Nov 24, 2025

RENOVATION PROGRESS : KITCHEN KABINET - SIAP!

As Salam

Hari Sabtu - 1.11.25 hari tu lepas selesai acara sukan & makan-makan celebrate birthday che mek, kami melawat progress rumah. Hari Selasa lepas contractor bagitahu yang hari Khamis atau Jumaat nak start pasang kitchen kabinet...Hari Jumaat lepas kan kami melawat rumah? Jadi progressnya baru setakat ini...

Aku share dari selepas dinding dipecahkan la ye...

17.10.25 (Jumaat)
Progress sebelum kami balik KB
Lantai dah disamaratakan & konkrit pun dah mula..
1 hole untuk sinki, 1 hole lagi untuk dapur memasak.
Waktu ni kami 4 beranak dah mula rasa teruja tengok progress ni..
Waktu ni main paip masih ditutup..


24.10.25 (Jumaat)
Balik dari KB, petang tu kan Hata outstation ke Arau-Perlis, jadi 4 hari jugak kami tak jenguk progress rumah ni..Itu yang hari Jumaat malam lepas Hata sampai tu Hata ajak pegi tengok rumah terus..Maka inilah progress berikutnya...
Mozek dekat lantai, table top dan back splash dah 
siap dipasang..Suis pun dah siap pasang...
Waktu ni excited level dah bertambah ke 70%
Kami siap acah-acah ye membasuh & memasak...😆..
Waktu ni air dah disambung semula...
Merasa la test pull out paip air dekat sinki tu 😁
Sinki yang menjadi idaman aku & Hata 😆
Dapur memasak dah diletakkan cuma belum buat finishing...
Kalau korang nak tahu, aku siap bawak kuali aku 
yang paling besar dekat rumah ni...Mujur muat kome..Sebab sebelum ni aku pernah mintak dengan contractor pun adakan ruang antara dapur memasak dengan back splash tu sebab aku ada kuali besar...😁Ade paip dekat dinding tu tak boleh bukak sebab itu host gas masa awal-awal rumah ni dibina...


31.10.25 (Jumaat)
Lepas dari Hata pergi Alor Setar, 5 hari la kami tak melawat progress dapur...Hata balik dari Alor Setar, Hata ajak pegi tengok rumah sekejab sebab contractor cakap within that week nak letak kitchen cabinet...Malam tu kami datang tengok dan ini lah progressnya... 
Rangka kitchen cabinet dah naik...
Dapur gas tu mereka angkat semula sebab nak 
tebuk lubang untuk kitchen hood..
Drawer pun dah pasang...
Hata cakap drawer ni boleh buat letak sudu garpu 🥄🍴
Tergamam aku tengok lubang untuk kitchen hood ni...
Macamane dieorang buat tanpa jatuhkan seketul batu tu???
Batu tu ade dieorang letak dekat lantai...
Seketul batu dari dinding rumah...


3.11.25 (Isnin)
Aku plan nak masak kari ikan siakap, ayam goreng kunyit & ikan masin sikit...Jam 4.20pm aku message Hata mintak tolong keluarkan ayam dari freezer jadi waktu sampai rumah bleh la aku masak terus...Sekali Hata reply..." Tak payah masaklah...Balik keje nanti kita gi tengok rumah "..Pulak dah..Gitu pulak planning Hata kome..Kita ikut aje la...Sampai LRT kami ke AEON AU2 makan dekat food court je sebab che mek nak makan laksa, Ammar nak makan nasi lemak dari AEON tu...Aku makan nasi lemak bungkus & Hata makan ikan keli penyet...Lepas makan kami pun ke rumah baru nak tengok progress lagi...
Alhamdulillah...Ade progress lagi...
Pintu kitchen cabinet dah ada yang dipasang...

Cubicle untuk peti sejuk & island table yang comel tu dah nampak dah walaupun x sepenuhnya siap lagi...Memasing dah excited dah tengok progress ni kome...Cuma waktu ni mereka cut off electric...
Mungkin sebab masih ada proses suis & plug yang bahaya...
Jadi mereka tutup sekejab bekalan letrik...

Kitchen hood pun dah pasang...
Skali lagi aku kagum dengan lubang hose tu...
Nampk cantik je dia buat...

10.11.2025 (Isnin)
Minggu terakhir contractor kena siapkan renovation sebab aku nak panggil orang untuk start mengecat rumah...Macam yang aku cerita sebelum ni...Hata cakap dia tak nak penat & memang tak sempat nak mengecat...
Alhamdulillah...
Contractor bagi free rak tempat letak pinggan & cawan...
Boleh dikatakan kitchen cabinet ni dah 90% siap
Aku terkejut bila ada drawer nih kome...
Sebab tak budget dalam package ada termasuk drawer ni...😆
Table top pun dah siap...
Dapur gas tak siap build up lagi...
Pintu kabinet dekat bawah dapur tu sepatutnya contractor letak 
macam jaring untuk pengaliran udara dari bawah dapur gas...Contractor 
cakap nanti nak letak roller untuk letak tong gas supaya senang nk masuk 
& keluarkan tongsa yang dah habis & yang ada isi..

13.11.2025 (Khamis)
Contractor mintak extend lagi setengah hari untuk disiapkan...Aku pun bagi la peluang...

14.11.2025 ( Jumaat)
Contractor mintak extend sekali lagi sebab hari tu yang masuk hanya 2 orang jadi ada lagi 3 perkara besar mereka tak sempat siapkan...Waktu ni aku dah mengeluh dah...Sebab kami dah janji nak jumpa dengan tukang cat Ahad pagi dan nak hantar tong cat sekali. Tapi aku setuju jugak sebab fikir contactor ni baik sebab boleh terima permintaan extra aku walaupun ade additional charges..Dia pun tak berkira dengan kami...

17.11.2025 ( Isnin )
Seusai je solat maghrib, kami keluar rumah untuk dinner...Lepas dinner terus datang rumah untuk tengok final touched by contractor..Dia cakap dah 100% siap...
Alhamdulillah dah 100%...
Aku puas hari walaupun progress slow sikit...
Tapi masih dalam target siap...
Lampu dekar island table ni sepatutnya disusun secara menaik...
Tapi Hata cakap tak pe lah...
Nanti Hata adjust sendiri sebab boleh je adjust tapi 
kena guna tangga la nak capai.
Alhamdulillah...
Island table dari Quartz stone dah siap dengan bentuk halfmoon dihujungnya.

Lepas dah berpuas hati dengan hasil kerja contractor ni, kami pun bayar baki package & additional charges yang dah dipersetujui..Dia cakap ade 2 perkara yang dia bagi free...Iaitu kos buat bentuk halfmoon untuk siland table & cover hose kitchen hood...


Selesai sudah cerita perjalanan renovasi kitchen cabinet aku...nanti dah selesai pindah aku tunjuk warna pilihan kami ye...

0 comments: