt release...rasanya sekrg semua pantas cepat gitu
Bagus artikel ni senang sesiapa nak refer beli rumah nak keluar akaun kwsp.
Kak SA pun dah withdraw akaun ke 2 untuk rumah pertama...
Pernah melaluinya. Rumah sebelum ni ada 2 nama. Masa tu kami keluar KWSP sama2 untuk menampung duit bulan2 rumah. Alhamdulilah.
tak pernah lalui..sebab duit KWSP pun dapat masa kerja gomen je...jadi ada sikit je...kikiki..
lepas tu, beli rumah pun guna LPPSA, memang buta lah..linda tak fikir banyak pun masa beli tu, nasib baik tak kena tipu...
dlu kuar duit kwsp utk deposit kn katanya 10% dr harga umah tp masa apply dpt extra lebih dr 10% so pegawai tu tnya nk kuar 10% or lebih..dh alang2 bole kuar lebih , so okla sbb lebihan tu bole guna utk renovation or perkara2 lain
MZ : Skrg cepat aje release sis..3 hari je =D
Cie : Thx dear =D
SA : Kita geng sis =D
Ezna : Iye sis..Alhamdulillahhh
Linda : LPPSA mmg majority utk org gomen =)
Mama Tisya : Betul tu sis...kami pun sama =)
Post a Comment